Menunjukkan catatan yang diisih mengikut kaitan pertanyaan seks + anwar. Isih mengikut tarikh Tunjukkan semua catatan
Menunjukkan catatan yang diisih mengikut kaitan pertanyaan seks + anwar. Isih mengikut tarikh Tunjukkan semua catatan

Khamis, 31 Mac 2011

Mufti jawab tayang video seks adalah haram, apa kata Nazri?

KUALA LUMPUR, 31 Mac — Tan Sri Harussani Zakaria menafikan tanggapan sesetengah pihak bahawa beliau hanya berdiam diri dan tidak bersuara berhubung pendedahan rakaman video seks yang didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebaliknya, Mufti Perak itu menegaskan, sejak rakaman video seks itu didedahkan awal minggu lalu beliau telah mengeluarkan kenyataan dengan menegaskan pendedahan itu telah mengaibkan Anwar yang juga Ketua Umum PKR kerana ia belum dibuktikan kebenarannya.










“Siapa kata saya tidak bersuara? Siapa kata saya tidak ada cakap apa? Sejak hari pertama lagi saya sudah bercakap mengenai perkara ini dan bagi saya rakaman video seks itu telah mengaibkan Anwar kerana tidak saksi yang boleh buktikan.

“Saya ada bercakap dengan Utusan Malaysia tapi apa yang keluar sikit sahaja, mereka tidak keluarkan secara keseluruhan apa yang saya katakan... yang tertulis ia (video seks) hanya fitnah, itu sahaja... yang lain-lain tidak keluar,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Kata Harussani, rakaman video seks itu boleh dianggap sebagai fitnah dan dosa besar kerana hukuman telah dijatuhkan terlebih dahulu terhadap Anwar tanpa bukti yang sahih.

“Kita buka rahsia orang ini adalah haram, benda yang tidak betul tapi didedahkan adalah satu fitnah, dosa besar dan tidak bermoral.

“Rakaman video seks itu betulkah Anwar? Laporan juga belum dapat dipastikan lagi... ini adalah fitnah dan dosa besar,” katanya.

Awal minggu ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan pemimpin agama sebagai “syaitan bisu” kerana mengambil sikap berdiam diri dan tidak bersuara dalam isu fitnah moral terbaru yang ditujukan ke atas Anwar itu.

Menurut Hadi, sikap pemimpin agama yang enggan memberikan sebarang respons terhadap pendedahan rakaman video seks oleh “Datuk T” awal minggu lalu amat dikesali.

Tiga Datuk T iaitu bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim — mengakui bertanggungjawab membuat pendedahan tersebut.

Ketiga-tiga individu tersebut terlebih dahulu menayangkan rakaman video seks itu kepad media di Carcosa Seri Negara dan Shazryl secara peribadi yakin lelaki pelacur dari China itu adalah Anwar.

Menurut Harussani, rakaman video seks itu tidak boleh dijadikan sebagai bukti.

Ini kerana, jelas beliau, menurut perundangan Islam mana-mana jenayah yang membabitkan seks perlu mempunyai empat adil yang menyaksikan peristiwa itu berlaku termasuk perbuatan zina.

“Yang dilihat dalam rakaman video seks itu tidak boleh pakai, ia tidak boleh dijadikan bukti kerana ia boleh diubah atau dimanipulasikan.

“Kalau nak jatuhkan hukuman kita kena ada empat saksi yang benar-benar lihat dengan mata sendiri peristiwa itu berlaku bukan melalui gambar atau video.

“Kalau bawa ke mahkamah, video seks itu tetap tidak boleh dijadikan bukti kerana ia hanya rakaman dan menurut hukum syarak tetap kena ada empat saksi dan kalau tidak kita tidak boleh nak jatuhkan hukuman,” katanya.

Sementara itu, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya tetap berpendirian Anwar tidak boleh dituduh terlibat pelakuan seks tersebut kerana tiada saksi yang menyaksikan ia berlaku.

“Dalam soal jenayah seksual Islam menetapkan saksi empat mata dan rakaman tidak boleh dijadikan bukti, di sudut Islam kena ada empat saksi yang lihat peristiwa itu berlaku.

“Tetap kena ada empat saksi hidup yang tengok ia berlaku, kalau tiada atau tidak cukup sebagai contoh hanya tiga mereka kena hukum qazaf (tuduhan zina) kerana menuduh orang lain,” katanya.

Menurut beliau, rakaman video seks yang didakwa milik “Datuk T” tidak boleh dijadikan bahan bukti.

“Rakaman sama sekali tidak boleh dalam jenayah seksual dalam Islam, tetap perlu ada empat saksi dan orang yang jadi saksi juga perlu individu yang berkredibiliti dan tidak akan menukar pandangan mereka.

“Kita tidak boleh ikut rakaman sebab itu dalam Islam hukuman jenayah seksual ini berat dan syarat untuk jatuhkan hukuman juga berat,” katanya.

Tambah Juanda, individu yang membuat pendedahan rakaman video seks itu sepatutnya disiasat terlebih dahulu.

“Yang pertama sebarkan benda lucah orang itu yang harus disiasat dulu, tiada undang-undang atau agama yang membenarkan ia dipertontonkan kepada khalayak.

“Sepatutnya bila dapat rakaman itu mereka kena serahkan kepada polis bukan dedahkan kepada umum,” katanya.

Beliau juga menggesa agar semua pihak termasuk parti politik agar menghentikan tuduhan yang bersifat peribadi.

“Tuduhan seperti ini baik di pihak parti politik mana pun kena elakkan tuduh dalam jenayah seksual, tuduhan seperti ini patut dihentikan,” katanya.

Polis telah menahan Abdul Rahim dan Shazryl berhubung pendedahan video seks itu pada Khamis lalu — bahan bukti termasuk rakaman video turut diserahkan.

Jumaat lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan, Umno tidak terlibat dalam rakaman video seks itu.

Anwar juga telah menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu dan telah membuat laporan polis.

malaysian insider

Rabu, 17 April 2013

Anwar tumbuk mukanya sendiri .. itulah punca kejatuhan Mahathir!

Kenali Ct Etnuar dan penjelasannya tentang peribadi Anwar Ibrahim

Mengapa aku berdiri teguh dibawah kepimpinan DS Anwar Ibrahim..
Masih terimbau detik itu dlm akhir thn 1997 cerita mengenai beliau seorang kaki liwat tersebar luas.

Terkejut dan sangat keliru daya fikir aku waktu itu...

Jiwa aku cukup terkesan dan tersentap dengan pelbagai pertuduhan dan cercaan yang dilemparkan terhadap Anwar. Aku fikir ini tuduhan gila. Mana mungkin seorang bekas aktivis Islam mengamalkan homoseksual!




# sila like "kami undi pakatan rakyat"


Menyorot beberapa artikel yg aku baca mengenai sosok diri seorang yg bernama Anwar Ibrahim...,,,akal yg waras pasti akan membuat penafian atas semua tuduhan salah laku dan moral beliau.

Sejak berada di bangku sekolah iaitu di MCKK..,,, Anwar bukanlah pelajar yg boleh di kategori popular kerana punya wajah tampan atau menjadi kegilaan remaja perempuan. Tetapi semua guru-guru sangat cenderung memilih dan melantik beliau sbg ketua pelajar.
Ini tidaklah menjadi kehairanan kerana peribadi beliau yg sgt pintar,berdisplin, bijak berhujah dan taat beragama.

Perwatakkan beliau terbawa hingga ke Universiti.
Ramai dari kita tahu..,,, Anwar merupakan peneraju Abim, pertubuhan pergerakan belia Islam sewaktu beliau berada di kampus Universiti Malaya.

Seorang aktivis pelajar yg sgt lantang bersuara mengenai hak dan kebajikan anak melayu. Memperjuangkan kehidupan dan menerapkan nilai-nilai keislaman dlm masyarakat melayu bermula dari kampus sehingga ke kampung-kampung.
.
Kemuncak kepimpinan beliau bila berlaku demostrasi dan pemberontakkan mahasiswa sewaktu isu kampung Baling yg keseluruhan penduduknya daif dan hanya mampu menjamah ubi kayu setiap hari utk melapik perut. Natijahnya Anwar di penjara di bawah tahanan ISA di kemunting atas kesalahan menghasut dan menimbulkan huru hara.

Keperibadian Anwar sangat menarik minat Tun Mahathir.
Tun Mahathir pada masa itu dapat mengagak bahawa Anwar boleh membantu beliau utk meraih jawatan tertinggi Umno.

Tun merasakan Anwar adalah satu kuasa keramat yg mampu menjatuh dan menaikkan reputasi seseorg politikus. Ini terbukti sewaktu Anwar mengetuai gerakkan memprotes dan berpiket mendesak Tungku Abd. Rahman meletakkan jawatan kerana pentadbirannya yg mengutamakan kaum cina sehingga kaum melayu di kampung-kampung terabai.

Tun memujuk Anwar untuk bersama- sama Umno memperjuangkan melayu dan islam.
Akhirnya keluar dari Kamunting Anwar bersetuju menyertai Umno.

Persetujuan Anwar utk menyertai Umno telah membuatkan ABIM gelisah. Separuh dari Mereka tidak bersetuju Anwar menyertai umno dan bukannya Pas. Pemimpin-pemimpin Pas yg mendokong perjuangan ABIM juga jadi jauh hati.

MengapaAnwar menerima pujukan Tun Mahathir utk menyertai Umno..!?
Anwar pernah berkata...,,, dia berniat mahu menerapkan nilai-nilai islam ke seluruh pelusuk negara melalui perjuangan umno yg di dokong kebanyakkan kaum melayu.

Anwar dlm Umno naik begitu mendadak sekali. Kepimpinan dan aura pejuang melayu dan islamnya sangat besar sehingga ramai kalangan ahli Umno mulai pandai berhujah berdasarkan petikan hadis dan al- quran. Anwar berjaya mentraformasikan satu pertubuhan melayu menuju ke arah kepimpinan islam.

Aku masih ingat lagi sewaktu berada di tahun awal 80an. Waktu itu memang sangat sukar untuk bertembung dgn wanita atau pelajar sekolah yg menutup aurat dan bertudung. Nilai-nilai keislaman belum bangkit dan meresapi budaya orang melayu.

Namun sewaktu mengalas jawatan Menteri Pendidikan..,,, Anwar dgn lantang mengubal akta mendaulatkan bahasa melayu dan mulai mengislamkan institusi pendidikan dgn nilai- nilai murni melalui pemakaian dan aktiviti ibadah.

Waktu itu barulah muncul dan kelihatan wanita dan gadis- gadis melayu memakai tudung yg menutup keseluruhan rambut.
Sekiranya ada orang yang boleh dianggap sebagai pengasas gerakan kebangkitan semula Islam di Malaysia, dia ialah Anwar Ibrahim...!!

Nah...,,, masakan seorang penggerak perjuangan islam seorang kaki liwat..!!
Sehingga aku menulis artikel ini..,,, belum ada seorang pun sahabat beliau di MCKK dan UM menjelaskan atau memperakui bahawa beliau memang seorang Gay atau biseksual..!!!

Malahan guru2 dan tenaga pengajar beliau jg amat sedih dan bersimpati atas setiap tuduhan dan fitnah yg di lemparkan terhadap Anwar... Kecuali sahabat politik yg akhirnya menjadi musuh politik beliau yg begitu lantang mengiyakan fitnah tersebut.

Sbg anak muda yg sangat jahil perihal politik..,khabar itu membuatkan aku jadi begitu teruja utk mengetahui duduk perkara sebenar... Dulu penggunaan internet belum cukup meluas. Buku, majalah dan akhbar menjadi media alternatif utk mencari berita dan maklumat...

Majalah Tamadun, Siasah, Detik, akbar Harakah dan buku2 politik seperti 50 dalil karangan Khalid Jafri .

50 dalil mengapa Anwar tidak boleh menjadi Perdana Menteri adalah pemulaan agenda memusnahkan personaliti dan karektor beliau ddlm politik. Di meriahkan dgn kesinambungan surat berantai Umi Hafilda kpd Tun tentang salahlaku Anwar yg kononnya menjalin hubungan asmara dgn isteri abgnya Azmin Ali. Di tambah lagi dgn tuduhan jenayah seksual yg melibatkan adik angkat beliau serta pemandu peribadi Wan Azizah..

Membaca buku 50 dalil ini agak mengelirukan dgn cara penulisan dan fakta yg di beri. Semacam setiap rangka dan cerita di garap dlm bentuk tuduhan dan fitnah yg melulu.
Berbanding dgn beberapa buku yg sangat menarik karangan Ahmad Lutfi Othman;-


##“Anwar Boneka Barat?”.

##Layakkah Anwar Ketuai Reformasi.!?

##Skandal Seks atau Konspirasi Politik!?



Pada aku buku-buku karangan beliau agak mencabar minda kerana tulisannya memaksa pembaca berfikir dan mencari jawapan berdasarkan fakta dan pemerhatian.

Bukan tuduhan atau fitnah yg di rancang...
Nampak sepertinya beliau mungkin semacam penentang, atau individu yg tidak menyukai sosok diri Anwar.
Tetapi mungkin beliau sedikit kecewa dgn sikap dan peribadi DS Anwar sewaktu dlm UmNo terhadap Pas dan pemimpin- pemimpinnya.

Aku masih teringat ayat beliau yg menilai niat Anwar menyertai Umno umpama seekor lembu mengajak sekandang kerbau supaya tidak bermain dgn lumpur.

Sedangkan sikap kerbau itu mana mungkin tidak sukakan lumpur. Akibatnya lembu yg masuk ke kandang kerbau kalau tidak pun bergelumang lumpur pasti terpalit atau terpercik juga dgn lumpur. Agak berkias dan simbolik namun sangat menikam..!!!

Persoalan sama juga turut disentuh oleh S. H. Alattas dalam bukunya bertajuk ” Anwar Ibrahim : Wira, Juara atau Penderhaka”,

Buku karangan S.H Alattas ini agak sedikit misteri dan terlampau memaksa otak berfikir lama.

Tak kurang jg dgn kontroversi
Novel Shit karya Shahnon Ahmad pada tahun 1999 adaptasi daripada pergolakan politik Anwar vs Mahathir dan Umno yang sangat haru biru bermula dari satu episod politik dahsyat dan kebangkitan berani rakyat bersuara dan menyatakan pendapat dan perasaan.
Karya ini lebih berbentuk sindiran yg keras atau satira yg keterlaluan.

Episod pemecatan Anwar telah mengerakkan satu gelombang kebangkitan rakyat melalui semangat reformasi. Gerakan reformasi bermula dr road tour ceramah di beberapa buah negeri bagi membersihkan namanya dan menuntut Dr. Mahathir Mohamad meletak jawatan.

Dimana- mana muncul keluarga "anti-Mahathir’ dengan beraninya memakai lencana dan tag yang tertera slogan ‘reformasi’, ‘keadilan’, ‘lawan tetap lawan’ !!!

Kemuncak reformasi seterusnya disaksikan pada petang 20 September 1998 di Masjid Negara, Kuala Lumpur. Hampir 100 ribu warga tanpa mengenal latar kaum dan kelas berhimpun untuk mendengar ucapan ‘terakhir’ dari Anwar sebelum beliau ditahan oleh pihak polis pada sebelah malamnya.

Selepas Anwar dipenjara –dgn berbagai siri-siri kepincangan institusi negara bermula dr polis, badan kehakiman,hospital dan media perdana secara berterusan menidakkan hak dan memusnahkan karektor seorang pejuang rakyat yg bernama Anwar...!!!

Apabila Anwar di pukul di penjara oleh ketua polis ketika itu...,,,
Tun Mahathir dgn lantang menyatakan Anwar memukul dirinya sendiri...
Bermula dr detik itu rakyat dan seluruh parti pembangkang terus menyatakan simpati dan sokongan yg tidak berbelah bg terhadap Anwar.

Rakyat yg sedar mulai mengerti Anwar adalah mangsa konspirasi jahat Tun dan sekutu- sekutunya di dalam Umno.

Mereka tidak dapat membongkar pecah amanah, rasuah atau salahlaku politik beliau sewaktu di dalam Umno.

Makanya tuduhan jenayah liwat dan seks yg di susun dan di rencana sejak 1997 di realisasikan pada september 1998.

Tuduhan itu dgn niat utk memusnahkan aura islamik dan kepimpinan Anwar yg bersih.
Semuanya berpunca dari sikap Anwar yg sangat berani dan lantang menegur kepimpinan Umno yg rasuah, kronisme serta kepincangan- kepincangan pentadbiran di segenap kementerian.
Natijahnya Tun mulai sakit hati dan tergugat dgn kuasa dan pengaruh Anwar yg semakin besar di dalam Umno.

Yang sedihnya, Anwar ditangkap, dibicara dan dipenjarakan kerana kehendak penguasa, waktu itu Tun Mahathir Mohamad bukan berdasarkan fakta keterangan dan undang-undang. Tetapi tuduhan dan agenda jenayah yg sangat meragukan. Dan sewaktu beliau dibebaskan juga adalah kerana kemahuan Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi yg ketika itu berbalah dari segi kepimpinan dgn Tun dan bukan semata-mata fakta kes.
Maka aku turut bersedih... Maknanya, hakim-hakim masih tidak bebas menentukan penghakiman dan mereka perlu melihat isyarat dari pihak eksekutif.

Namun setelah Anwar bebas berpolitik dan bejaya menyatukan semua parti pembangkang yg berlainan ideologi dan perjuangan dalam satu gelombang politik baru. Kini sudah mulai kelihatan kecenderungan badan- badan dan individu profesional yg secara terang- terangan menyokong dan mendokong perjuangan menuju Malaysia Baru.

Gelombang perubahan ini terlakar dlm PRU12 yg menafikan kemenangan 2/3 BN di Parlimen.
Kini gelombang itu semakin deras dan pukulan- pukulannya semakin keras membadai BN dan Umno.
BN semakin lemah dan melonglaikan.

Rakyat mulai sedar..,,, suara mereka adalah suara keramat yg mampu merubah politik Malaysia ke arah politik yg lebih baik,bijak dan matang.

Namun sehingga ke detik ini Umno masih bermain politik cara lama. Masih berusaha membangkitkan sentimen kaum dan agama, membakar api patriotik melalui agenda menuduh Anwar sbg agen Amerika dan Yahudi. Mencetuskan sentimen hak kaum melayu yg akan hilang di sebabkan perpaduan antara DAP.
Terus- terusan mengfitnah, membuat tuduhan dan rencana jahat mereka melabel Anwar sebagai seorang pemimpin yg tidak layak kerana punya beberapa siri salah laku seks yg tidak pernah pun berjaya di buktikan oleh mahkamah.

Benarlah kata Anwar..,,, beliau tidak pernah mampu berdiri seteguh dan segagah ini tanpa doa rakyat dan restu Allah.

Tiba- tiba jiwa ku terasa bergetar dan airmataku gugur perlahan- lahan.
Aku masih terbayang abah mengayuh basikal tua nya ke masjid semata- mata ingin berdoa dan membaca surah yassin sewaktu keputusan bicara kes tuduhan liwat Syaiful Bukhari terhadap Anwar di jatuhkan.
Sempat aku melihat mak pun turut mengambil wuduk dan membacakan surah Yassin berkali- kali.
Bila aku sampaikan keputusan Anwar di bebaskan dan dilepaskan dari tuduhan tersebut.., abah mengangkat tangan berdoa bersungguh- sungguh. Mak yg selesai membaca surah Yassin mula menguntumkan senyuman dan berbisik... Kali ini Anwar mungkin ikhlas berjuang utk rakyat...

Aku terpukul dan terkasima dari episod doa dan keyakinan rakyat biasa yg sangat mempercayai Anwar adalah insan terpilih yg mampu merubah corak Malaysia ke arah yg lebih baik...!!


Allahu akbar... Allahu akbar... Allahuakbar...!!!

REFORMASI...!!!

Lawan tetap lawan...!!!

Jom UBAH Malaysia...!!!

sumber:
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=633803123302618&set=a.216039811745620.66697.100000188074744&type=1&theater




Ahad, 26 Jun 2011

Apa motif tayang video seks setelah trio T mengaku salah?

KUALA LUMPUR, 25 Jun — Naib Presiden PKR N. Surendran mendakwa langkah Mahkamah Majistret menayangkan semula ramakan video seks dalam prosiding kes trio Datuk T, yang didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim, dilihat semata-mata mahu menjatuhkan imej Ketua Pembangkang itu.






Beliau juga tidak menolak hukuman ringan yang dikenakan terhadap trio Datuk T dipengaruhi keputusan Jabatan Peguam Negara dan polis.

Tegas Surendran (gambar), tindakan Mahkamah Majistret membenarkan tayangan semula rakaman video seks itu walaupun ketiga-tiga Datuk T sudah mengaku bersalah bertentangan dengan sistem perundangan.

“Kejadian yang berlaku itu membuktikan penglibatan pihak berkuasa tertinggi termasuk polis dan kamar Peguam Negara dalam satu konspirasi untuk memfitnah Anwar Ibrahim sama ada dalam politik atau secara peribadi.

“Tindakan mereka ini amat tidak munasabah dan ia juga sangat mengganggu sistem perundangan. Percubaan mereka untuk berpura-pura bersikap adil dan telus tidak munasabah dan kami yakin rakyat tidak akan percaya dengan apa yang dilakukan,” katanya yang juga seorang peguam dalam satu kenyataan.

Pagi semalam, ketiga-tiga Datuk T telah mengaku bersalah menayangkan rakaman video seks dan dikenakan denda keseluruhan RM5,500.

Hukuman dijatuhkan oleh Majistret Aizatul Akmal Maharani selepas mendengar hujah-hujah yang dikemukakan pihak tertuduh.

Ketiga-tiga tertuduh — ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim dan bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik — mengaku bersalah atas tuduhan yang dikenakan ke atas mereka.

Shazryl didenda RM3,000 atau penjara tiga bulan sementara Shuib dan Abdul Rahim masing-masing RM1,500 atau dua bulan dan RM1,000 atau satu bulan.

Shazryl dan Shuib didakwa secara bersama menayangkan bahan lucah secara terbuka di hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac lalu.

Dalam prosiding itu, mahkamah turut menayangkan rakaman video seks berdurasi 21 minit.

Bagaimanapun Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee berkata mahkamah tidak sepatutnya berbuat demikian memandangkan Datuk T sudah mengaku bersalah.

Datuk T telah menggemparkan negara apabila bertindak mempertontonkan rakaman video seks itu kepada media 21 Mac lalu.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara pukul 10 pagi dan 12 tengah hari.

Selain itu, tegas Surendran, tindakan mahkamah menayangkan semula rakaman video seks adalah tidak wajar selain tidak mempunyai kaitan dengan dakwaan yang dikenakan terhadap Datuk T.

“Bagaimanapun apa yang mengejutkan apabila pihak pendakwa yang menyerahkan kenyataan fakta kes yang mengatakan rakaman video seks itu adalah tulen dan ia disahkan oleh pakar dari Amerika Syarikat yang mengesahkan pelaku dalam video itu adalah Anwar Ibrahim.

“Jelas ketulenan dan identiti pelaku dalam video itu langsung tidak berkaitan dengan kesalahan Datuk T yang menayangkan video itu di khalayak ramai.

“Ini sungguh luar biasa dan bertentangan dengan prosedur yang termaktub dalam pendakwaan kes jenayah dan ia tidak relevan memasukkannya dalam fakta kes. Ringkasnya wakil kepada Peguam Negara mahu mencemarkan reputasi Anwar Ibrahim,” katanya.

Mengikut laporan media, peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Abdul Rahim berkata, lelaki dalam video seks adalah “99.99 peratus” Anwar.

Shafee memberitahu pakar video Amerika yang dirujuk Polis Diraja Malaysia telah membandingkan imej lelaki dalam video itu dengan sekeping gambar Anwar dan mengesahkan yang kedua-dua adalah seiras.

“Ini bererti A and B adalah orang yang serupa,” katanya sambil mendakwa mengikut laporan 4 Jun lalu, Profesor Hany Farid dan Lorenzo Torresani dari Dartmouth College di Hanover, New Hampshire, terdapat keirasan 99.99 peratus lelaki dalam klip video itu dengan bagi foto Anwar.

Dalam fakta kes yang dibacakan di mahkamah, mahkamah juga mendengar bahawa pakar tersebut mengesahkan bahawa video itu tulen tanpa pengubahsuaian dan ia dirakam dengan perakam DVR milik Shazryl.

“Ia tidak menjadi sebahagian dalam prosiding, Anwar tidak mempunyai peluang mempertahankan diri. Apa yang telah berlaku di mahkamah pada 24 Jun amat memalukan dan memualkan.

“Sudah menjadi peraturan asas dalam sistem perundangan yang dijalankan semasa prosiding mahkamah yang mana ia tidak boleh digunakan dan memfitnah pihak ketiga,” kata Surendran.

PBO: hebarkan pada anak cucu bahawa UMNO sememangnya desprate dalam menjatuhkan Anwar. Khabarkan juga bahawa UMNO sudah tidak layak memerintah negara kerana "kegilaan" terhadap isu seks dan liwat. Khabarkan juga rakyat akan terus ditindas untuk kepentingan perut dan kroni UMNO.

sumber

Ahad, 19 Jun 2011

Menanti pertembungan sengit di Parlimen

Parlimen minggu ini kembali rancak dengan kemasukan semula empat pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas enam bulan digantung berhubung isu APCO.

Selain Anwar, Pengerusi DAP kebangsaan Karpal Singh dan Timbalan Presiden KeADILan, Mohamed Azmin Ali dan Naib Presiden KeADILan,R Sivarasa kembali ke Parlimen 16 Jun lepas





Pada 16 Disember lalu, Dewan Rakyat meluluskan usul untuk menggantung Anwar dan tiga wakil rakyat terbabit daripada menghadiri persidangan selama enam bulan berhubung isu berkaitan firma perunding antarabangsa APCO Worldwide dengan kerajaan Malaysia.

Karpal yang merupakan wakil rakyat DAP bagi kerusi Bukit Gelugor, Azmin (KeADILan-Gombak) dan Sivarasa (KeADILan-Subang) digantung kerana menghina dewan akibat membantah penggantungan Anwar.

Isunya di sini bukan soal penggantungan empat MP Pakatan Rakyat semata-mata. Tugas menggantung adalah hak Speaker, namun usul dan motif penggantungan itu yang dipertikaikan.

Umno-Barisan Nasional mengemukakan usul tersebut mereka mereka sudah tidak tahan dengan Anwar. Anwar dan MP Pakatan Rakyat, berjaya membongkar rahsia besar Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak menggunakan khidmat perunding Yahudi untuk kepentingan BN. Itu sahaja isunya.

Ketiadaan Anwar dan tiga lagi MP selama enam bulan tidak dinafikan memberikan sedikit kesan. Pertembungan dengan BN tidak setajam ketika semua MP Pakatan Rakyat hadir semuanya.

Tiada siapa dapat menafikan masalah besar kepada Umno-BN adalah Anwar. Sasaran mereka adalah Anwar. Fitnah yang dilemparkan juga teruknya ke atas Anwar. Mengapa Anwar?

Ketika saya bersembang sembang dengan rakan dari Umno di lobi Parlimen, beliau dengan serius mengatakan, "Umno tidak ada pilihan, kalau Anwar masuk dalam (penjara) baru Umno selamat.

"Belum tentu Umno selamat, itu andaian saudara, bagaimana jika sebaliknya?" soal saya.

Beliau tidak menjawab soalan yang bersifat futuristik tersebut. Pada beliau, by hook or by crook, Anwar harus direhatkan jika Umno mahu selamat.

Namun beliau tidak pula menafikan Umno agak gelojoh dalam usaha mereka untuk memusnahkan karektor peribadi Anwar.

Belum pun kes liwat selesai, Umno-BN mendalangi isu video seks, macam-macam lagi yang dijangka akan dikeluarkan, semata-mata untuk menghapuskan hayat politik Anwar.

Tetapi Umno juga sedar, bukan senang mereka hendak berhadapan dengan Anwar. Umno-BN agak termanggu apabila PAS dan DAP cukup setia bersama Pakatan Rakyat dalam menangani isu Anwar

Usaha mereka untuk memecah belahkan Anwar dengan PAS dan DAP gara-gara isu video, menjadi buntu.

"Saya berterima kasih kepada PAS dan DAP, khususnya kepada Dewan Ulama PAS Pusat yang meluluskan usul menolak isu video seks," kata Anwar kepada saya semasa kami bersembang-sembang di lobi MP bersama Senator Saiful Izham Ramli dari Kedah.

Saya turut bertanya kepada Anwar, jadualnya disusun begitu padat, kudrat sesiapa pun ada batasnya.

"Tidak letih ke Dato' Seri menghadapi tekanan setiap hari?" soal saya.

Sambil tersenyum beliau menjawab, "Letih juga, tetapi mengenangkan kejahatan Umno-BN yang melampaui batas, ia menzahirkan kekuatan.

"Kita tidak akan beri mereka laluan mudah, kita harus bertekad tumbangkan mereka (PRU nanti)," katanya penuh keyakinan.

"Apa pilihan yang kita ada?" tambahnya.

Pada saya, semangat seperti inilah yang diperlukan dalam Pakatan Rakyat. Semangat ini harus diterjemah dan diwarisi oleh seluruh kepimpinan Pakatan Rakyat jika kita mahu menumbangkan BN pada PRU akan datang.

Kami terus berbual-bual mengenai isu politik semasa. Anwar kelihatan mahu memesan makanan, tetapi beliau tidak tahu apa yang hendak dimakan.

"Saya belum makan apa lagi, tapi tengahari ini saya tak mahu makan yang berat-berat. Kawan-kawan selalu ingatkan saya, jangan makan banyak sangat nanti perut buncit macam dalam video," seloroh beliau.

Akhirnya beliau memesan semangkuk sup cendawan yang dimakan dengan roti. Saya cukup dengan kopi o secawan.

Sambil-sambil bersembang datang beberapa orang MP BN yang menyapa Anwar. Tetapi mereka kelihatan agak takut untuk duduk lama-lama dengan Anwar. Mereka sekadar hanya bersalaman dan mengucapkan selamat kembali ke Parlimen, kemudian berlalu pergi.

Beberapa orang menteri dan MP Umno hanya menjenguk dari jauh. Agaknya mereka takut dekat dengan Anwar. Takut dituduh simpatisan Anwar, walaupun hakikatnya memang begitu.

Kelibat Anwar dan rakan-rakan MP Pakatan Rakyat ditakuti kerana mereka mampu menggegarkan Dewan Rakyat. BN nampaknya tidak mampu berhadapan dengan Pakatan Rakyat. MP Umno-BN ibarat keris tumpul.

Sebab itu mereka menggunakan MP pencacai untuk menggendong najis-najis BN. MP-MP yang khianat daripada KeADILan ini, bersama 'sang katak' digunakan setiap hari oleh media talibarut Umno sama ada TV mahu pun akhbar untuk menyerang Anwar dan Pakatan Rakyat.

Tetapi mereka hanya kelihatan menang di tv dan akhbar. Hakikat sebenar dalam dewan, mereka tidak mampu berhadapan dengan Pakatan Rakyat.

Yang penting, sepanjang sebulan ini Parlimen akan kembali rancak. Kembali hiruk pikuk kerana panglima-panglima sudah berkumpul semuanya. Pertembungan dengan BN dijangka kembali sengit.

Sayangnya hiruk pikuk ini terpaksa saya tinggalkan seketika kerana mempunyai tugasan yang besar di luar negara bersama misi kemanusiaan Yayasan Amal. Ketika rencana ini disiarkan saya sudah berlepas ke Mesir, dari sana saya akan memasuki Rafah dan terus ke Gaza jika tidak dihalang di sempadan.

Insya Allah jika tiada aral, kami akan merentasi laluan yang jauh ke sempadan Libya untuk meninjau pelarian yang terperangkap akibat kezaliman Muammar Gaddafi.

Bagi sesiapa yang berhasrat untuk membantu rakyat Palestin dan Libya, mereka boleh menyalurkan sumbangan tersebut menerusi Tabung Kemanusiaan Harakah, nombor akaun 14069010021298 (BIMB).





Ahad, 3 April 2011

Fitnah video seks: "bunuh" watak politik Anwar

KUALA LUMPUR, 3 April — Kajian pendapat umum menunjukkan majoriti rakyat percaya yang Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) itu adalah mangsa pembunuhan karakter ekoran pendedahan video seks oleh “Datuk T” dua minggu lalu.








Hasil kajian Mendeka Center itu juga menunjukkan responden yang ditemui berpendapat yang video seks didedahkan 21 Mac lalu bagi memusnahkan kerjaya politik bekas timbalan perdana menteri tersebut, yang kini merupakan Ketua Pembangkang.

Seramai 504 responden ditemu bual oleh Merdeka Center antara 24 dan 27 Mac lalu dengn 59 peratus adalah Melayu, 32 peratus Cina manakala sembilan peratus India.

Menurut hasil kajian itu, 45 peratus responden beranggapan bahawa Anwar (gambar), yang juga Ketua Umum PKR, adalah mangsa pembunuhan karakter politik manakala 22 peratus bersetuju yang pemimpin itu seorang lelaki yang rendah pegangan moral.

Seramai 20 peratus mengatakan mereka tidak pasti manakala enam peratus lagi enggan respons.

Anwar, Ahli Parlimen Permatang Pauh, sedang melalui perbicaraan kes liwat kali kedua.

Ketika ditanya pandangan mereka sebab video itu muncul, 39 peratus mengatakan mereka percaya ia sebagai satu komplot untuk memusnahkan kerjaya politik beliau.

Bagaimanapun seramai 24 peratus lagi tidak pasti manakala 22 peratus mengatakan ia diadakan untuk mengalih sokongan menjelang pilihan raya negeri Sarawak bulan ini.

Hanya sembilan peratus mengatakan video itu sebahagian daripada usaha Anwar untuk mendapatkan simpati manakala empat peratus mengatakan video itu tulen.

Anwar sebelum ini menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan polis terbabit dalam pendedahan rakaman video seks kononnya beliau mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita tidak dikenali, di hotel Carcosa Seri Negara bulan lalu.

Najib dan Hishammuddin kemudian menafikan penglibatan mereka dalam rakaman berkenaan.

Minggu lalu, Hishammuddin berkata beliau akan memfailkan saman terhadap Anwar yang mengaitkan beliau dalam kes video seks itu.

Pada satu perhimpunan di Shah Alam 28 Mac lalu, seminggu selepas pendedahan rakaman video seks itu, Anwar menegaskan, pendedahan dibuat “Datuk T” tidak akan sesekali “membunuh” karier politiknya.

Sebaliknya, tegas Anwar, hidup dan mati beliau bukan terletak di tangan Umno-Barisan Nasional (BN) tetapi Allah s.w.t.

“Kalau nak mati, saya mati... bukan mati karier politik.

“Hidup mati saya di tangan Allah bukan Umno-BN... belum tentu Umno-BN mampu bertahan tanpa rakyat Malaysia,” katanya.

Pada September 1998, Anwar dipecat sebagai timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno.

Beliau dibebaskan dari penjara akhir 2004 dan menjadi pengikat PKR-PAS-DAP sehingga PR dibentuk tiga tahun lalu.

Anwar berkata, “isunya sekarang adalah kerana Pakatan Rakyat nak ambil pemerintahan negara.”

Tiga “Datuk T” yang dimaksudkan ialah bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim.

Berikutan pendedahan itu, ketiga-tiga individu terbabit telah disoal siasat polis Bukit Aman dan menyerahkan pita video dan seutas jam tangan jenama Omega sebagai bahan bukti.

Anwar juga menyifatkan Abdul Rahim sebagai “jaguh baru” yang dipilih Umno-BN untuk menjatuhkan maruah dan imejnya. (M-I)




Khamis, 28 April 2011

Video seks fitnah Anwar: Perkembangan setakat 28.4.2011

BERITA 1:

KUALA LUMPUR 28 April - Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pukul 2.50 petang ini untuk memberi keterangan kepada polis
berhubung kes rakaman video seks. - Utusan







BERITA 2:

KUALA LUMPUR 28 April – Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan beliau merupakan pelaku dalam rakaman video seks dan membuat dua laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, sebentar tadi.

Satu laporan yang dibuat beliau berhubung penyebaran video seks di Internet manakala satu lagi berkaitan ugutan Datuk Syazryl Eskay Abdullah supaya beliau meletak jawatan. – Utusan

BERITA 3

KUALA LUMPUR 28 April - Ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah hari ini bersumpah atas nama Allah bahawa lelaki dalam rakaman video seks yang didedahkan
oleh beliau adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Shazryl Eskay berkata, beliau sedar akan azab yang bakal dilaluinya di hari akhirat kelak jika tuduhan tersebut adalah fitnah, tetapi beliau yakin dia berada
di pihak yang benar.

Pada masa yang sama, beliau menjemput Anwar untuk bersama-sama dengannya bagi melafazkan sumpah laknat di Masjid Amru Al-As di Bandar Baru Sentul, selepas
solat Jumaat esok. - Utusan

BERITA 4 (kah kah kah polis tak kenal blog papagomo dan pisau.net)

Khamis April 28, 2011
PDRM Dan SKMM Cari Individu Yang Memuat Naik Sebahagian Lagi Klip Video Seks
KUALA LUMPUR: Polis telah melancarkan siasatan bagi mengesan individu yang memuat naik sebahagian lagi rakaman klip video hitam putih aksi seks melibatkan individu mirip pemimpin pembangkang pada Rabu.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar berkata siasatan polis mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 telah dimulakan dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tidak lama selepas berita mengenai klip video aksi seks itu tersebar di internet.

"Sehingga kini kita masih belum kenal pasti identiti mereka yang memuat naik klip itu," katanya kepada pemberita di Bukit Aman di sini Khamis.

Ditanya sama ada polis telah menerima laporan berhubung penyiaran klip terbaru itu, Khalid berkata walaupun sehingga kini tiada laporan polis dibuat mengenainya tetapi polis masih boleh menjalankan siasatan.

"Tidak semestinya laporan perlu dibuat. Siasatan masih akan dijalankan. Perkara yang paling penting adalah mencari siapa yang bertanggungjawabdalam hal ini," katanya.

Semalam heboh diperkatakan mengenai penyiaran sebahagian lagi rakaman video seks dengan durasi 47 saat yang dikatakan melibatkan individu mirip pemimpin pembangkang yang telah dimuat naik di internet antaranya di laman web perkongsian video disukai ramai YouTube and beberapa blog.

Pada 4 April lepas, satu klip video berdurasi yang sama juga dipercayai melibatkan individu yang sama tersebar luas di internet.

Khalid ketika ditanya mengenai perkembangan siasatan klip video pertama itu, berkata pihak pendakwaan telah meminta pegawai penyiasat untuk menyiasat dengan lebih terperinci daripada beberapa sudut lagi.

"Pihak pendakwaan melihat lebih terperinci daripada penyiasat. Kami tidak dapat nyatakan bila ia (siasatan) akan siap"," katanya.

Katanya ia adalah proses biasa dalam sesuatu siasatan apabila ada individu yang akan dipanggil memberi keterangan atau dipanggil semula untuk beberapa kali bagi membantu siasatan.

Pada 21 Mac lepas, rakaman video seks yang dikatakan melibatkan individu mirip pemimpin pembangkang dipertontonkan kepada beberapa wakil media oleh pihak yang menggelarkan diri "Datuk T" di sebuah hotel di sini.

Misteri "Datuk T" terungkai apabila Datuk Shazryl Eskay Abdullah bersama bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Tamby Chik dan bekas Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim mengaku mereka bertanggungjawab di atas penayangan video tersebut dan "Datuk T" merupakan singkatan "Datuk Trio".

Penayangan video itu menyebabkan Anwar membuat laporan polis. - MStar

Isnin, 18 April 2011

PKR bimbang Peguam Negara tetap dakwa Anwar

KUALA LUMPUR, 18 April: Walaupun polis memberikan tumpuan siasatan kepada pihak yang membuat tayangan video seks itu kini, namun PKR tetap bimbang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa Peguam Negara.

Demikian kata Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution Ismail dalam satu kenyataannya.







Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani memaklumkan tumpuan polis kini adalah menyiasat pihak yang menayangkan video lucah itu.

(Petikan Klik video lucah...apakah ini perut Anwar dipetikaikan banyak pihak)

Namun begitu, Saifudin bimbang, Peguam Negara akan terus mendakwa Anwar.

Acryl dalam kenyataannya kepada Bernama berkata, siasatan video seks telah lengkap dari setiap sudut dan ia kini menjurus kepada Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.

Acryl juga dipetik berkata hasil siasatan itu akan diserah segara kepada Peguam Negara.

"Kenyataan ini menunjukkan siasatan polis mendapati tidak ada sebarang asas undang-undang untuk mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam video tersebut kerana jelas beliau tidak ada kena mengena dalam isu ini," kata Saifudin dalam kenytaaanya.

Ini selari dengan penafian Anwar Ibrahim yang konsisten mengenainya, kata Saifudi.

"Walau bagaimanapun kita yakin bahawa Peguam Negara dibawah arahan rejim Barisan Nasional akan tetap mencari jalan untuk mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim ke mahkamah.

"Ini kerana seluruh episod konspirasi ini direka bertujuan menghancurkan kerjaya politik Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ini tidaklah mustahil bagi Saifudin kerana sebelum ini situasi sama berlaku dimana Datuk Seri Anwar Ibrahim dihadapkan ke mahkamah atas dan difitnah atas dua tuduhan liwat, walau pun beliau tidak melakukannya.

"Parti Keadilan Rakyat kesal kerana Barisan Nasional terus menggunakan politik kotor, jijik malah menginjak batas agama dan peradaban kemanusian demi mengekalkan kuasa politik," tegas beliau.

Saya bertanggungjawab - Eskay

Laman web The Malaysian Insider hari ini melaporkan, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah berkata beliau merupakan individu tunggal yang bertanggungjawab mempertontonkan video seks — yang lelaki didakwa melanggan pelacur asing adalah mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau memberitahu laman itu hari ini bahawa Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuiab Lazim tidak terlibat dalam keputusannya mempertontonkan kepada wakil media terpilih 21 Mac lalu.

(Trio Umno...kini Datuk Shazryl Eskay Abdullah sahaja yang mengaku bertanggungjawab, dua lagi [Duo Umno] , katanya, tidak bersalah)

“Saya bertanggungjawab dan memikul tanggungjawab penuh (ke atas tindakan) mempertontonkan (rakaman video seks). Mengapa saya memilih untuk menayangkan? Saya akan menjelaskan di mahkamah," katanya.

Rakaman 21 minit itu dipertontonkan oleh “Datuk T” pada 21 Mac lalu, dan dua hari kemudian Shazryl dan Abdul Rahim bersama Shuiab mengaku bertanggungjawab atas pendedahan video itu.

Bernama semalam memetik Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata siasatan rakaman video aksi seks itu mengikut Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah telah siap.

Acryl berkata laporan lengkap siasatan itu akan diserah kepada Pejabat Peguam Negara pada bila-bila masa dari sekarang untuk tindakan selanjutnya.

“Bagi pihak kami (polis), siasatan telah lengkap dari setiap sudut menjurus kepada Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan (kerana kesalahan mengedar bahan lucah),” kata beliau.

Oleh itu kata beliau, terpulang kepada Peguam Negara untuk mengambil sebarang tindakan susulan terhadap kes ini dan sekiranya ada mana-mana perkara yang perlu disiasat semula atas arahan Peguam Negara, “kita akan siasatlah.”

Jam tangan itu merupakan antara dua barang bukti, selain rakaman video seks, yang diserahkan kepada polis oleh Abdul Rahim, Shazryl dan Shuiab Lazim bagi tujuan siasatan berhubung video itu. (harakah)

Selasa, 10 Februari 2015

Anwar sah ke penjara! Bagaimana air muka musuh politik Anwar?

Anwar ke penjara, Saiful akan tersenyum, Musuh-musuh politik akan terbahak-bahak.

Penjarakan Anwar kita pastikan BN kalah PRU 14 , PRK Permatang Pauh!





Kita semua sedang menanti keputusan rayuan Anwar Ibrahim berhubunga dakwaan liwat yang akan diumumkan pada bila-bila masa sahaja. Semua pihak terbabit dengan rayuan itu sudah berada dalam mahkamah. Istana Keadilan di Putrajaya kini menjadi tumpuan. Ribuan penyokong Anwar sejak pagi-pagi lagi sampai ke perkarangan Istana Keadilan.

Anwar tiba di mahkamah sambil memimpin cucunya.

Anwar tiba bersama isteri, anak-anak dan cucunya. Ketika masuk ke mahkamah beliau memimpin tangan seorang cucunya. Berjalan sederap ialah anak sulungnya Nurul Izzah yang kelihatan penuh yakin dengan apa yang berlaku hari ini.

Yang membungakan sebak di dada mengenangkan cucunya itu, dia tidak tahu apakah erti perjalanan pagi ini, mungkin dia mengira datuknya mahu membawanya ke taman permainan atau pergi bermaian banjir.

Di belakang Dr Wan Azizah Wan Ismail berjalan sambil disuarakan pembesar suara oleh seorang wartawan media eletronik. Anwar seperti biasa menghadapi saat-saat genting itu dengan selamba sahaja, tetapi dalam hatinya hanya Tuhan sahaja yang tahu.

Yang penting beliau sudah siap menerima apa sahaja vonis. Awal-awal beliau sudah bersajak Q-sera sera. Apa nak jadi jadilah dan Allah mempunyai kata kuncinya sendiri, Kun Fayakun.. maka jadilah. Anwar dan kita semua akan menyambut apa yang dikatakan Allah s.w.t. hari ini. MSO


LANGSUNG


12.10pm: Peguam Sri Ram, yang mewakili Anwar, bangun untuk penangguhan selama sejam untuk mendapat arahan lanjut daripada anak guamnya. Mahkamah ditangguh
sementara menunggu hukuman.

11.45am: Ketika penghakiman dibacakan, di ruang maya ramai mula berspekulasi bahawa Anwar mungkin bersalah.

"Menuju ke arah pensabitan kes," tulis ketua biro undang-undang PKR Latheefa Koya di akaun Twitter.

11.31am: Lebih sejam Hakim Arifin membacakan penghakiman kes liwat Anwar. Seorang anak Anwar kelihatan menitiskan air mata.

11.27am: Anwar memandang kepada isterinya, presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail. Dua anggota polis berdiri kiri dan kanan kandang tertuduh tempat Anwar
duduk.

11.25am: Hakim memutuskan bahawa tiada gangguan pada penjagaan sampel dan berkata pegawai penyiasat Jude Periera berhati-hati mengendalikannya.

Oleh itu beliau memutuskan sampel DNA tidak tercemar.

11.08am: Hakim memutuskan bahawa barang-barang daripada lokap diperoleh secara sah dan menggelarkannya sebagai "bukti bebas".

"Kami (panel) berpandangan bahawa tidak perlu menjalankan perbicaraan dalam perbicaraan (berhubung kebolehterimaan bukti daripada sel)," katanya.

11.05am: Bagi bahan bukti yang diperolehi dari lokap, ketua hakim menyimpulkan Anwar memang menggunakan barang-barang tersebut kerana sel itu sebelumnya
kosong.

11.03am: Hakim menyentuh pula keterangan ahli kimia Dr Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon serta bagaimana hakim perbicaraan mempunyai cukup bukti yang
saling mengukuhkan antara satu sama lain.

Katanya, kes prima facie berjaya dibuktikan dan Mahkamah Rayuan bersetuju dengannya.

"Saiful tidak bersekongkol dan tiada cukup bukti saling mengukuhkan untuk menyokong keterangan itu," katanya.

11am: Hakim berkata dalam Akta Keterangan, pentahkikan tidak diperlukan. (Mahkamah Tinggi sebelum ini memutuskan bahawa keterangan ahli kimia tidak mentahkikkan
keterangan Saiful). Hakim berkata keterangan pengadu boleh dipercayai tanpa pentahkikan.

10.50am: Hakim Arifin membangkitkan keterangan mengenai pakaian berjenama Brioni dan bagi permaidani yang dirampas, beliau berkata ia bukanlah bukti yang
sangat penting.

10.46am: Berkaitan keterangan terperinci Saiful, hakim berkata pengadu berpegang teguh kepada keterangannya walaupun selepas disoal balas dengan mendalam.
Ekoran itu, kata hakim, Mahkamah Rayuan memutuskan keterangannya boleh diterima.

10.45am: Hakim membacakan pembelaan Anwar yang mempersoal tindakan Saiful membawa pelincir KY Jelly dan dakwaan doktor Pusrawi bahawa objek plastik menembusi
duburnya.

Hakim berkata Saiful mendakwa berlaku hubungan seks tetapi pasukan pembelaan membangkitkan kenapa dia tidak lari.

10.43am: Hakim kini memberikan tumpuan pada isu kewibawaan keterangan Saiful.

10.42am: Hakim berkata pakar-pakar, yang memberi keterangan bagi pembelaan, sampel itu masih tidak tercemar, maka Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menghujahkan
wujud keraguan munasabah pada sampel tersebut.

10.39am: Hakim kini membacakan keterangan saksi pembelaan Prof David Wells dan Prof Brian Mcdonalds. Hakim berkata pakar bedah tulang belakang Dr Thomas
Hoogland berpendapat bahawa Anwar tidak dapat melakukan aksi seks sebegitu kerana masalah sakit belakang.

10.37am: Hakim berkata bahawa Anwar memberikan kenyataan daripada kandang tertuduh dengan dakwaan terdapat konspirasi oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Razak dan mempersoal tindakan Saiful.

10.33am: Hakim berkata Anwar ditahan dan dibekalkan dengan tuala, berus gigi dan sebotol air mineral.

Barang itu diambil oleh polis pada hari berikutnya dan sampel daripadanya diserah kepada ibu pejabat polis Kuala Lumpur.

10.27am: Selepas membacakan bagaimana Saiful dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur, di mana sampel diambil.

10.33am: Hakim berkata Anwar ditahan dan dibekalkan dengan tuala, berus gigi dan sebotol air mineral.

Barang itu diambil oleh polis pada hari berikutnya dan sampel daripadanya diserah kepada ibu pejabat polis Kuala Lumpur.

10.27am: Selepas membacakan bagaimana Saiful dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur, di mana sampel diambil.

Hakim Arifin berkata ahli kimia menemui sel sperma daripada calitan dubur bahagian tinggi dan rendah.

Beliau juga berkata dapatan awal bahawa tiada tanda-tanda tembusan.

10.24am: Keadaan di luar Istana Kehakiman ketika ini terkawal. Penyokong Anwar rata-rata duduk di kaki lima dan turut mendengar ceramah yang disampaikan oleh beberapa pemimpin PKR.

Pentas ceramah itu dibuat di atas kereta pacuan 4 roda Hilux yang dibawa ke perkarangan mahkamah.

Selain itu, penyokong juga diberi makanan percuma seperti buah oren dan karipap serta air minuman.

Terdapat juga peniaga yang tidak melepaskan peluang menjual baju T kepada orang ramai.

Sementara itu, seorang orang kelainan upaya (OKU) Md Arof Majid, yang hadir ditemani isterinya berkata, beliau berharap supaya Anwar dibebaskan.

"Saya harap Anwar dibebaskan. Kerana dia membantu rakyat," katanya.


more updates ...

# sila like "kami undi pakatan rakyat"





Rabu, 11 Mei 2011

"Babi" tak boleh, lucah boleh pulak ... memang 'Pandi kutty'

KUALA LUMPUR, 10 Mei: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan rasa hairan dengan sikap akhbar Umno, Utusan Malaysia yang melaporkan kecaman terhadap Datuk Seri Anwar ekoran dakwaan menggelar Perdana Menteri sebagai 'Pandi kutty'.

(klik papar untuk lihat ulasan penuh dan video "babi yang dimaksudkan)




Beliau mempersoal, bagaimana Utusan, sebuah akhbar yang menjadi juara penyebaran kelucahan kepada masyarakat kini mahu menjuarai adab sopan.

(Gambar: Laporan muka depan Utusan yang menyiarkan bantahan pandi kutty yang tidakpun ditujukan kepada Najib tetapi tindakan pihak yang tidak betul)

"Saya terbaca tajuk muka depan akhbar Utusan Malaysia hari ini, "Anwar Dikecam," kononnya kerana guna kata-kata kesat serang Perdana Menteri.

"Hairan saya, akhbar yang menyebarkan segala bentuk kelucahan dalam masyarakat hari ini menjadi juara adab sopan?"katanya di Facebook.

Utusan di muka depannya hari ini meletakkan tajuk 'Anwar dikecam' dengan membawa beberapa pandangan individu membidas sikap Anwar yang didakwa menggelar Datuk Seri Najib dengan gelaran Pandi Kutty.

Antara lain, akhbar Umno itu mengambil pandangan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali dan Bekas Ketua AMK yang menyertai Umno, senator Ezam Mohd Noor.

Najib ketika mengulas laporan itu pula berkata, beliau tetap tidur lena (jenera) walaupun dituduh dengan perkataan itu.

Mengulas lanjut, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, gesaan MCA agar Utusan dipulaukan, sangat tepat.

"Tepat sungguh gesaan MCA agar Utusan Malaysia dipulaukan,"tulisnya lagi.

Sebelum ini, Utusan juga dikecam banyak pihak ekoran tindakan keterlaluan akhbar itu menyiarkan di muka depan laporan serta gambar berhubung isu video seks yang dikaitkan dengan Anwar yang juga Ketua Umum PKR. Turut dikecam dan dilebelkan sebagai media lucah adalah TV3.

Dalam pada itu, Anwar hari ini menyifatkan serangan terbaru isu Pandi Kutty terhadapnya itu adalah fitnah terbaru Umno BN.

(Gambar kanan: Utusan disifatkan akhbar lucah apabila menyiarkan gambar-gambar dari klip video Trio Umno yang mendakwa Anwar adalah pelakunya)

Menurut laporan TV Selangor yang merakam penuh ceramah Anwar di Klang, Sabtu lalu itu, ketua pembangkang itu tidak langsung menghemburkan perkataan itu terhadap Najib.






dari TVSNEWS:

SHAH ALAM 10 MEI : - Utusan Malaysia sekali lagi menfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila mendakwa Ketua Pembangkang itu menggunakan perkataan kesat “pandi
kutty" terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada satu ceramah di Klang Sabtu lalu.

Rakaman ceramah itu oleh TvSelangor menunjukkan Anwar tidak menggunakan perkataan itu terhadap Najib tetapi terhadap taktik kotor politik yang digunakan
untuk menjatuhkan beliau.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat itu menyifatkan Umno sebagai parti terdesak yang menggunakan video lucah untuk mengaibkannya.

Berikut adalah petikan ucapan Anwar yang dimaksudkan di Dewan Hamzah Klang :

"Maknanya kalau kita lawan dengan parti yang terdesak, mereka menjurus kearah perbuatan terdesak termasuk video. Azizah kata sekarang jangan makan banyak
sebab nanti sama dengan dalam video. Ini betul-betul "pandi kutty".

Pada ceramah itu juga, Anwar berkata perkataan pandi kutty mungkin dianggap kasar namun mengingatkan hadirin di ceramah bahawa tidak ada dalam mana-mana
budaya di dunia ini menggunakan taktik-taktik kotor seperti video lucah untuk menjatuhkan pemimpin politik.

"Ada orang kata Anwar cakap kasar. Macam mana tidak kasar. Ini kerja gila. Anda tahu sejarah India, Cina, Melayu Arab, adakah anda lawan politik begitu
kotor macam Datuk Najib buat? Tidak ada,” kata Anwar di ceramah itu.

Utusan Malaysia hari ini menyiarkan muka depan komen juak-juak Umno yang membidas Anwar, kerana kononnya menggunakan ungkapan pandi kutty terhadap Perdana
Menteri .

Malah, akhbar milik Umno itu mencetak reaksi lucah seperti pemimpin Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) Hamidzun Khairuddin yang berkata Anwar
mengalami “sindrom prahaid (PMS), kesan daripada kes liwat dan video seks yang sedang dihadapinya.”

Hamidzun seperti pemimpin-pemimpin Umno yang lain termasuk Khairy Jamaluddin, Ibrahim Ali dan Mohammad Ezam Mohd Noor membidas Anwar hanya berasaskan
laporan Utusan, tanpa mengesahkan kesahihan komen Anwar itu.

Utusan Malaysia sebelum ini diselar pelbagai pihak kerana kerap menyiarkan berita fitnah termasuk isu video lucah untuk mengaibkan Anwar.

Sabtu lalu, akhbar itu mendakwa golongan paderi bersekongkol dengan DAP untuk menjadikan Kristian agama rasmi negara ini.

Antara yang mengecam akhbar itu adalah Kesatuan Wartawan Kebangsaan. Presidennya Hatta Wahari bekerja di Utusan tetapi dipecat minggu lalu kerana didakwa
bertindak melanggar kepentingan syarikat.

Sabtu, 16 April 2011

Kenyataan menipu mengenai isu video seks mirip Anwar!

Nampaknya yang disiasat adalah jam omega dan pelacur. Tayang video seks di hotel ..terlepas. Yang upload video ke youtube ... terlepas.

Korang baca sendirilah .. KPN kata sudah siasat (kalau tak diputar belit kenyataan oleh media pengampu untuk keuntungan politik) danseorang lagi belum siasatg wanita pelacur tu.

PBO tetap yakin itu bukan Anwar. Klik papar untuk meneruskan bacaan.







Berita terbaru:

Polis belum menemui wanita itu, kata Timbalan Pengarah CID, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani, menafikan laporan akhbar yang memetik Ketua Polis Negara sebagai berkata polis telah berbuat demikian.Polis belum mengambil keterangan daripada wanita dalam video seks yang didedahkan trio Datuk T baru-baru ini dan didakwa membabitkan seorang lelaki mirip pemimpin pembangkang.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata polis percaya wanita dalam rakaman video seks itu adalah rakyat China.

“Setakat ini maklumat kita mempercayai wanita (dalam) video itu sebagai warga China tetapi belum disahkan secara pasti dan setakat ini tiada perkembangan yang sensasi,” katanya kepada Bernama menerusi SMS hari ini.

Sehingga kini polis belum menemui wanita itu, katanya yang menafikan laporan akhbar yang memetik Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar sebagai berkata polis telah mengambil keterangan wanita dalam video itu.

“Kenyataan dalam akhbar (Bahasa Inggeris) hari ini adalah salah dan IGP (Ketua Polis Negara) tidak pernah berkata sedemikian,” kata Acryl Sani yang bagaimanapun enggan mendedahkan identiti wanita itu.

Semalam Ismail berkata polis telah mengenal pasti identiti lelaki dan wanita dalam rakaman video seks itu berdasarkan kepada bukti-bukti dan fakta-fakta kukuh sepanjang siasatan dilakukan.

Ketika ditanya mengenai perkembangan siasatan terhadap jam Omega, Acryl Sani berkata tempoh seminggu yang diberikan polis kepada syarikat yang mengedar jam mahal itu akan berakhir minggu ini.

Beliau berkata bagaimanapun syarikat itu belum memberikan maklum balas.

“Pihak pengedar janji minggu ini tetapi masih belum diterima,” katanya.

Jam tangan itu dilaporkan merupakan antara dua bukti, selain rakaman video seks, yang diserah oleh ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik serta Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim kepada polis bagi tujuan siasatan berhubung video itu.

- Bernama

Berita terdahulu:

KUALA LUMPUR: Polis telah mengenal pasti lelaki di dalam rakaman video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar pada Khamis.

Kata beliau, kertas siasatan kes berkenaan dijangka selesai minggu depan.

“Kami sekarang mengenal pasti siapa pemilik jam tangan Omega yang diserahkan kepada polis,” katanya kepada pemberita di sini.

Ditanya sama ada wanita dalam klip video itu telah dikenal pasti dan diambil keterangan, Ismail berkata, kesemua yang terlibat dengan video berkenaan telah diambil keterangan.

Pada 4 April lalu, klip video seks berkenaan dimuat naik ke laman web Youtube petang Isnin.

Klip berdurasi selama 1:47 saat itu memaparkan tiga individu iaitu dua lelaki bersama seorang wanita dipercayai pelacur sebelum salah seorang lelaki terbabit keluar meninggalkan pasangan berkenaan.

Beberapa blog anti pembangkang turut memaparkan klip video yang diambil dari Youtube.

Bagaimanapun, klip berkenaan hanyalah sebahagian daripada rakaman sebenar yang berdurasi hampir setengah jam.

Berdasarkan rakaman asal video itu tertera tarikh 21 Februari dari pukul 10.23 malam hingga 10.45 malam.

Individu yang keluar meninggalkan lelaki dan pelacur itu di dalam bilik berkenaan dikatakan ahli perniagaan, Datuk Syazril Eskay Abdullah.

Pada 25 Mac lalu, Syazril Eskay dan bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik menyerahkan pita video seks dan jam tangan Omega kepada polis pada Khamis walaupun sebelum ini berkeras enggan berbuat demikian yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mereka berdua adalah trio ‘Datuk T’ yang mengaku termasuk Datuk Shuib Lazim sebagai yang bertanggungjawab memperlihatkan kepada wakil media klip video seks terbabit pada Isnin.

Anwar yang menafikan beliau adalah lelaki di dalam klip berkenaan pada Selasa membuat laporan polis mendakwa ‘Datuk T mengugutnya dan isteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail




Selasa, 19 Mac 2013

Blogger papagomo persenda dan cabar tuntutan saman Anwar.. tengok apa dia jawab

Untuk makluman Dato Sri Anwar Ibrahim hari ini saya telah pun terpancut kerana sekian lama air saya tertunggak menantikan saman dari Dato Sri. Tak disangka hari ini ianya keluar terpancut melimpah limpah dengan amaun RM 100 juta dari Anwar Ibrahim.





# sila like "pakatan rakyat supporters"


"Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman ke atas blogger pro-Umno, Papagomo yang menyebar gambar lucah menyerupai Ketua Umum KEADILAN di rangkaian media sosial.

Anwar“Saya telah arah pasukan peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas blogger pemfitnah yang mempunyai kaitan rapat dengan Umno,” kata Anwar di twitter hari ini."

In the letter of demand sent today, Dato’ Seri Anwar’s solicitors have demanded that the blogger Papa Gomo withdraw his malicious allegations, apologize within 48 hours from today, and pay damages in the sum of RM 100 million."

Permohonan Maaf saya :

Salam sejahtera kepada Dato Sri Anwar Bin Ibrahim Ketua Umum Pakatan Rakyat. Saya dengan ini memohon maaf diatas ketelanjuran saya yang menyebarkan gambar gambar berbentuk separa lucah kepada rakyat. Saya benar benar memohon maaf diatas kebiadapan saya ini yang mencerca Dato Sri dan melabelkan Dato Sri sebagai pengamal Homoseksual.

Dengan permohonaan Maaf ini saya harap agar Dato Sri dapat balik menarik saman RM 100 juta yang difailkan keatas saya kerana saya orang susah, tidak ada duit sebanyak itu untuk membayar saman Dato Sri. Lagipun saya terpaksa menanggung 5 orang adik adik saya yang masih lagi bersekolah manakala ibu saya tidak sihat dan bapa saya pula tidak berkerja.

Apa sekalipun Dato Sri, saya juga dengan ini memberikan amaran buat Dato Sri untuk menarik balik saman tersebut dalam masa 48 Jam kerana jika Dato Sri tidak menarik balik saman tersebut serta membuat permohonan Maaf kepada saya maka saya dengan ini tidak akan teragak agak untuk mendedahkan lebih banyak paparan video Homoseksual Dato Sri untuk tatapan rakyat.


































Saya juga nak menegaskan disini bahawa paparan Gambar gambar diatas ini adalah sebahagian daripada aktiviti mingguan Dato Sri dalam menjalankan kerja Homoseksual mebelasah Jubor jubor lelaki terutamanya anak muda.





Dato Sri Anwar Ibrahim, 6 hb Febuari 2013 berlokasi di Hotel Hilton KL Central pada jam 1 pagi rakaman aksi Dato Sri membelasah Jubor Mahasiswa dari Sabah juga berada di tangan saya. Saya merasakan bahawa Dato Sri tahu apa yang akan berlaku jika Video tersebut tersebar kerana rakyat perlukan bukti nyata dalam pekara ini.

Apa yang dilakukan saya adalah untuk menyedarkan rakyat Malaysia bahawa Dato Sri Anwar Ibrahim tidak layak menjadi pemimpin dengan moral yang begitu jijik apatahlagi dengan ketagihan homoseksual yang saya lihat tidak dapat lagi dibendung. Wan Azizah, Nurul Izzah dan juga suami Nurul tahu kegiatan Dato Sri dan saya rasa Dato Sri pasti terkejut jika saya nyatakan bahawa Menantu Dato Sri yang akan membawa Dato Sri keluar setiap malam bagi mencari Jubor untuk dikoyakkan.

Pendedahan mengenai moral Dato Sri saya lakukan demi rakyat Malaysia. Seharusnya Dato Sri berundur dari pentas politik dengan kadar segera demi menjaga maruah keluarga Dato Sri terutama Wan Azizah yang sudah begitu lama menahan azab dengan kegiatan tak bermoral Dato Sri.

Saya juga tertanya tanya mengapa Dato Sri Anwar Ibrahim tidak menyaman saya, Dato Eskay sejak pendedahan Video Seks Dato Sri dan China Doll tersebar. Mengapa dalam isu video seks China Doll Anwar Ibrahim tidak menfailkan saman keatas Dato Eskay yang terang terang bersumpah serta menyatakan bahawa Dato Sri merupakan lelaki didalam video tersebut yang membalun Pelacur China itu?

Akhir sekali saya nak menyatakan bahawa saya memohon Maaf kepada Dato Sri kerana saya tidak ada pilihan lain selain daripada terus mendedahkan kegiatan tak bermoral Dato Sri agar rakyat mengetahui kebenarannya. Rakyat tidak mahu pemimpin jijik sepertimana manusia bernama Anwar Bin Ibrahim.

Buat Anwar Ibrahim, saya mengikut jejak langkah Tun Mahathir idola saya:

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad enggan memohon maaf kepada bekas timbalan, Anwar Ibrahim dan menolak tuntutan RM100 juta (US$26.7 juta) sebagai ganti rugi kerana memanggil Anwar sebagai seorang homoseksual. - KLIIK DISINI




Klip Video Dalam Simpanan Papa Gomo : )
Anwar Ibrahim ingat tragedi Jubor Mahasiwa dikoyakkan beliau?
Percayalah bahawa Anwar Ibrahim tidak akan ingat kerana sudah
puluhan dan mungkin ratusan Jubor anak muda diratahnya.

Jadi dengan ini 48 jam tempoh diberikan untuk Dato Sri Anwar Ibrahim menarik balik saman dan membuat permohonan Maaf kepada saya. Jika tidak maka Bala yang dah mati tu akan menimpa Dato Sri Anwar selepas 48 jam bermula dari jam 4 petang ini.

Psssttt... Lawan tetap Lawan.... U Ulang Lagi I saman U...hua Hua hua


*PBO tidak menyalin gambar dari blogger tersebut.




pen buruk online




Isnin, 16 Mei 2011

Laporan penuh pelbagai media kes Anwar 16.5.2011

(1) Mahkamah KECOH (Malaysiakini)

Keadaan persekitaran di kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur hari ini tegang berikutan ratusan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berkumpul sejak awal pagi tadi bagi mendengar keputusan sama ada ketua pembangkang itu perlu membela dirinya terhadap tuduha liwat ke atasnya.






Pagi tadi, beberapa anggota pemuda PKR bertengkar dengan pihak polis yang membuat sekatan jalan ke perkarangan kompleks mahkamah.

Seorang daripada mereka menuntut supaya polis menghentikan sekatan itu dan mendakwa sebagai pembayar cukar, rakyat berhak masuk ke kawasan berkenaan dengan bebas.

Beberapa rakannya yang lain cuba mententeramkan ahli itu dan menariknya ke tepi. Ratusan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak dapat masuk ke bilik perbicaraan kemudian menyantikan lagu 'ole ole' dengan lirik 'bebas, bebas, bebas, bebas, bebas Anwar, bebas Anwar'.

Keadaan semakin hangat apabila Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah memerintahkan Anwar membela diri terhadap pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie.

Seorang penyokong yang terlalu kecewa menjerit kepada sekumpulan wartawan TV3 dan menyeru mereka supaya "TV tiga-suku balik". Ada juga yang melaungkan "TV3 lucah" merujuk kepada tindakan stesen televisyen itu yang menyiarkan rakaman video seks seorang pemimpin yang didakwa mirip Anwar.

anwar court trial 160511 sentul district police chief zakaria pagan
Sementara itu, menurut OCPD Sentul Zakaria Pagan, polis menahan seorang lelaki yang membawa tukul besi di perkarangan mahkamah tersebut.

Katanya, lelaki yang berpakian seragam pengawal keselamatan itu juga mencurigakan pihak berkuasa.

"Polis agak bimbang. Kejadian berlaku pada jam 9.15 pagi. Lelaki itu dibawa ke balai polis daerah Sentul,” katanya.

Kehadiran anggota polis yang ramai daripada lazimnya dikatakan berjaya mengawal keadaan dan mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini daripada berlaku.

Penyokong Anwar mula tiba seawal jam 4.30 pagi ini dan berkumpul ke Masjid Kuala Lumpur yang terletak bersebelahan kompleks mahkamah bagi menunjukkan sokongan mereka kepada ketua pembangkang itu.

Mereka juga sempat bersarapan nasi lemak yang berbungkuskan aklhbar Utusan Malaysia sebagai protes simbolik mengenai peranan akhbar milik Umno yang didakwa menyiarkan pelbagai fitnah dan pembohongan terhadap Pakatan Rakyat.

Penyokong juga menunaikan solat hajat subuh sebelum beredar ke mahkamah. Ada yang datang sejauh dari kawasan kerusi parlimen Anwar di Permatang Pauh dan terdapat juga beberapa bas yang dari Gopeng, Perak.

(2) Hakim: Saiful Bukhari saksi benar, berwibawa (Malaysiakini)

Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mendakwa beliau diliwat oleh bekas majikannya Datuk Seri Anwar Ibrahim telah disifatkan sebagai “saksi yang benar dan berwibawa”.

Pengakuan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah ketika memerintahkan Anwar supaya membela dirinya.

Ketika membacakan penghakimannya selama dua jam itu, beliau berkata terdapat kes prima facie ke atas Anwar.

Menurutnya bukti-bukti yang dikemukakan oleh saksi pakar seperti doktor-doktor dan ahli kimia mentahkikkannya dengan kenyataan Saiful bahawa terdapat penetrasi zakar dan mangsa berada di kondominium berkenaan semasa kejadian itu sebagaimana
dinyatakan dalam tuduhan.

Anwar didakwa meliwat Saiful di kondominium Desa Damansara antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008. Ini perbicaraan kedua kes liwatnya
sejak 1998. Pada kes pertama itu beliau dibebas dan dilepaskan selepas rayuan.

Pada 2000, beliau dituduh meliwat pemandu kepada isterinya, Azizan Abu Bakar.

Beliau disabitkan kesalahan dan dihukum penjara sembilan tahun oleh Mahkamah inggi, tetapi empat tahun kemudian Mahkamah Persekutuan membatalkan sabitan itu dan mengetepikan hukuman penjara.

Anwar kini mempunyai tiga pilihan bagi mempertahankan dirinya - menjawap melalui keterangan sumpah dari kandang saksi, membaca kenyataan dari kandang tertuduh dan tidak boleh disoal-balas ataupun memilih untuk mendiamkan diri.

Pasukan pendakwaan diketuai oleh Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, dan dianggotai oleh timbalan ketua bahagian pendakwaan Nordin Hassan dan Mohd Hanafiah Zakaria, serta timbalan pendakwaraya CK Wong dan Noorin Badaruddin.

Pihak pembelaan pula terdiri daripada peguam kanan Karpal Singh dan dibantu oleh Param Cumaraswamy, Sankara Nair, CV Prabhakaran, Marissa Christopher Fernando dan Ram Karpal Singh.

Pada 7 Ogos 2008 Anwar, 63, mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan melakukan liwat bertentangan dengan peraturan alami di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10ptg dan 4.30ptg 26 Jun, 2008.

Tuduhan itu dikemukakan di bawah seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebat.

(3) Kes liwat: Saiful syukur keputusan hari ini (Malaysia Insider)

Dalam reaksi segera berhubung keputusan Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah pagi tadi, Saiful yang merupakan pengadu dan saksi utama berkata, dia berharap perbicaraan peringkat seterusnya akan berjalan dengan lancar.

“Syukur dengan keputusan pada hari ini. Diharap peringkat perbicaraan seterusnya berjalan dengan lancar. Akan terus berdoa, istiqamah sabar,” katanya dalam mesej menerusi Twitter sebentar tadi.

Mohd Zabidin memutuskan bahawa ada kes prima facie terhadap Anwar, 63, Ketua Umum Pakatan Rakyat, yang berhadapan dengan kes liwat keduanya dalam tempoh 13 tahun.

Dalam satu lagi mesej lagi, Saiful berkata, “pembelaan bermula (dari) 6 hingga 30 Jun (ini). Mereka akan tampilkan saksi-saksi alibi untuk melemahkan kes pendakwaan.”

“Semoga berjalan dengan lancar,” kata bekas pembantu Anwar ini.

(4) Hakim terikat hujah pendakwa raya – Anwar - KeadilanDaily

KUALA LUMPUR: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah mengikut telunjuk pendakwa raya apabila memutuskan beliau perlu membela diri dalam kes Fitnah II.

“Kita kesal kerana keputusan hakim itu seolah-olahnya begitu terikat sepenuhnya dengan hujah pendakwaan,” kata Anwar ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas keputusan itu dibacakan.

Hakim Zabidin hari ini memerintahkan Anwar untuk membela diri dalam kes berkenaan dengan menetapkan tarikh perbicaraan pada 6 hingga 30 Jun 2011.

Beliau membuat keputusan itu selepas membacakan nota penghakimannya selama hampir sejam lima belas minit di dalam mahkamah.

Zabidin memutuskan Anwar perlu membela diri kerana saksi utama pendakwa, Saiful Bukhari Azlan boleh dipercayai dan berwibawa’ walaupun diketahui Saiful memberikan keterangan bercanggah dengan pertuduhan.

Pertuduhan yang dikenakan terhadap Anwar adalah bersabit kes liwat tanpa kerelaan namun Saiful sendiri tidak melarikan diri walau pun beberapa kali berpeluang berbuat demikian.

Menurut Anwar, keputusan hari ini menunjukkan hakim bukan sahaja kelihatan seperti mengikut skrip yang sudah disediakan pendakwa raya tetapi juga beranggapan seolah-olah pertuduhan yang dikenakan terhadapnya sudah terbukti benar.

“Beliau bukan sahaja menentukan samada terdapat prima facie tetapi mengambil kesemua ‘rencah’ pertuduhan sebagai satu fakta dalam kes ini,” kata Anwar kepada wartawan di luar mahkamah hari ini.

Ratusan penyokong Anwar membanjiri perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menyatakan sokongan terhadap Ketua Pembangkang itu

Peguam Anwar, Sankara Nair berkata Anwar akan mengambil tempat sebagai saksi pertama pihak peguam bela apabila mahkamah bersidang 6 Jun ini.

“Anwar akan jadi saksi pertama. Beliau perlu jadi saksi utama,” kata Sankara.

Beliau seterusnya menegaskan keputusan mahkamah hari ini tidak bermakna peluang Anwar untuk membuktikan kebenaran sudah tertutup.

“Ada lagi peluang. Ini bukan keputusan akhir, kita sekarang berada di peringkat pertengahan,” kata Sankara

Selasa, 3 Mei 2011

HANGAT: Minggu depan pendedahan besar tentang Anwar oleh Eskay!!

PBO petik dari utusan dalam ruangan "DALAM NEGERI" yang melaporkan satu lagi pendedahan besar yang melibatkan DSAI pada minggu depan.

PBO kata, selepas Eskay, siapa lagi yang akan tampil untuk menjatuhkan Anwar? Rata-rata datang dari rakan beliau sendiri ...







KUALA LUMPUR 2 Mei - Masa depan politik Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka bertambah kelam, kerana satu lagi pendedahan menggemparkan negara akan dilakukan bekas rakan baiknya, Datuk Shazryl Eskay Abdullah, minggu depan.

Menurut Shazryl Eskay, pendedahan itu kelak, mempunyai implikasi yang jauh lebih besar berbanding rakaman video seks yang wajah pelakunya mirip Anwar kerana ia dikatakan melibatkan soal negara.

"Apa yang saya boleh beritahu ia pendedahan yang cukup besar. Implikasinya jauh lebih besar berbanding rakaman video seks Anwar. Perkara ini melibatkan kepentingan negara," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Shazryl Eskay berkata demikian ketika diminta mengesahkan tentang desas-desus bahawa satu lagi pendedahan besar bakal berlaku minggu depan membabitkan Anwar, selepas beliau bertanggungjawab mendedahkan rakaman video seks baru-baru ini.


sumber klik sini

PBO: Minggu depan akan menyaksikan sekali lagi musuh-musuh Anwar akan terus "mematikan" Anwar. Mungkin dengan video seks yang majoriti tidak perccaya, kini apa pula ceritanya, kita nantikan.


Sabtu, 2 April 2011

Video seks Anwar: Siasat siapa sebenarnya pelakon utama

KUALA LUMPUR, 1 April: Ketua Polis Negara diminta menyiasat siapakah sebenarnya yang ada dalam video seks yang ditayangkan oleh Trio Umno sebelum ini kerana inilah isunya bukan soal tulen atau palsu.

"Apakah orang yang ditunjukkan di luar video sama dengan orang yang berada di dalam video," kata bekas Timbalan Presiden PKR, Senator Dr Syed Husin Ali. (gambar)








Polis juga diminta menjelaskan, apakah tindakan ke atas mereka yang menunjukkan video itu kepada umum kerana ia jelas melanggar undang-undang negera.

Syed Husin mengulas kenyataan Ketua Polis Negara hari ini yang mengatakan video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah tulen dan bukan palsu.

Sebelum ini, Anwar sendiri tidak mempertikaikan video itu tulen atau tidak tetapi yang dinyatakan adalah beliau bukannya lelaki yang ada dalam video itu.

"Perut saya tidak buncit macam lelaki dalam video itu," kata Anwar dalam sidang media di Pejabat PKR sebelum ini sambil berdiri di depan wartawan dan jurugambar menunjukkan perutnya.

Wartawan Harakah, Wan Nordin Wan Yaakub yang dibawa menonton video itu di Carcosa Sri Negara juga berkata, wajah lelaki dalam video itu macam Anwar tetapi selepas melihat kepada perutnya beliau yakin ia bukan Anwar.

Anggota Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul yang dibawa lebih awal menonton video itu oleh Tan Sri Rahim Tamby Chik juga membuat kesimpulan yang sama.

"Melihat kepada muka nampak macam Anwar tetapi selepas lihat pada perut, belakang dan punggung lelaki itu, sah dia bukan Anwar," kata Johari dalam satu sidang media.

Sementara itu, Pengarah Perhubungan PKR, Nik Nazmi Ahmad dalam Twitternya berkata, walaupun video seks itu tidak diubahsuai, Ketua Polis Negara tidak menjelaskan siapakah dalam video itu.

"Banyak pelakun murahan sanggup buat kerja mcam ni," kata beliau dalam Twitternya.


sumber


Ahad, 13 November 2011

Siasat Anwar Alihkan pandangan dari "lembu duduk dalam Kondo"

Ketua Pembangkang Parlimen Anwar Ibrahim diarahkan untuk merakamkan keterangan di bawah Seksyen 128 Kanun Keseksaan pada jam 3 petang, Rabu akan datang (23 November) di Balai Polis Kepong, berikutan maklumat yang diberikannya berhubung satu video lucah yang dikaitkan terhadap dirinya.

Menurut peguam Anwar, juga ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Sivarasa Rasiah, tuduhan di bawah seksyen 128 berbunyi, "Dengan secara sengaja memberi maklumat yang palsu kepada seorang kakitangan kerajaan, dengan niat untuk mengakibatkan kesusahan, kecederaan ataupun gangguan kepada pihak lain." Hukuman penjara enam bulan atau denda RM2000 akan dikenakan jikalau tertuduh disabit bersalah.








Sivarasa Rasiah menjelaskan bahawa "memberi maklumat palsu dengan pengetahuan bahawa maklumat itu palsu" adalah elemen yang penting dalam seksyen tersebut, dan perlu dibuktikan seandainya pertuduhan dibuat. Wartawan membangkitkan apakah andaian di sebalik penyiasatan polis ini adalah "Anwar ialah pelaku video seks tersebut", Sivarasa berkata, sememangnya ia memberi gambaran sebegitu, tetapi beliau enggan membuat pengesahan kerana perlu menunggu hingga Rabu untuk maklumat yang lebih terperinci dari pihak polis.

Ahli parlimen Subang ini menambah, pegawai penyiasat kes ini, iaitu ASP Teh Boon Ang memberitahu bahawa polis memulakan siasatan ini berikutan satu aduan polis yang dibuat oleh DSP Shanmuga Moorthy. Menurut Sivarasa, DSP Shanmuga Moorthy bertanggungjawab untuk kes ini ketika Anwar membuat laporan polis di IPD Dang Wangi. Bagaimanapun, punca mengapa kes ini dialihkan dari IPD Dang Wangi ke Balai Polis Kepong kekal menjadi misteri, kata Sivarasa.

Turut hadir dalam sidang media pagi ini termasuklah Naib Presiden Tian Chua, N.Surendran, ahli Majlis Pimpinan Pusat Syed Husin Ali, Khalid Jaafar, Tan Yee Kiew, Pengarah Strategi Rafizi Ramli, dan Naib Ketua AMK Azmizam Huri. Malah, sebelum mengakhiri sidang media, Sivarasa Rasiah menggunakan kata yang keras, "politik dubur" untuk menyifatkan politik kotor yang berlaku pada masa ini.

Surendran: Serangan terhadap demokrasi

Naib Presiden PKR Surendran mengecam bahawa ianya satu penganiayaan politik terhadap Anwar, dan menuntut agar segala penyiasatan kes ini dihentikan serta-merta. "Apa yang kita lihat sekarang adalah permulaan satu perbicaraan politik, a new political trial against federal opposition leader Anwar Ibrahim," katanya.

Surendran (gambar kiri) menambah, "Kami tidak meragu-ragu dalam menyatakan bahawa UMNO-Barisan Nasional adalah bertanggungjawab untuk tindakan jahat yang terbaru ini." Beliau menjelaskan, Ketua Pembangkang Parlimen diiktiraf kedudukannya, dan ditugaskan rakyat untuk meneliti dan menyoal kerajaan. Justeru itu, ianya bukan sahaja serangan terhadap Anwar secara peribadi, malah juga serangan terhadap demokrasi.

Beliau menuntut kepada tiga pihak, iaitu kerajaan UMNO-BN, Ketua Polis Negara dan Peguam Negara agar penyiasatan terhadap kes ini dihentikan serta-merta, memandangkan institusi polis dan peguam negara telah terbukti berat sebelah ketika mengendalikan kes terhadap pembangkang. Lebih-lebih lagi, Peguam Negara yang terlibat dalam kes ini, iaitu Gani Patail masih belum membersihkan nama dirinya daripada tuduhan pemalsuan bukti oleh Mat Zain Ibrahim, dalam kes Anwar pada tahun 1998.

Alihkan pandangan dari "lembu duduk dalam Kondo"

Sementara itu, Pengarah Strategi Rafizi Ramli berkata tindakan politik ini jelas bertujuan untuk mengalihkan tumpuan rakyat dari penyelewengan dan rasuah yang didedahkan beberapa pimpinan pembangkang baru-baru ini, misalnya "lembu duduk dalam Kondo". Daripada maklumat yang diperolehi Sivarasa, aduan polis ini dibuat pada 8 September, tetapi Anwar hanya dipanggil dua hari yang lalu, untuk dirakam keterangan.

Rafizi (gambar kanan) menambah, pimpinan PKR sudah biasa dengan permainan politik ini, yang berlaku sejak 13 tahun yang lalu. Mereka akan memastikan cubaan ini tidak akan berjaya, dan akan terus mendedahkan penyelewengan yang berlaku dalam kerajaan.

Latar belakang kes

Pada pagi 21 Mac 2011, satu video seks telah ditayangkan kepada editor dan wartawan media di Hotel Carcosa Seri Negara oleh ahli perniagaan Shazryl Eskay Abdullah. Malah, dalam satu kenyataan yang diedarkan kepada media, tuduhan dilemparkan bahawa Ketua Pembangkang Parlimen Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video seks tersebut.

Anwar Ibrahim, bagaimanapun memanggil sidang media pada petang itu, menafikan tuduhan tersebut. Beliau membuat laporan polis berhubung penayangan video tersebut di Balai Polis Dang Wangi pada 22 Mac 2011. Pada 23 Mac, tiga orang yang menggelar diri mereka sebagai "Datuk-T", iaitu Shazryl, Abdul Rahim Thamby Chik (bekas ketua menteri Melaka) dan Shuib Lazim (bekas bendahari PERKASA) mengaku bertanggungjawab kepada penayangan video tersebut.

Isu ini terus hangat dipermainkan menjelang Pilihanraya Negeri Sarawak pada April 2011, sungguhpun isteri Anwar Ibrahim, Wan Azizah Ismail menafikan bahawa pelaku dalam video itu suaminya. Terdapat cadangan untuk menayangkan video tersebut dalam parlimen, malah ada yang mendesak agar Suruhanjaya Diraja ditubuhkan untuk menyiasat video tersebut. Lebih-lebih lagi, "Datuk T" mencabar Anwar untuk bersumpah agar membuktikan dirinya tidak bersalah.

Bagaimanapun, Datuk T akhirnya dihadap ke mahkamah atas tuduhan menayangkan video lucah secara terbuka, dan ketiga-tiga orang didenda RM3,000, RM1,000 dan RM1,500 masing-masing setelah mengaku bersalah pada 24 Jun 2011. Namun, peguam bela Rahim, iaitu Shafie Abdullah cuba merayu dengan alasan bahawa Datuk T telah melakukan sesuatu kebaikan untuk orang awam. Malah, Shafie membacakan laporan analisis pengecaman muka oleh pakar Dartmouth College, Handover, New Hampshire, bahawa pelaku dalam video adalah 99.9% sama dengan gambar Anwar. (MR)





Ahad, 9 Jun 2013

Panas Anwar dikatakan menghidap AIDS dan semakin teruk!

Aku teruja bila PDRM memantau rapat laman-laman media social seperti facebook, blog dan twitter.

Aku juga nak kongsikan artikel berunsur FITNAH dari blog pro UMNO yang aku rasa pihak polis juga turut memantaunya. Itu sekadar anggapan positif dari aku. Tapi kalau pihak polis memantau artikel sebelah pembangkang sahaja itu wallahualam. Kita ambil sikap terbuka danpositif. Harap-harap polis profesional.

Ini cerita tentang tuduhan blogger - blogger pro UMNO-BN yang mengaitkan Anwar dengan HIV AIDS. Itu memang cerita lama tapi digemburkan kembali;

Beberapa hari ini,isu Anwar dijangkiti HIV kembali diperkatakan oleh beberapa media sosial apabila ramai yang menegur wajahnya yang semakin cengkung dan ‘hitam’.Sebelum ini kisah Anwar mengambil ‘cocktail drugs’ yang dikatakan mampu melambatkan kesan HIV pernah didedahkan oleh beberapa blog.Ubat tersebut dikatakan berharga sehingga ribuan ringgit sebiji dan perlu dimakan setiap hari bagi memastikan tubuh tidak terkesan dengan kuman HIV.Namun,kisah tersebut tidak begitu diperbesarkan memandangkan tiada siapa yang boleh mengemukakan bukti.Ini kerana,tidak seperti Anwar yang gemar menuduh tanpa bukti,pihak BN lebih mengambil berat soal ‘bukti’ dalam memperkatakan keburukan pembangkang.Justeru,kisah Anwar dijangkiti HIV ini menjadi hambar dan tawar.Oleh itu, ramai yang tertanya-tanya,jika tidak sakit,kenapa wajah Anwar nampak begitu ‘terganggu’ ??? Kenapa tiada cahaya diwajahnya seperti wajah Datuk Seri Najib mahupun Tun Mahathir yang jauh lebih tua lagi ???

Jelas,di wajah Anwar terpacar jiwa yang kacau,minda yang bercelaru serta tubuh yang lesu.Seolah-olah sesuatu sedang memakan tubuhnya dari dalam,sehingga tiada lagi rasa bersalah,rendah diri atau kejujuran.Yang tinggal di wajah Anwar hanyalah kerakusan dek cita-cita yang tidak pernah padam.Renungan matanya dalam dan kelam,tanpa sedikit pun ketenangan.Anwar seolah-olah sedang menjadi mayat hidup,mereput dan membusuk dari dalam secara perlahan-lahan.Kita tahu bahawa Anwar takutkan tiga perkara di dalam dunia ini iaitu :

i.rayuan kes liwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan
ii.isu pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di Lahad Datu,Sabah
iii.pendedahan Nallakaruppan berhubung aktiviti seks beliau yang bakal ‘menelanjangkan’ Shamsidar

Ketakutan ini pasti mengganggu tidur Anwar.Jika ini benar,maka isu pencerobohan Lahad Datu pastilah yang paling ditakutinya kerana ia bukan lagi isu peribadi,tetapi isu yang melibatkan dua negara.Pengkhianatan kepada negara sudah cukup besar untuk mengganggu jiwa Anwar.Tetapi apa yang lebih dahsyat dari itu ialah ia melibatkan nyawa manusia.Bukan sahaja nyawa manusia yang tidak bersalah,tetapi juga manusia yang bermain dengan ilmu hitam.Jika benar beliau merupakan dalang pencerobohan tersebut,kedua-dua pihak merupakan mangsa kerakusan Anwar untuk berkuasa.Bayangkanlah,betapa beratnya tanggungan jiwa Anwar ketika ini.

Walaubagaimanapun,tidak mustahil Anwar langsung tidak merasa terganggu dengan segala bebanan itu.Tidak mustahil Anwar adalah jenis manusia ‘sociopath’ yang tidak tahu merasa bersalah.Tidak mustahil wajah cengkung Anwar itu tidak berkait dengan apa-apa selain keletihan yang teramat sangat kerana tenggelam dalam penipuannya sendiri.Namun,tidak kira apapun penyebab wajah cengkung Anwar,ramai yang bersetuju bahawa manusia dengan jiwa yang murni tidak mungkin akan memperlihatkan wajah yang sebegitu terganggu.Justeru,hanya satu saja jawapan yang pasti mengenai teka-teki wajah Anwar iaitu,beliau bukanlah pejuang di jalan yang benar.

House PK: Terima kasih kepada Badut Rakyat untuk artikel ini. Wow! Anwar ada AIDS wei! Patut la muka dia semakin hitam dan dah nampak macam syaitan sejak kebelakangan ini...hmmmm~
House PK

Aku petik salah satu komen dari blog tersebut:

AnonymousJune 9, 2013 at 8:39 AM
Wahai kacang parpu kuah capati basi ... Gua nak tanya sikit, lu ni Islam ke (maksudnya bukan Islam pada IC sj)? Gua tau lu nak garap pupolariti kat lu punya blog ... tapi biar berpada lah! Boleh ke kita kata dan buat kesimpulan wajah jadi hitam atau badan cengkung sbg petanda symptom HIV ... atau lu ada pi buat 'medic' baru2 ni kat mana2 ... ada penemuan baru yg mcm ni ... TS Muhiyudin pun muka hitam juga ... HIV ke dia? Kalau lu ada bukti sahih dari doctor dan bawa masuk blog lu ... gua tabik respect lu habis, bro ... tapi bila main tuduh2 sekadar nak ajak orang turut serta mencarut dlm blog lu ... baik tak usah, bro parpu ... Gua bukan nak bela DSAI, kalau lu kata dekat DSN mcm ni pun, gua akan cakap serupa ... benda yg tak ada bukti dan kita cakap sesuka hati, lebih2 lagi melibatkan maruah dan harga diri orang adalah satu fitnah besar dan ... dosa fitnah itu lebih besar dari dosa membunuh ... Lu kena ingat bro, berapa hebat pun sambutan kpd blog lu, banyak ongkos lu boleh kaut pun di dunia fana ini ... ada lagi satu kehidupan menanti lu nanti ...

Kalau Anwar saman papagomo, Anwar tak mahu saman House PK?


# sila like "kami undi pakatan rakyat"