Mengikut kenyataan media seorang tertuduh, Abdul Razak Ismail, hakim memutuskan pendakwa raya gagal menimbulkan keraguan munasabah kerana lokasi himpunan itu ialah di Jalan Kebun, Klang.
Sedangkan, kata Razak, hakim menyatakan semua 11 individu dan beribu-ribu pengguna Lebuh raya Kesas berkumpul secara tidak dirancang sehingga mengakibatkan kesesakan.
Pada 2009, mereka dibebaskan Mahkamah Sesyen Klang atas kedua-dua pertuduhan itu tetapi Peguam Negara memfail rayuan bagi mengenepikan keputusan tersebut.
Genap 11 tahun pada 25 November lalu, kira-kira 145 orang ditangkap di beberapa lokasi di lebuh raya itu bagi menghadiri ‘Perhimpunan 100,000 Rakyat’ di Jalan Kebun, Jalan Klang.
Razak yang juga pembantu exco kepada Xavier Jeyakumar, berkata, hakim juga memutuskan pendakwa raya gagal membuktikan bahawa amaran bersurai menggunakan heller dapat didengari secara jelas.
Mereka diwakili peguam Yusmadi Yusoff yang juga Ahli Parlimen Balik Pulau dan Farah Farhana.
Selain Razak, antara 10 individu lain ialah bekas Setiausaha Agung KEADILAN, Sahri Bahri dan Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam, S Pusphalingam.
sumber klik sini
1 respon:
Padan Muka pembohong
Catat Ulasan