Memaparkan catatan dengan label ZAHID HAMIDI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ZAHID HAMIDI. Papar semua catatan

Sabtu, 20 Februari 2016

Bongkar: Zahid Hamidi kantoi

Setelah mendapat kritikan banyak pihak, akhirnya kenyataan bodoh dan badut mula menjadi mainan menteri-menteri Najib. Terbaru Menteri Sumber Manusia kata nak bawa masuk 1.5 juta pekerja bangla itu sebagai tidak benar. Entah dari kitab mana dia buat statement macam tu .. ? Siapa yang karang skrip ..?

Cuba perhatikan video di bawah yang aku kutip dari youtube. Entah apa masalah menteri-menteri ni. Di bayar gaji tapi kerja putar alam ... Menteri yang sepatutnya buat kerja selepas duit rakyat digunakan untuk membayar gaji mereka hanya jadi tukang putar alam. pembohong dan kelentong!!



Ha .. kalau dah tengok video tu, apa lagi nak dikata. Jadi statement kat bawah ni mengarut ke apa ke ..?

Kerajaan nafi bawa masuk 1.5 juta warga Bangladesh

Ia sebenarnya adalah angka yang didaftarkan oleh kerajaan Bangladesh.


PUTRAJAYA: Dakwaan yang mengatakan bahawa kerajaan akan membawa masuk seramai 1.5 juta warga Bangladesh ke negara ini untuk ditempatkan di beberapa sektor
swasta adalah tidak benar.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Richard Riot Jaem menjelaskan, angka tersebut sebenarnya adalah jumlah pekerja Bangladesh yang berdaftar dengan Kementerian
Kebajikan Ekspatriat dan Pekerjaan Seberang Laut negara itu untuk mendapatkan pekerjaan di 139 negara di seluruh dunia termasuk Malaysia.

“Sebarang pengambilan pekerja Bangladesh haruslah mematuhi dengan polisi negara, yang mana ia berasaskan kepada permintaan majikan dalam pelbagai sektor,”
katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Beliau turut mendedahkan bahawa kemasukan pekerja asing ke Malaysia adalah berdasarkan Rancangan Malaysia Ke-11 yang hanya memperuntukkan sebanyak 15 peratus
dari jumlah tenaga kerja tempatan.

Jelasnya lagi, di luar negara jumlah tenaga kerja adalah sebanyak 15.3 juta dan hanya 2.3 juta sahaja yang menempatkan warga asing.

Ketika menjawab soalan pemberita mengenai dakwaan kemungkinan monopoli pengambilan pekerja itu, Riot memberi jaminan bahawa perkara tersebut tidak akan
berlaku memandangkan suatu MoU telah ditandatangani.

“Ia (MoU) menetapkan bahawa kerajaan Malaysia harus memastikan ketelusan dan keadilan sistem dalam talian ini bagi membuat pemilihan warga Bangladesh dan
pengagihannya mengikut kuota,” ujarnya.


* Entahlah .. siapa yang kantoi sebenarnya. Zahid Himidi atau Menteri Sumber Manusia yang kelentong. Senang cerita, hangpa nak pangkah lagi UMNO/BN kalau macam ni punya kerja Pak Menteri..? share bagi rakyat tau!!

Khamis, 18 Februari 2016

Tolonglah jangan marah anak Zahid Hamidi, sebab ...

Hanya Melayu yang bising, bukan Melayu tidak persoalkan pun usaha kerjaan membawa masuk sejumlah besar pekerja asing ke Malaysia, itulah kata anak Timbalan Perdana Menteri, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid.

Beliau dalam pada itu berkata orang Melayu sewajarnya tidak merungut dengan kedatangan pekerja asing ke negara ini kerana kaum lain juga mampu berjaya hasil usaha gigih mereka sendiri.


“Kalau hendak bergaduh kamu tidak boleh cari makan di negara sendiri, saya tidak tahulah kepercayaan orang dari luar ini macam mana?

“Orang yang bising ini orang Islam. Ada dengar orang Cina komen? Tidak ada, bukan? Kenapa orang Cina boleh hidup di negara kita? Mereka kerja apa?

“Mereka berniaga kuey tiaw, buka bengkel, tidak bising pun. Kenapa orang Melayu bising? Kenapa orang India tidak bising? Sebab hati,” katanya dipetik laporan ProjekMMO malam tadi.

Ketua penerangan Majlis Belia Selangor berkata kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh sebenarnya tidak ahrus dijadikan isu, selagi pekerja asing terus dipandang negatif maka pelbagai persoalan lain yang tidak sepatutnya akan terus dibangkitkan.

“Dulu masa gadis Malaysia lari ke Lombok, marah kerajaan. Sekarang bawa buruh Bangladesh masuk, [buruh] Bangladesh salah.

“Habis, hendak bawa pekerja Korea? Hendak bawa pekerja Korea yang kacak itu bekerja dengan kita, boleh? Isu ini tidak akan selesai sebab hati,” katanya. -Siakapkeli.my




Khamis, 5 November 2015

Meloya betul aku dengan Zahid Hamidi

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi menuduh terdapat usaha memburukkan himpunan baju merah pada 16 September lalu dengan menyebarkan gambar
palsu melalui media sosial.

"Tidak ada ucapan-ucapan sensitif dan perkauman," katanya dalam sesi penggulungan Bajet 2016 bagi Kementerian Dalam Negeri di Dewan Rakyat hari ini.

"Yang ada dalam sosial media, kami telah melakukan penyiasatan tidak ada satu banner yang menulis begitu.

"Ini dilakukan oleh pihak lain. Saya tidak menuduh, pihak melawan (perhimpunan) baju merah, tapi saya dapat tahu daripada PDRM (Polis Diraja Malaysia),
bukan datang daripada baju merah," katanya lagi.

Beliau (BN-Bagan Batoh) bagaimana tidak menyebut kain rentang kontroversi yang dirujuknya.

Zahid, yang bercakap atas kapasiti menteri dalam negeri, menjelaskan tiada unsur perkauman dalam himpunan baju merah yang dinamakan Himpunan Rakyat Bersatu
itu.

Perhimpunan itu sebelum ini dicemari kenyataan berbaur perkauman melalui video di Internet, yang antaranya memperlihatkan seorang wanita melaungkan “Cina
babi”.

"Saya ingin sahkan, tidak ada satu banner pun yang berbaur perkauman atau yang menyentuh mana mana agama," katanya yang juga timbalan perdana menteri.

Zahid, menjawab soalan Teresa Kok (DAP-Seputeh) berkaitan peserta himpunan baju merah yang didakwanya menghamburkan kenyataan perkauman dan jumlah perbelanjaan
untuk anggota polis untuk mengawal keselamatan baju merah.

Selasa, 21 Oktober 2014

Zahid Hamidi buat hal lagi

Dulu bila isu Lahad Datu, brother ni kata ada ahli politik pembangkang yang mendalangi insiden berdarah tersebut. Sekarang bikin cerita lagi. Dedah ajelah nama, jangan buat orang benci pada kau!
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan siasatan mendapati hasil perjudian mungkin membiayai beberapa ahli politik, walaupun tiada daripada mereka yang terlibat secara langsung.

Terdapat ahli politik dipercayai dibiayai dengan hasil pendapatan daripada pusat perjudian haram di tiga kawasan, iaitu Pekan Kuala Sepetang, Bagan Panchor dan Pulau Kuala Sangga di Perak.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata meskipun tidak terlibat secara langsung, tetapi ada ahli politik yang dikesan dibiayai dengan hasil pusat perjudian haram tersebut.

"Tidak ada ahli politik yang terlibat secara langsung, tetapi mungkin ada yang memperolehi wang daripada pendapatan hasil perjudian itu untuk melakukan kegiatan politik.

"Berdasarkan laporan yang saya perolehi ada ahli politik yang terlibat... saya tidak mahu menuduh, tetapi jika mahu pembuktian pihak polis ada bukti," katanya kepada pemberita semalam.

Beliau berkata dalam masalah perjudian atau kegiatan jenayah, sepatutnya mana-mana ahli politik tidak bersekongkol dengan individu atau pertubuhan haram.

Zahid diminta mengulas laporan akhbar mengenai kegiatan perjudian di tiga kawasan berkenaan yang dikatakan kebal untuk ditembusi pihak berkuasa.

Sehubungan itu, beliau berharap pihak parti politik dapat mengambil tindakan terhadap ahli-ahlinya yang terlibat dibiayai dengan kegiatan perjudian haram.

"Kami juga mohon kerjasama orang ramai, bukan sahaja melaporkan tetapi bersama-sama mengambil tindakan dengan pihak berkuasa, kerana apa yang berlaku sekarang bila ada permintaan maka adalah penawaran," katanya. – Bernama, 21 Oktober, 2014.

more updates ..



# sila like "kami undi pakatan rakyat"





Sabtu, 24 Mei 2014

Ancaman bakar Pemuda Umno satu balasan buat DAP, kata Zahid Hamidi

Ancaman yang dibuat Pemuda Umno untuk membakar ibu pejabat DAP pada Khamis lalu adalah satu balasan yang perlu dibayar DAP kerana membernarkan ahlinya mengeluarkan perkataan menghina, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"Tindakan Pemuda Umno itu mencerminkan kemarahan pemimpin mereka. Mereka sakit hati, itu tak dapat nak elak," kata Zahid yang juga naib presiden Umno kepada pemberita di Teluk Intan hari ini.

"Saya nak beri amaran kepada semua parti sila hormati parti lain dan jangan guna perkataan yang boleh menyakitkan perasaan orang lain.
{baca lagi klik butang papar ... }



"Saya bimbang harga balasan yang perlu dibayar jika kamu salah guna perkataan seperti YB Rayes.

Kira-kira 50 Pemuda Umno Wilayah Persekutuan mengadakan protes di hadapan bangunan DAP di Jalan Yew, Kuala Lumpur pada Khamis lalu sebelum menyerahkan memorandum kepada Pengarah Strategi DAP Dr Ong Kian Ming.

Selain memegang sepanduk, mereka juga mengugut membakar bangunan DAP selain merosakkan papan tanda parti.

Protes itu diadakan selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima RSN Rayer kerana mengeluarkan perkataan “Umno celaka” semasa sidang Dewan Pulau Pinang Selasa lalu.

"Bila kita naik marah, inilah harganya yang perlu dibayar jika kamu salah guna ayat.

"Bila (Ketua Pemuda Umno) Khairy Jamaluddin mencabar Rayer supaya mengulangi kenyataannya di luar Dewan, dia tak berani.

"Rayer guna kuasa imunitinya dalam Dewan untuk menghentam apa sahaja dan ini mengecawakan," kata Zahid.

Katanya, imuniti yang diperoleh wakil rakyat sepatutnya digunakan dengan hormat, bukan untuk disalahgunakan.

Zahid turut menggesa semua wakil rakyat lain kekal rasional dengan mengatakan "mereka boleh berbeza pendapat tetapi gunalah perkataan yang elok supaya tiada pihak yang tersinggung.

"Bagaimana kita mahu hormat orang jika mereka tak nak belajar hormat orang lain," soalnya. – 24 Mei, 2014.

sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Jumaat, 11 April 2014

Wooo ... ada Menteri berstatus 'pendekar cap ayam' suruh tampar dia

Tak payah ler kita nak heboh sesangat isu tampar Zahid Hamidi ni, memang dia bukan berani sangat pun. Kalau nama 3 orang pemimpin pembangkang yang dikaitkan dengan Lahad Datu tempoh hari pun sampai la ni dia dia tak berani dedah .. ini kan pula isu tampar menampar .. kita anggap je isu bakul sampah ..

Lebih baik kita focus pada isu 3 orang pemimpin yang masih enggan dinamakan oleh Zahid Hamidi sebagai pengkhianat Lahad Datu. Nampaknya boleh saja kita kata orang yang mereka cerita kononnya tiga pemimpin pembangkang terlibat sebagai pengkhianat Lahad Datu itulah sebenarnya PENGKHIANAT sebenar ..!!

Dia sengaja buat fitnah untuk menakutkan rakyat Sabah bagi terus menyokong pembangkang. Dengan harapan bahawa pembangkang ni jahat, extreme, pengkhianat dan bla bla. Kalau tak buat macam tu pun, Sabah tak perlu takut, sebab rakyat Sabah memang suka akan UMNO walaupun mereka hidup dalam kedaifan yang berpanjangan. Itukan demokrasi .. mereka yang pilih .. biarkan aje.

Bagi aku, politik kotor macam ni dah jadi darah daging puak - puak UMNO. Apa nak heran?

Sendiri berak, kemudian lumur pada muka orang lain. Tapi tak mengaku pulak itu NAJIS dia!

{baca lagi klik butang papar ... }


Bekas Ketua Menteri Yong Teck Lee telah menyahut cabaran itu untuk menampar Menteri Dalam Negeri Zahid Hamidi.

"Saya menerima cabaran  Zahid dan menjemput beliau untuk datang melawat Lahad Datu dan Semporna tanpa diiringi oleh ramai pengawal peribadi beliau dan
polis serta kepungan keselamatan tentera.
"Jika Zahid menyimpan janji untuk membayar RM501 apabila ditampar , saya akan mendermakan wang tersebut  kepada Tabung Wira Lahad Datu."

Saya yakin rakyat Sabah akan memberi sumbangan yang lebih daripada sepuluh kali ganda kepada tabung berkenaan, " kata Yong yang juga Presiden SAPP.Tabung
Wira Lahad Datu telah ditubuhkan untuk faedah keluarga anggota keselamatan yang terkorban ketika mempertahankan Sabah semasa pencerobohan Lahad Datu- Tanduo
Sulu pada Mac 2013.

Zahid telah berkata semasa ucapannya kepada kakitangan Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya semalam bahawa "orang yang baik hati " telah menawarkan RM500
sebagai ganjaran kepada sesiapa yang akan menampar dia.

Beliau berkata, " jika orang yang berani " dia harus melakukan perbuatan itu sendiri dan bukannya menggesa orang lain untuk melakukannya. Zahid juga berkata
beliau akan menambah nilai jumlah sebanyak RM1 .

Yong, yang telah membuat tawaran dalam reaksi segera untuk pencerobohan keselamatan di Sabah Rabu lepas , berkata semalam bahawa beliau berharap Zahid
tidak akan memungkiri janjinya.

Dengan itu dia berkata Zahid tidak pernah mengotakan apa yang dijanjinya sebelum ini.

Beliau menyatakan betapa Zahid pernah berikrar mau membuat pendedahan nama-nama ketiga-tiga pemimpin pembangkang yang dikatakan dalang di belakang pencerobohan
Lahad Datu tahun lepas.

"Tahun lepas pada malam pengundian awal oleh pasukan keselamatan dan keluarga di Pilihan Raya Umum ke-13, Zahid mendakwa ketiga-tiga pemimpin pembangkang 
terbabit dalam pencerobohan Lahad Datu ." Beliau berkata, identiti akan didedahkan selepas pilihan raya.

Tetapi setakat ini, dia telah tidak berbuat demikian malah terus berdiam diri mengenai perkara itu, "kata Yong.

Berikut ialah artikel rentetan cabaran Zahid Hamidi disambut oleh Yong Teck Lee.

PUTRAJAYA 8 April - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini menawarkan RM501 kepada Datuk Seri Yong Teck Lee jika bekas Ketua
Menteri Sabah tersebut berani menamparnya.

Katanya, Teck Lee tidak perlu bersusah payah dan membelanjakan duit untuk mencari orang lain menamparnya tetapi harus bertindak sendiri.

"Ada orang yang bermurah hati menderma RM500 untuk mencari orang menampar saya, sesiapa sahaja yang berjaya menampar saya akan terima duit ini.

"Saya pun membuat tawaran RM501 kepada orang baik ini jika dia sendiri yang menampar saya. Kalau dia berani berbuat demikian, kenapa pula suruh orang lain
menampar saya," katanya ketika berucap dalam perhimpunan bulanan kementeriannya, di sini hari ini.

Walaupun Ahmad Zahid tidak menyebut nama Teck Lee secara terang, namun beberapa hari lalu bekas Ketua Menteri Sabah itu telah menawarkan RM500 kepada mana-mana
individu yang berjaya menampar Menteri Dalam Negeri.

Tawaran itu dibuat Teck Lee selepas insiden penculikan di Semporna pada malam 2 April lalu yang menyebabkan Gao Hua Yuan, 29, dari China dan seorang pekerja
resort dari Filipina diculik.

Selain menawar RM500 untuk menampar Ahmad Zahid, Presiden Parti Maju Sabah tersebut turut menyediakan RM1,000 kepada mana-mana Ahli Parlimen Barisan Nasional
(BN) yang mengusulkan supaya gaji Menteri Dalam Negeri, Menteri Pertahanan serta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ditolak.
sumber


# sila like "kami undi pakatan rakyat"





Khamis, 27 Mac 2014

Zahid Hamidi bagi warning!

KUALA LUMPUR - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta semua media terutama media cetak berbahasa Cina agar berhenti melaporkan berita
yang memainkan sentimen membangkitkan kemarahan keluarga mangsa pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370.
   
Ahmad Zahid berkata, laporan sedemikian akan mempengaruhi perasaan keluarga penumpang pesawat itu terutama dari negara China sehingga menimbulkan rasa
tidak puas hati mereka kepada kerajaan negara ini.
   
Beliau berkata, demikian ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Diraja di Dewan Rakyat di sini hari.
   
Ahmad Zahid berkata pengamal media perlu menyedari bahawa tragedi MH370 adalah satu kemalangan yang tidak dijangka, malah Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Tun Razak serta pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah melakukan segala usaha untuk menyelesaikan masalah ini.
   
"Malangnya akhbar-akhbar berkenaan telah memanipulasikan dan memainkan sentimen melibatkan mangsa-mangsa dan keluarga mangsa-mangsa itu kelak menjadi marah
terutama mereka yang berada di Beijing," katanya.

Dalam pada itu Ahmad Zahid juga memberi amaran kepada media termasuk media sosial supaya tidak memanipulasi sebarang maklumat atau fakta berkaitan keselamatan
negara.
   
"Jangan ada sesiapa atau mana-mana media atau media online memanipulasi segala maklumat yang boleh menjejaskan keselamatan negara.     Jangan marah pada
saya jika tindakan diambil dengan segera, saya cakap ini secara serius, maka ia harus dipandang serius," katanya.
   
Persidangan bersambung esok.  - Bernama




# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Selasa, 18 Mac 2014

Zahid Hamidi tak kenal 'raja bomoh' .? Foto ini apa?

Zahid Hamidi kata dia tak kenal 'raja bomoh' | Raja Bomoh kata Zahid Hamidi ketua seni mempertahankan diri


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menafikan beliau mengenali secara peribadi raja bomoh, Ibrahim Mat Zain yang mencetuskan kontroversi
susulan daripada upacara yang dilakukannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) minggu lalu.

"Saya tidak kenal dia, (bomoh) tapi yang saya tahu dia adalah orang yang memegang kelapa di bawah Pokok Sena," kata Zahid di Dewan Rakyat hari ini, ketika
menjawab soalan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.


Tetapi rakaman gambar yang dipetik dari screen shot video klip yang dimuat naik oleh salah seorang pengikut setia Ibrahim Mat Zin menunjukkan Zahid Hamidi
menerima "SELEMPANG PAHLAWAN MAHKOTA SETIA NEGARA" pada tahun 2005 dari tangan Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP.
{baca lagi klik butang papar ... }


Oleh itu .. siapa yang berkata benar .. mohon respon demi pencerahan dan kebenaran. Kerana penafian mengenali Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP ini diberikan
oleh Zahid Hamidi dalam parlimen pagi tadi semasa menjawab soalan yang dikemukan oleh Ahli Parlimen Pokok Sena YB Dato' Mahfuz Omar.

Semalam, blog-blog dan portal melaporkan Ibrahim mendakwa beliau mengenali Zahid yang juga merupakan Naib Presiden Umno secara rapat.

Dalam dua upacara di KLIA minggu lalu, ditemani beberapa pembantu, Ibrahim melakukan ritual bertujuan “melemahkan semangat jahat supaya penyelamat dapat
menemui pesawat”.

baca lanjut di sini



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Sabtu, 8 Februari 2014

Gempar: Zahid Hamidi kena tampar dengan macai sendiri!!

Lepas ni ramai la yang nak bagi ganjaran duit jika berjaya menampar Zahid ataupun Najib Razak. Sebab kalau ikut Zahid Hamidi, dia kata tawaran NGO untuk #tampar Teresa Kok bukan satu ugutan jenayah. Boleh gitu?

KAJANG: Mengapa polis perlu menyiasat NGO Islam yang menawarkan ganjaran wang tunai untuk sesiapa sahaja yang berani menampar Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok?

"Ia bukan ugutan," kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"Jika mereka mengeluarkan ancaman bunuh, ia dianggap ugutan, tetapi menampar tidak," Zahid memberitahu pemberita selepas menghadiri Seminar Penjara Sejahtera di Kompleks Penjara Kajang, Sabtu.

Betoi ka apa yang Menteri nak kata?
{baca lagi klik butang papar ... }



5 artikel pilihan pembaca hari ini









Ditanya sama ada beliau berpendapat tuduhan yang dibuat oleh NGO berkenaan bahawa video kontroversi tahun Baru Cina 2014, 'Onederful Malaysia' telah meniup kebencian perkauman, Dr Zahid memilih untuk tidak memberi komen tetapi menegaskan bahawa NGO berkenaan sedang disiasat.

"Mereka sedang disiasat, jadi kita harus menyerahkan kepada siasatan," beliau mengesahkan.

Zahid berkata siasatan terhadap Teresa berhubung klip video beliau telah dimulakan dengan lebih 300 laporan polis dibuat terhadap beliau.

"Ia sedang dikendalikan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)," katanya.

Pada Jumaat, Teresa membuat laporan polis terhadap sekumpulan NGO Islam yang menawarkan ganjaran RM500 kepada sesiapa yang berani menampar beliau.

Jumlah itu kemudiannya dinaikkan kepada RM1,200.

Mereka kemudian menyembelih ayam dan melumurkan darah di atas kain rentang dengan gambar pimpinan DAP dan PKR.

Tindakan mereka itu bagaimanapun telah mencetuskan kemarahan di kalangan umat Islam dan bukan Islam yang menuduh NGO berkenaan cuba menghasut kebencian antara kaum dan keganasan terhadap wakil rakyat.

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata beliau membantah tindakan melampau kumpulan NGO terbabit.

"Tawaran oleh kumpulan itu keterlaluan dan tidak boleh diterima," kata Khairy.

Walaupun ada pihak yang menentang video tersebut, Khairy berkata tidak ada justifikasi untuk kumpulan berkenaan melakukan apa-apa cara yang tidak bertamadun, tidak berbudaya dan bertentangan dengan Islam.

sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Ahad, 15 Disember 2013

Bukti ikut gred: KDN macam meniaga 'teloq'

Apabila Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyatakan bukti yang didedah Khamis lalu bersabit dakwaan kononnya Mohamad Sabu ahli Syiah hanya bukti gred B, Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar menganggap kementerian itu umpama berniaga telur.

Menurut Mahfuz yang dipetik dari laman mikro Twitter miliknya, kenyataan menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggunakan istilah gred, tidak ubah seperti berniaga telur kerana lazimnya ia digunakan dalam perniagaan itu.

"Syiah. KDN miliki bukti gred A. Macam berniaga teloq (telur) ayam. Ada macam-macam gred," ujar Mahfuz.

{baca lagi klik butang papar ... }




Ahmad Zahid hari ini berkata, tindakan selanjutnya berkaitan isu Syiah ini bukan lagi di bawah bidang kuasa kementeriannya sebaliknya ia sudah memasuki peringkat penguatkuasaan.

Khamis lalu, 10 bukti dikemukakan KDN bagi mengaitkan Mohamad atau Mat Sabu dengan Syiah kepada umum.

Bukti itu yang dikatakan hanya gred B dan selebihnya yang disifatkan sebagai gred A akan pun diserahkan kepada pihak berkuasa agama.

Mahfuz, ahli Parlimen Pokok Sena yang terkenal dengan sikap suka berseloroh itu turut menulis dalam Twitternya, "KDN tak dak (tidak ada) gred
sumber sini




# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Sabtu, 14 Disember 2013

Ketua Syiah pun mengaku Mat Sabu bukan pengikut Syiah .. saksikan !!

foto 1
foto 2

Sebuah akhbar arus perdana telah jumpa dengan Ketua Syiah Kedah semata-mata nak mendapat pengesahan dan kepastian dari Ketua Syiah Kedah sama ada Timbalan Presiden PAS adalah menganut fahaman syiah sepertimana 10 "bukti kukuh padu" yang didedahkan oleh KDN semalam.

Beliau mengakui tidak pernah berjumpa dengan Mat Sabu dan tidak mempunyai pengetahuan mengenai pembabitan Timbalan Presiden PAS itu dengan fahaman syiah seperti mana di dakwa Zahid Hamidi.


{baca lagi klik butang papar ... }




Beliau juga tidak pernah nampak dia seorang pengikut syiah.

Kalau dah Ketua Syiah sendiri akui Mat Sabu bukan berfahaman syiah .. apa lagi KDN dan Zahid Hamidi boleh mengesahkan semborono beliau seorang penganut syiah.

Ini tidak lebih kerana keceluparan dan terlepas cakap Zahid Hamidi semasa Perhimpunan Agung UMNO 2013 yang bercakap untuk tunjuk lagak kerana terbawa-bawa dan khayal atas kedudukkan sebagai Naib Presiden UMNO yang mendapat jumlah undi yang tertinggi.

Satu lagi nak tanya dengan Zahid Hamidi dan KDN .. bila lagi nak cekup Ketua Syiah Kedah ni????? ~~OMAK KAU!!!!

sumber sini




# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Jumaat, 13 Disember 2013

Pendedahan KDN: Zahid Hamidi disabotaj?

Saya meneliti pendedahan Kementerian Dalam Negeri melalui Ketua Setiausahanya Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi mengenai isu Syiah yang dikaitkan dengan Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu.

Sejak dari tengahari semalam saya menanti pengumuman KDN dengan penuh debaran, dan memikirkan apakah pendedahan ini bakal mematikan karier politik Haji Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS serta memerangkap PAS seluruhnya atau sebaliknya. Terfikir juga apakah pendedahan ini bakal mengubah landskap politik negara, dengan PAS menjadi sasaran pula selepas ini.


{baca lagi klik butang papar ... }




Umum mengetahui Kementerian Dalam Negeri (KDN) adalah agensi kerajaan paling digeruni. Mereka memiliki segala maklumat yang mendalam, tepat dan menyeluruh. Mereka memiliki rangkaian komunikasi, pasukan perisikan, mesin propaganda, pemikir profesional dan lain-lain lagi yang mampu mengatur dan merencana sesuatu isu besar negara.

Apabila Datuk Seri Dr Ahmad Zahid bersuara dan lantang menuduh Haji Mohamad Sabu, seakan ada kegusaran pada hati pada semua, terutama pemimpin PAS. Maklumat apakah yang dimiliki beliau sehingga boleh menuduh tanpa ragu dan tanpa bimbang jika Timbalan Presiden PAS pula yang akan menyaman balas balik beliau.

Dengan pendedahan KDN semalam, ramai beranggapan bahawa KDN tidak matang dan masak dalam mencari bukti penglibatan Mohd Sabu dengan Syiah. Sekadar kemukakan bukti yang tidak sahih, cakap dengar atau sekadar pandangan beberapa saksi yang mendengar dan melihat tokoh itu berfahaman Syiah, ia tidak boleh dijadikan hujah. Mengkagumi tokoh Syiah tidak semestinya ia berfahaman Syiah, manakala mendengar dari mulut orang lain bahawa Mohd Sabu berselawat ala Syiah juga bukan asas untuk menuduh beliau Syiah. Pergi ulang alik ke Iran atas sesuatu urusan bukanlah tiket untuk melabelkan seseorang itu Syiah.

Yang menghairankan, apakah ini bukti yang dikatakan bukti jelas Mohamad Sabu sebagai Syiah? Ramai yang keliru apakah itu suatu taktik untuk sengaja memalukan Datuk Seri Dr Zahid Hamidi supaya beliau disaman dan kalah dimahkamah. Mungkinkah juga KDN diperalat untuk tampil kemukakan bukti walau bagaimana sekalipun atas dasar ‘terlepas cakap’ Naib Presiden UMNO itu di Perhimpunan Agung UMNO yang lalu?

Jika inilah buktinya, maka sukar bagi rakyat untuk mempercayainya. Ketiadaan bukti sahih yang jelas adalah suatu perkara memalukan serta kekalahan besar buat KDN dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid. Jika beginilah tahap KDN bertindak, maka tahap keselamatan negara berada dalam keadaan yang mencemaskan. Disarankan agar pegawai-pegawai KDN membuat ‘homework’ yang panjang serta pasukan risikan yang terperinci sebelum memerangkap seseorang dengan tuduhan yang berat seperti yang diucapkan oleh Datuk Seri Dr Zahid Hamidi.

DR RIDUAN MOHD NOR


sumber sini




# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Khamis, 12 Disember 2013

Mat Sabu sikit pun tak goyang .. tunggu kasi gempaq

“Umur saya sudah 59, kalau terpaksa habiskan sisa hidup saya naik turun mahkamah dan masuk penjara, saya akan hadapi,” katanya.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu (gambar) berkata beliau sememangnya mengagumi perjuangan pemimpin besar revolusi Islam Iran Ayatollah Ruhullah Musawi
al Khomeni tetapi itu tidak bermakna dirinya berfahaman Syiah.

Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu berkata, tuduhan Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini dinafikannya sambil mengucapkankan terima kasih kerana
mengaitkannya dengan pemimpin dihormatinya itu.

"Tuduhan mengatakan saya amalkan Syiah, saya tetap nafikan. Dakwaan kagum dengan Khomeini,  saya ucap terima kasih.


{baca lagi klik butang papar ... }





"Saya memang kagum dengan kepimpinan Khomeini kerana dia seorang pemimpin yang boleh membawa orang Islam berdiri sendiri. Saya juga kagum dengan Setiausaha
Agung Hezbollah Sayyid Hassan Nasrullah," katanya dalam satu pesanan ringkas kepada The Malaysian Insider.
Menurut Mohamad, beliau akan bertemu dengan peguamnya pada Ahad.
"Selepas jumpa peguam, saya akan keluarkan kenyataan lanjut," katanya.
Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi hari ini mendedahkan 10 bukti penglibatan Mohamad Sabu dalam kegiatan Syiah yang kebanyakannya
melibatkan perjuangan Khomeni.
Mohamad berkata tidak gentar dengan kenyataan Ahmad Zahid untuk mendedahkan bukti secara terperinci mengenai pemimpin PAS yang terlibat dengan fahaman
Syiah.
Katanya, tuduhan sedemikian telah menjadi kebiasaan baginya terutamanya ketika pemilihan PAS baru-baru ini.
“Umur saya sudah 59, kalau terpaksa habiskan sisa hidup saya naik turun mahkamah dan masuk penjara, saya akan hadapi,” katanya.
Mohamad berkata, sejak menyertai PAS pada awal 1980-an, beliau sudah biasa dipenjarakan termasuk dua kali ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri
(ISA) pada 1984 dan semasa Operasi Lalang pada 1987.
Abdul Rahim berkata selain pemikiran Mohamad dikaitkan dengan Khomeini, orang nombor dua PAS itu turut dikatakan beberapa kali menghadiri kelas pengajian
di sebuah rumah di Bukit Merah pada 2011 dikendalikan dua orang ustaz berfahaman Syiah yang bertugas di sekolah agama di Gunung Semanggol, Perak.
Katanya, berdasarkan temuramah bersama sahabat Mohamad selama hampir 20 tahun, C N Afghani, berkata Mohamad kerap kali melawat Iran dan pernah terlibat
dengan program penghantaran pelajar Malaysia ke Qom.
sumber



PBO:JANGAN KITA LUPA KEZALIMAN UMNO-BN MENEKAN RAKYAT DENGAN MENAIKKAN HARGA ITU INI. ISU INI SENGAJA DICETUSKAN UNTUK MENUTUP ISU KENAIKAN HARGA BARANGAN.



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Ahad, 8 Disember 2013

Berani sungguh Zahid Hamidi dakwa Mat Sabu pengikut Syiah!!

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengambil tindakan ke atas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang didakwa pengikut ajaran Syiah.

Dalam ucapannya sebagai Naib Presiden UMNO semasa menggulung perbahasan pada perhimpunan parti itu hari ini, Ahmad Zahid mendedahkan Mohamad adalah seorang pengikut ajaran Syiah.

"Kita tahu siapa pemimpin Syiah dalam PAS," katanya seraya disambut sorakan oleh perwakilan UMNO "siapa, siapa?".



{baca lagi klik butang papar ... }





"Kita hairan bagaimana PAS boleh orang itu sebagai pemimpin nombor dua parti," balas Ahmad Zahid.

Mohamad terpilih semula sebagai Timbalan Presiden PAS pada pemilihan parti itu dua minggu lalu selepas menang mengalahkan pencabarnya, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah dengan majoriti hanya 98 undi.

Ini adalah kali pertama dakwaan ke atas Mohamad itu diucapkan secara terbuka oleh pemimpin UMNO biarpun selama ini dakwaan itu jadi desas-desus di kalangan ahli PAS dan UMNO serta di kalangan pemerhati politik.

Ahmad Zahid juga menyeru kepada PAS untuk bersama-sama kerajaan membanteras ajaran Syiah kerana ia adalah masalah negara yang merentas sempadan politik.

Dalam ucapannya, Ahmad Zahid juga mengumumkan bahawa Kementerian Dalam Negeri baru-baru ini telah menolak pendaftaran Majlis Syiah Malaysia yang cuba didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan di bawah Akta Pertubuhan 1996.

Beliau juga memberi amaran mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pengikut Syiah yang menjalankan kerja-kerja ajaran itu termasuk menyita premis tempat kerja-kerja itu dilakukan.

"Saya tidak pandang ini dari segi akidah. Itu kuasa Datuk Seri Jamil Khir Baharom sebagai menteri agama. Saya lihat dari aspek keselamatan kerana kita tidak mahu ummah dipecahkan oleh ajaran sesat," katanya.

Beliau kemudian mencadangkan penubuhan sebuah suruhanjaya menangani ajaran sesat yang dibentuk sebagai kerjasama KDN dan JAKIM bagi membanteras bukan saja ajaran Syiah tetapi ajaran-ajaran sesat yang lain.

Astro Awani

sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Selasa, 12 November 2013

Zahid . mana bangunan UITM tu?!

“Kami difahamkan projek yang menelan belanja RM250 juta yang terletak di kawasan seluas 40 hektar itu dan ianya dijangka siap pada tahun 2013 serta bakal menempatkan kira-kira 5,000 pelajar kelak,” ujarnya dalam satu kenyataan.

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Isu dan Strategik PAS Perak sekali lagi mendedahkan rungutan rakyat di kawasan Parlimen Bagan Datoh mengenai pembinaan Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Koordinatornya, Salman Saleh (gambar) berkata, ini kerana pengumuman bagi pembinaan UiTM dibuat oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada bulan Mei 2010 lalu.


{baca lagi klik butang papar ... }




Katanya, UiTM yang dikatakan akan membuka sebuah lagi kampus cawangan yang ketiga di Perak iaitu di Bagan Datoh selepas kampus di Seri Iskandar dan Tapah telah menghampiri penghujung tahun 2013 dan masih belum ada tanda-tanda pembangunannya di sana.

“Kami difahamkan projek yang menelan belanja RM250 juta yang terletak di kawasan seluas 40 hektar itu dan ianya dijangka siap pada tahun 2013 serta bakal menempatkan kira-kira 5,000 pelajar kelak,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya, pengumuman Zahid tersebut memberikan tanda tanya rakyat adakah ia akan bakal dibina.

Menurutnya, jika sebelum ini projek Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) turut menjadi persoalan dan rungutan rakyat Parlimen Bagan Datoh, kini isu projek UiTM pula telah acap kali diperkatakan oleh mereka.

“Adakah ianya masih di peringkat kajian lagi pembinaannya? Telah adakah tapak yang sesuai seperti mana tapak projek MRSM yang masih belum kelihatan?” tanya beliau.

Salman berkata, pihaknya melihat projek UiTM itu bukan sahaja sebagai wadah anak Bumiputera mendapatkan pendidikan tinggi terutamanya di Bagan Datoh, tetapi sebagai mercu tanda baru yang selama ini mundur dan tidak membangun walaupun ahli parlimennya Menteri Dalam Negeri dan sebelum ini sebagai Menteri Pertahanan.

Malah, ujarnya dengan kedudukan Zahid sebagai Naib Presiden Umno juga dilihat gagal membangunkan Bagan Datoh yang masih belum menemui ‘sentuhan’ yang diharapkan oleh penduduk yang selama ini mengharapkan ‘sinar’ yang cerah.

sumber sini




# sila like "kami undi pakatan rakyat"







Jumaat, 11 Oktober 2013

Taktik busuk terbaru calon Naib Presiden UMNO untuk memancing undi perwakilan UMNO!

Nak mudah menang jawatan dalam Umno, bergaduhlah dengan Cina


Saingan merebut jawatan Naib Presiden Umno kali ini mulai membahang panasnya. Sementara Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir dilihat adalah calon yang paling dikehendaki oleh majoriti perwakilan bagi menduduki kerusi nombor tiga itu dan Hishammuddin Hussein, seorang lagi anak bekas Perdana Menteri berada dalam kedudukan cemas dalam mempertahankan jawatannya, Zahid Hamidi pula terus meniti populariti terutama setelah menunjukkan permusuhan yang ketara dengan kaum Cina.
Jika sebelum ini ketegasan dan pendirian tidak berkomprominya dalam beberapa isu berkaitan keselamatan, jenayah, polis dan undang-undang telah mengangkat namanya, tetapi penampilan sikapnya yang berlebih-lebihan seperti mempertahankan "tiga line" tetapi tidak berkompromi dengan kaum lain, ternyata lebih meningkatkan imejnya.

Walaupun ketegasan Zahid itu menjerumuskannya ke kancah perkauman yang sebenarnya tidak begitu baik untuk sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia ini dan beberapa laporan polis juga sudah dibuat oleh DAP terhadapnya, tetapi gerafnya sama-sekali tidak menurun di hati para perwakilan Umno. Umno amat menyenangi sikap Zahid itu.
baca lagi ...




Dengan terdedahnya rakaman ucapan beliau di sebuah majlis tertutup di Melaka yang mengundang kecaman pelbagai pihak, Zahid hakikatnya berdiri makin kukuh dan semakin meninggalkan rakan-rakan penyandangnya untuk memenangi jawatan Naib Presiden Umno ini.

Malah, dengan adanya laporan polis yang dibuat oleh DAP terhadapnya seolah-olah parti pembangkang itu turut sama berkempen membantu kemenangan Zahid.

Terbaru, sokongan terbuka yang disuarakan oleh Mahathir terhadap kenyataannya berkaitan isu menembak penjenayah oleh pihak polis, secara tidak langsung mengukuhkan lagi kedudukannya yang sudah sedia terjamin itu untuk mengekalkan jawatan Naib Presidennya.

Di mata perwakilan Umno, sikap dan keberanian yang ditunjukkan Zahid adalah menepati kehendak dan selera mereka. Lebih-lebih lagi selepas keputusan pilihanraya yang menyaksikan pengundi Cina tidak memihak kepada BN, sikap dan pendirian yang ditunjukkan oleh Zahid adalah penawar kepada kekecewaan Umno terhadap pendirian pengundi Cina itu.

Walaupun ada percubaan untuk menggugat kedudukan Zahid, termasuk menyebarkan rakaman yang bertajuk Jenayah Zahid Hamidi di youtube (kini telah disekat daripada ditonton) iaitu berkaitan insiden pukul dan laporan polis yang melibatkan seorang ahli perniagaan, Ahmad Bazli yang difahamkan sudah diselesaikan di luar mahkamah dan tindakan Karpal Singh mahu membuka semula kes itu, namun ia dipercayai tidak menggoncang keimanan politik majoriti perwakilan yang bakal mengundi pada 19 Oktober ini terhadapnya.

Bersama-sama dengan Mukhriz Mahathir yang dianggap tokoh muda yang dikehendaki sebagai pelapis masa depan, Zahid Hamidi dipercayai sudah meletakkan sebelah kakinya beriringan dengan anak bekas Perdana Menteri itu untuk menempah dua slot kerusi Naib Presiden Umno. Cuma siapa yang bakal mendapat undi tertinggi saja yang akan membezakan mereka nanti.

Dengan itu, perebutan satu lagi kerusi Naib Presiden Umno yang masih tinggal nampaknya bakal menjadi rebutan antara Hishammuddin, Shafie Apdal, Ali Rustam dan Isa Samad.

Dari segi kedudukan sebagai penyandang, berusia masih muda dan berjawatan menteri dalam kerajaan, Hishammuddin dan Shafie dirasakan mempunyai peluang paling cerah untuk mengisi slot ketiga itu. Namun perkembangan di hari-hari terakhir ini menunjukkan Ali Rustam bakal menggugat peluang mereka itu.

Ali Rustam yang kalah di Bukit Katil dalam pilihanraya lalu kerana pengundi Cina tidak memihak kepadanya, kini sedang meningkatkan gerafnya di mata perwakilan dengan taktik yang sama dengan Zahid iaitu bersikap perkauman, memusuhi orang Cina dan bergaduh dengan DAP.

Bersama sakit hati yang masih berbekas terhadap pengundi Cina, Ali Rustam yang kini berjawatan Senator dan Pengerusi PUNB menyerang kejayaan kaum Cina dalam perniagaan dengan mengatakan mereka berjaya kerana boleh berniaga apa saja, termasuk yang haram di sisi agama Islam.

Kemudiannya beliau juga mencadangkan supaya sekolah vernakular ditutup dan digantikan dengan sekolah satu aliran untuk semua kaum untuk menangani sikap mereka yang dianggapnya tidak tahu mengenang budi kerajaan itu. Meski digelar Nazi oleh Lim Guan Eng dan Ali tidak berganjak daripada pendiriannya itu, keadaan ini menjadikan popularitinya makin melonjak lagi.

Meski dikategori sebagai orang pencen dan sudah berusia 64 tahun, kepintaran Ali merebut peluang dengan turut menunjukkan dirinya bersifat rasis, menyerang orang Cina dan bergaduh dengan DAP, telah memberi nafas semula kepadanya sedangkan sebelum ini penyertaannya bersama dengan Isa Samad dianggap sebagai "kacau daun" semata-mata.

Jika Ali terus meningkatkan mementumnya dalam hal ini, peluangnya untuk mengiringi Zahid dan Mukhriz ternyata lebih cerah lagi. Malah jika beliau berjaya memerangkap DAP atau pihak-pihak lain agar turut membuat laporan polis terhadapnya, tidak diragui lagi slot ketiga kerusi Naib Presiden itu pasti akan menjadi miliknya.

Kelebihan dalam menggunakan isu perkauman dan bergaduh dengan DAP itu pula nampaknya tidak dimiliki oleh Hishammuddin, Shafie dan Isa Samad dalam jawatan masing-masing. Ini menjadikan ketiga-tiga mereka itu semakin ketinggalan walaupun sedang giat menjelajah ke seluruh negara meraih undi dan sokongan.
Selain mengekalkan hubungan baik dan keramahannya dengan pemimpin UMNO di seluruh negara yang memang sudah dipupuknya sejak sekian lama, Ali Rustam dipercayai akan terus menunjukkan sikap rasis dan permusuhannya dengan kaum Cina sehingga 19 Oktober ini kerana beliau tahu itulah yang secara umumnya disukai oleh perwakilan Umno.

Dengan beberapa isu yang berlaku kebelakangan ini, beberapa pemimpin lain yang bertanding pelbagai jawatan juga telah mula mengambil sikap yang sama iaitu menunjukkan jiwa Melayu masing-masing dan menyerang DAP yang dikuasai kaum Cina dengan ekstrem sekali. Ini dianggap cara paling mudah menarik perhatian perwakilan memandangkan kaedah kempen tradisional dalam waktu yang terbatas ini tidak lagi memadai.

Namun kemaraan Ali Rustam ini tentunya membuatkan Hishammuddin yang sedia dalam keadaan cemas, bertambah kencang lagi degupan jantungnya menjelang 19 Oktober nanti. Dan Najib yang diketahui tidak mahu sepupunya itu kecundang turut tidak gembira dengan imej bekas Ketua Menteri Melaka yang tiba-tiba meningkat itu. - shahbudindotcom, 10 Oktober, 2013.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

nengok sini




# sila like "kami undi pakatan rakyat"







Sabtu, 5 Oktober 2013

Fail X: Ini dia punca hilangnya senjata polis RM1.3 juta!

Pendedahan dari fail X yang tak tau dari mana .. yang pasti bukan dari utusan atau tv1 dan tv3 ..

Kalau tetiba harta rakyat hilang RM1.3 juta .. korang jangan tanya .. korang duduk diam-diam je ... tengok je ... biarkan ianya hilang dalam fail X ..

Diam tau .. jangan bising - bising .. nanti pak menteri marah ..

Kalau korang gian sangat nak tanya .. korang sembang slow-slow dalam selimut ...


1. SPRM tak mau siasat ..? Eh bukan bidang kuasa kami ..?

2. Setahu aku yang cakap lain tulis lain tu adalah Utusan ... kan dah banyak kes saman .. huhuhu

3. Integriti kepala hotak .. dedah siapa yang bertanggungjawab ..!

4. Macam mana pak menteri begitu yakin tiada unsur jenayah ...? Sedangkan pak menteri baru pegang jawatan menteri KDN ..?! Malaikat ke pak menteri ..?

5. Kenapa rakyat tak berhak tau ..? Nak cover kemaluan ..?!


Korang buka fail X .. korang tengok apa kata pak menteri ...

baca lagi ..





Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mempertahankan integriti pasukan polis dan mengatakan bahawa kehilangan senjata polis bukan disebabkan oleh pecah amanah, penyelewangan atau unsur rasuah.

Sebaliknya, kata beliau, kehilangan itu antaranya disebabkan kecuaian atau kelemahan ketika operasi dijalankan.

Beliau kemudian melarang perbincangan lanjut mengenai perkara itu dan berkata "tiada lagi" soalan dari Malaysiakini.

Ditanya mengenai senjata RM1.3 juta senjata polis yang hilang seperti yang dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012, Zahid berkata beliau positif bahawa tiada motif tidak baik dikaitkan dengan kehilangan tersebut.

"Mengenai laporan audit tentang kehilangan 1.3 juta senjata di PDRM, saya tahu kehilangan itu bukan disebabkan oleh pecah amanah, bukan disebabkan penyelewangan, bukan disebabkan unsur rasuah.

"Kehilangan antaranya disebabkan kecuaian atau kelemahan ketika operasi dijalankan," katanya kepada pemberita.

Zahid berkata beliau telah membuat susulan terhadap laporan audit itu dengan meminta ketua polis negara menyediakan prosedur operasi standard (SOP) dan mengenakan surcaj ke atas anggota yang terlibat.

Beliau berharap laporan audit tahun depan tidak akan mengandungi laporan seperti kehilangan senjata kerana beliau tidak mahu "imej polis tercemar oleh laporan Ketua Audit Negara".

Katanya, kini semakin ramai yang mempercayai pihak polis, sambil menambah bahawa pasukan itu telah memperlihatkan integriti yang tinggi.

Zahid memberi amaran kepada Malaysiakini supaya melaporkan dengan tepat apa yang dicakapkannya.

"Malaysiakini, you tulis itu macam ar, betul-betul ah, jangan tulis lain...," tegasnya.

Beliau juga meminta Malaysiakini supaya tidak lagi bertanya sebarang soalan susulan mengenai kehilangan senjata itu.

"You pun tulis tak betul. Tak mau layanlah Malaysiakini. You tulis semua tak baik tentang saya, tentang KDN, patut you tak payah datang sinilah, malulah datang," katanya lagi.


sumber




# sila like "kami undi pakatan rakyat"



Rabu, 18 September 2013

Panas: Ni pasai apa pulak Rais Yatim 'tibai' Zahid dan Najib?

mengulas kenyataan Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa calon yang berminat untuk bertanding jawatan ketiga tertinggi parti perlu meminta pandangan Najib terlebih dahulu.

KUALA LUMPUR: Anggota Umno yang ingin bertanding jawatan penting dalam pemilihan parti peringkat pusat tidak perlu mendapat pandangan atau ihsan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak, kata anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno Tan Sri Dr Rais Yatim.

Bekas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu berkata jika berlaku, keadaan itu akan memberi makna yang tidak baik kepada pembaharuan yang sedang dibuat dan amalan demokrasi yang diamalkan Umno sekian lama.

baca lagi ..




"Saya tak fikir begitu, jika tidak, pembaharuan yang dibuat tidak akan berkesan dalam maksud mewujudkan peluang, hak dan skop untuk membawa pembaharuan kepada Umno seperti yang dimahukan Presiden parti.

"Jika itu dibuat, maka demokrasi tidak lagi membawa erti besar kepada Umno, sedangkan yang perlu adalah mereka yang ingin turut serta bertanding demi memperjuangkan bangsa, agama dan negara," katanya ketika ditemui selepas merasmikan persidangan "Law and Society, Commercial Laws and Islamic Finance" di Universiti Islam Antarabangsa (IIUM) Gombak, dekat sini Rabu.

Beliau mengulas kenyataan Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa calon yang berminat untuk bertanding jawatan ketiga tertinggi parti perlu meminta pandangan Najib terlebih dahulu.

Rais, yang juga Penasihat Kerajaan bagi Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan berkata anggota Umno tanpa mengira jawatan perlu bersikap terbuka dalam setiap perkara, khususnya menjelang pemilihan parti Oktober ini, selaras dengan pindaan perlembagaan parti yang telah dipersetujui bersama.

"Maknanya, jika seseorang nak bertanding sama ada jawatan naib presiden, hatta presiden sekalipun, janganlah terus diberikan markah salah kepadanya... kerana itu amalan demokrasi dan jika berlaku tiada makna pindaan perlembagaan yang dibuat sebelum ini," katanya.

Berhubung dakwaan sesetengah pihak kononnya Umno tersasar dari hasratnya untuk meremajakan parti berikutan calon yang menawarkan diri bertanding jawatan naib presiden terdiri dari kalangan mereka yang berusia, Rais berkata ia sebenarnya tidak merujuk kepada usia seseorang.

"Perkataan yang digunakan Presiden bukannya lebih muda usia tetapi meremajakan Umno, maknanya sesiapa yang berada di dalamnya perlu mampu meremajakan parti melalui idea baru, cadangan kontemporari yang baharu, bukannya terarah kepada usia seseorang," katanya.

Selain Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir yang disebut-sebut akan bertanding jawatan itu, dua lagi calon yang mengesahkan hasrat merebut jawatan naib presiden adalah Pengerusi Risda Tan Sri Isa Samad dan bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Jawatan Naib Presiden Umno kini disandang Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah) dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Menteri Pertahanan). - BERNAMA



# sila like "kami undi pakatan rakyat"





Selasa, 27 Ogos 2013

Menteri ini popular tapi belum tentu menang bergaya

"Walaupun Ahmad Zahid terlihat paling popular berbanding lain-lain pesaingnya manakala wajah serta berita mengenainya juga muncul hampir setiap hari di akhbar dan tv, peluang beliau tidaklah semudah yang dijangka, apatah lagi untuk mendapatkan kemenangan bergaya dengan memperolehi undi tertinggi."

Zahid popular tapi belum tentu menang bergaya


JAWATAN Menteri Dalam Negeri benar-benar membawa untung lumayan buat Ahmad Zahid Hamidi. Berbanding jawatan Menteri Pertahanan yang membuatnya hampir tenggelam dan kurang menonjol, Ahmad Zahid sebaliknya menuai publisiti hampir setiap hari melalui jawatan yang disandangnya sekarang.

Daripada penentangannya terhadap pemansuhan Akta Hasutan dan Ordinan Darurat, peningkatan kejadian jenayah, kekurangan anggota polis, jangkaannya mengenai rangkaian jenayah bekas pesalah Ordinan Darurat, cabarannya kepada Waythamoorthy dan sehinggalah kepada tindakannya mahu mendedahkan senarai nama-nama kongsi gelap, semuanya mengundang sorotan publisiti di pelbagai media massa.

baca lanjut ..




Malah, ketika memberitahu secara bergurau bahawa kumpulan samseng turut datang ke rumah terbukanya dan meminta wang perlindungan pun turut dijadikan berita besar.

Pendeknya, apa sahaja yang keluar dari mulut Ahmad Zahid sekarang pasti merupakan bahan yang boleh diolah menjadi berita.

Semua publisiti yang melimpah ini secara automatiknya menjadikan Ahmad Zahid paling popular.

Di mata perwakilan Umno pula, beliau dianggap sebagai menteri yang sedang membuat kerja dengan betul dan dilihat lebih baik daripada Menteri Dalam Negeri sebelumnya iaitu Hishammuddin Hussein.



Secara kasarnya, dalam pemilihan Umno 19 Oktober ini Ahmad Zahid ternampak tiada masalah untuk mempertahankan jawatan Naib Presiden nombor satu yang diraihnya dalam pemilihan 2009 lalu.



Sehingga ini, selain Ahmad Zahid yang sudah mengumumkan akan mempertahankan jawatannya, dua lagi Naib Presiden Umno iaitu Hishammuddin dan Shafie Apdal turut mengumumkan akan mempertahankan jawatan masing-masing.



Pemimpin lain yang sudah mengumumkan akan menyertai persaingan ialah Isa Samad, Pengerusi Felda manakala Ketua Menteri Sabah, Musa Aman, Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir dan bekas Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam dijangka akan turut menyertai perebutan kerusi Naib Presiden dan akan membuat pengumuman rasmi tidak lama lagi.



Ini menjadikan sekurang-kurangnya tujuh orang akan bertanding merebut tiga kerusi Naib Presiden Umno kali ini.



Walaupun Ahmad Zahid terlihat paling popular berbanding lain-lain pesaingnya manakala wajah serta berita mengenainya juga muncul hampir setiap hari di akhbar dan tv, peluang beliau tidaklah semudah yang dijangka, apatah lagi untuk mendapatkan kemenangan bergaya dengan memperolehi undi tertinggi.



Sosek-sosek dalam UMNO mulai kedengaran bahawa Zahid seolah-olah sengaja menonjol-nonjolkan diri untuk kepentingan pemilihan Umno. Beliau dilihat sengaja bersuara mengenai Akta Hasutan dan Ordinan Darurat sekarang sedangkan ketika Najib mengusulkan mahu memansuhkannya dulu, tidak pula suaranya kedengaran.



Bahkan ketika Najib mengatakan bahawa cadangan memansuhkan kedua-dua akta itu mendapat persetujuan Kabinet, pendirian Ahmad Zahid yang sebenarnya turut menjadi tanda-tanya.



Apatah lagi dengan adanya seruan pelbagai pihak, termasuk Mahathir agar pemimpin muda diberi peluang dalam pemilihan Umno kali ini bagi menghadapi PRU14, sentimen ini seolah-olah kekangan buat Ahmad Zahid.



Saranan agar lebih ramai pemimpin muda atau pelapis ditonjolkan nyata memberi kelebihan kepada Hishammuddin dan Mukhriz untuk mengungguli jawatan tersebut manakala Ahmad Zahid dianggap bukan lagi sebagai pelapis untuk tempoh lima tahun akan datang memandangkan beliau lebih berusia daripada Najib dan hanya muda sedikit daripada Muhyiddin.



Hishammuddin walaupun dianggap lemah tetapi beliau ada pengaruhnya yang tersendiri dalam Umno, selain kedudukannya sebagai sepupu Najib dan anak bekas Perdana Menteri serta usianya yang lebih muda turut memberi kelebihan buatnya.



Mukhriz juga sedang meniti pupolariti berikutan kejayaan BN menawan semula Kedah dan pengaruh bapanya, Mahathir yang masih kukuh pastinya memberi kelebihan jika beliau bertanding kerusi nombor tiga dalam Umno itu.



Malah ada yang beranggapan apabila Mahathir memperkatakan perlunya Umno memberi ruang yang lebih luas kepada golongan muda menonjolkan diri, maksud tersiratnya ialah untuk menaikkan anaknya, Mukhriz di kedudukan yang lebih kukuh dalam Umno.



Penyertaan Ali Rustam dan Isa Samad turut menjejaskan peluang Ahmad Zahid. Walaupun kedua-dua pemimpin ini juga sudah berusia tetapi penyertaan mereka boleh menjadi "kacau daun" dan membuatkan ada yang mengundi kedua-dua calon ini kerana simpati.



Ali Rustam pernah dihalang daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno pada 2009 atas dakwaan salah laku ketika berkempen, meskipun peluangnya untuk menang ketika itu amat cerah.



Dalam pemilihan kali ini setelah kalah di Bukit Katil dan mungkin dilantik Senator serta diberikan jawatan di peringkat Pusat, bertanding jawatan Naib Presiden Umno akan memberi kelebihan kepada Ali Rustam kerana gabungan undi simpati dan penyokong setia yang sedia wujud akan lebih berpihak kepadanya.



Kelebihan Ali juga kerana sikap ramah mesra, suka membantu dan jarang menghampakan jemputan yang diterimanya walaupun yang menjemputnya hanya sekadar ahli Umno biasa saja.



Jika dulu ramai yang kecewa kerana tidak berpeluang menobatkan Ali Rustam sebagai Timbalan Presiden Umno, penyertaannya dalam perebutan kerusi Naib Presiden kali ini akan membuatkan hasrat yang tidak kesampaian dulu bertukar menjadi undi yang melimpah-ruah.



Dalam musim rumah terbuka yang sedang berjalan sekarang, Ali Rustam nyata sedang menggunakan kesempatan yang ada untuk hadir sebanyak mungkin jemputan yang diterimanya di seluruh pelusuk negara. Dengan tidak terikat sebarang jawatan dalam kerajaan, beliau mempunyai luang masa yang banyak untuk memenuhi semua jemputan dan menemui perwakilan Umno.



Isa Samad juga boleh menggugat peluang Ahmad Zahid. Kedudukannya sebagai Pengerusi Felda yang mana Felda mempunyai penempatan di lebih 50 bahagian Umno di seluruh negara, walaupun bekas Menteri Besar Negeri Sembilan dilihat sukar menang tetapi "kacau daunnya" akan menyusahkan calon-calon lain.



Penyertaan Musa Aman pula dilihat hanya akan menjejaskan peluang Shafie Apdal kerana sehingga ini majoriti pemimpin Umno Sabah menyokongnya dan ini secara langsung akan menipiskan lagi peluang Shafie Apdal mengekalkan jawatannya.



Dengan sentimen Umno yang mahu mewujudkan pelapis dan memberi peluang kepada orang muda dalam pemilihan tahun ini, Hishammuddin dan Mukhriz dijangka paling selamat untuk memenangi dua jawatan Naib Presiden Umno kali ini manakala Ahmad Zahid, Shafie Apdal, Ali Rustam, Isa Samad dan Musa Aman akan bersaing sesama sendiri untuk merebut satu lagi kekosongan yang tinggal.



Jika diukur dari segi populariti dan publisiti, Ahmad Zahid ternampak menonjol tetapi jika undi simpati menguasai jiwa perwakilan Umno, mungkin Ali Rustam berupaya menonjolkan diri dan mengenepikan calon-calon yang lain.



Dipetik dari blog http://shahbudindotcom.blogspot.com/



Shahbudin Husin - (Pernah menjadi wartawan beberapa akhbar di tahun 80an dan 90an, pernah juga berkhidmat di MARA. Pada tahun 1996-2000 menjadi Setiausaha Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan, Pemuda Umno Malaysia dan 2004-2008 menjadi Naib Ketua Pemuda dan AJK Umno Bahagian Wangsa Maju serta AJK Pemuda Umno Negeri WP. Telah menghasilkan tiga buah buku poliitik iaitu Najib Perdana Menteri Terakhir, Kesilapan-Kesilapan Najib dan terbaru Asalkan Bukan Najib.



# sila like "kami undi pakatan rakyat"