“Kami difahamkan projek yang menelan belanja RM250 juta yang terletak di kawasan seluas 40 hektar itu dan ianya dijangka siap pada tahun 2013 serta bakal menempatkan kira-kira 5,000 pelajar kelak,” ujarnya dalam satu kenyataan.
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Isu dan Strategik PAS Perak sekali lagi mendedahkan rungutan rakyat di kawasan Parlimen Bagan Datoh mengenai pembinaan Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Koordinatornya, Salman Saleh (gambar) berkata, ini kerana pengumuman bagi pembinaan UiTM dibuat oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada bulan Mei 2010 lalu.
{baca lagi klik butang papar ... }
Katanya, UiTM yang dikatakan akan membuka sebuah lagi kampus cawangan yang ketiga di Perak iaitu di Bagan Datoh selepas kampus di Seri Iskandar dan Tapah telah menghampiri penghujung tahun 2013 dan masih belum ada tanda-tanda pembangunannya di sana.
“Kami difahamkan projek yang menelan belanja RM250 juta yang terletak di kawasan seluas 40 hektar itu dan ianya dijangka siap pada tahun 2013 serta bakal menempatkan kira-kira 5,000 pelajar kelak,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Katanya, pengumuman Zahid tersebut memberikan tanda tanya rakyat adakah ia akan bakal dibina.
Menurutnya, jika sebelum ini projek Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) turut menjadi persoalan dan rungutan rakyat Parlimen Bagan Datoh, kini isu projek UiTM pula telah acap kali diperkatakan oleh mereka.
“Adakah ianya masih di peringkat kajian lagi pembinaannya? Telah adakah tapak yang sesuai seperti mana tapak projek MRSM yang masih belum kelihatan?” tanya beliau.
Salman berkata, pihaknya melihat projek UiTM itu bukan sahaja sebagai wadah anak Bumiputera mendapatkan pendidikan tinggi terutamanya di Bagan Datoh, tetapi sebagai mercu tanda baru yang selama ini mundur dan tidak membangun walaupun ahli parlimennya Menteri Dalam Negeri dan sebelum ini sebagai Menteri Pertahanan.
Malah, ujarnya dengan kedudukan Zahid sebagai Naib Presiden Umno juga dilihat gagal membangunkan Bagan Datoh yang masih belum menemui ‘sentuhan’ yang diharapkan oleh penduduk yang selama ini mengharapkan ‘sinar’ yang cerah.
0 respon:
Catat Ulasan