Sabtu, 26 November 2011

Isu Panas: Peguam Negara gagal rayuan

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini membebaskan 11 individu atas pertuduhan berhimpun secara haram dan ingkar perintah bersurai.

Keputusan itu dibacakan Hakim Datuk Abdul Rahim Uda selepas menolak rayuan Peguam Negara sekali gus mengekal keputusan Mahkamah Sesyen Klang untuk membebaskan 11 individu dari dua pertuduhan mengikut Seksyen 27 Akta Polis.







Mengikut kenyataan media seorang tertuduh, Abdul Razak Ismail, hakim memutuskan pendakwa raya gagal menimbulkan keraguan munasabah kerana lokasi himpunan itu ialah di Jalan Kebun, Klang.

Sedangkan, kata Razak, hakim menyatakan semua 11 individu dan beribu-ribu pengguna Lebuh raya Kesas berkumpul secara tidak dirancang sehingga mengakibatkan kesesakan.

Pada 2009, mereka dibebaskan Mahkamah Sesyen Klang atas kedua-dua pertuduhan itu tetapi Peguam Negara memfail rayuan bagi mengenepikan keputusan tersebut.

Genap 11 tahun pada 25 November lalu, kira-kira 145 orang ditangkap di beberapa lokasi di lebuh raya itu bagi menghadiri ‘Perhimpunan 100,000 Rakyat’ di Jalan Kebun, Jalan Klang.

Razak yang juga pembantu exco kepada Xavier Jeyakumar, berkata, hakim juga memutuskan pendakwa raya gagal membuktikan bahawa amaran bersurai menggunakan heller dapat didengari secara jelas.

Mereka diwakili peguam Yusmadi Yusoff yang juga Ahli Parlimen Balik Pulau dan Farah Farhana.

Selain Razak, antara 10 individu lain ialah bekas Setiausaha Agung KEADILAN, Sahri Bahri dan Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam, S Pusphalingam.

sumber klik sini




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

Padan Muka pembohong