Memaparkan catatan dengan label POLITIK. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label POLITIK. Papar semua catatan

Isnin, 11 April 2016

Seorang penyokong PKR dipukul, kereta dibakar

Seorang penyokong PKR mendakwa dipukul dan keretanya dibakar selepas dua penunggang motorsikal yang tidak dikenali mengekorinya dari belakang lapor portal Suara TV.

Memetik laporan itu, mangsa dikatakan semasa melalui jalan penghulu Abu Bakar, Klang, dia ditahan oleh dua orang lelaki yang mengugutnya kerana dilihat dalam satu laporan berita mengenai penglibatannya dalam kes wakil rakyat PKR, Seri Andalas, Klang, Xavier Jayakumar.

Mangsa yang dibelasah teruk, memberikan keterangan kepada polis selepas berjaya melarikan diri ke dalam kawasan semak.

Difahamkan mangsa mengalami beberapa kecederaan dan kini menjalani rawatan di hospital berhampiran tambah laporan itu lagi. - Sozcyili.

Isnin, 26 Oktober 2015

Azmin Ali bakal berdepan undi tidak percaya bulan depan?

AZMIN ALI BAKAL BERDEPAN DENGAN UNDI TIDAK PERCAYA NOVEMBER INI???????

azmin%2Bpkr
Serangan terhadap Mohamed Azmin Ali berterusan apabila timbul desas-desus terbaharu yang mendakwa wujud gerakan untuk mengadakan undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Selangor itu.

Ia dikatakan bakal diadakan dalam sidang Dewan Undangan Negeri Selangor (DUNS) pada November ini.

Gerakan menjatuhkan Azmin itu didakwa dirancang oleh beberapa pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP yang tidak puas hati dan berang kerana Azmin tidak memecat Exco dari PAS.

Beberapa ahli akar umbi PKR mengesahkan ada mendengar desas-desus itu tetapi tidak diketahui akan kebenarannya.

Dakwaan itu mula tersebar di media sosial dan hangat diperkatakan ketika ini.

Azmin yang baharu setahun menjadi Menteri Besar baru-baru ini mengumumkan bahawa Selangor tidak ada kaitan dengan Pakatan Harapan. Kenyataan ini mengundang kemarahan para ADUN DUNS terutamanya dari kelompok DAP dan PAN.

Ahli Parlimen Gombak dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa itu diketahui umum mempunyai hubungan lebih rapat dengan kepimpinan PAS.

Beliau bertegas mahukan PAS kekal dalam pentadbiran negeri walaupun didesak oleh pemimpin PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) supaya menyingkirkan PAS selepas terkuburnya Pakatan Rakyat.

Baru-baru ini, tersebar gerakan dikenali Langkah Rawang untuk menyingkirkan Azmin dan digantikan dengan Dato' Saifuddin Abdullah.

Bagaimanapun, dakwaan itu dinafikan sekeras-kerasnya oleh Azmin dan pemimpin PKR manakala PAS pula menganggap ia untuk menghancurkan hubungan PAS-PKR.

PKR diketahui berpecah kepada dua kumpulan iaitu yang mahu Pakatan Rakyat terus kekal diketuai Azmin Ali sendiri dan kumpulan menyokong Pakatan Harapan yang dikepalai oleh Rafizi dan Saifuddin Nasution.

Khamis, 14 Mei 2015

Kalaulah ada Anwar Ibrahim ...

Sejarah mungkin akan berulang. Hanya pisang yang tidak akan berbuah dua kali. Peristiwa sejarah silam mungkin berulang. Kalaupun tidak sama bentuknya, akan muncul pula dalam bentuk yang mirip-mirip sama. Teringat pula tentang suatu episod sejarah dalam zaman kerajaan Melayu Melaka yang perlu direnungi.

Kitab Sulalat-ap-Salatin (Sejarah Melayu) menceritakan kisah Hang Kasturi mengamuk ( bukan Hang Jebat sebagaimana yang ceritakan oleh setengah hikayat) menuntut bela atas kematian Hang Tuah yang diarah bunuh oleh Sultan Melaka kerana difitnah melakukan perkara sumbang diistana.

Selanjutnya kitab ‘Sulalat al-Salatin’ menceritakan, “ Pada zaman itu Hang Kasturi bukan barang-barang orang. Maka Sultan Mansur Shah pun mengenang Hang Tuah. Maka titah baginda,’ Sayangnya Si Tuah tiada. Jikalau Si Tuah ada, dapatlah ia menghapuskan kemaluanku.” Maka Seri Nara Diraja diam mendengar titah itu. Setelah dua tiga kali raja mengenang Hang Tuah, maka sembah Seri Nara Diraja, “Tuanku, pada pemandangan patik sangat behena Duli Yang Dipertuan mengenang Hang Tuah. Jikalau sekiranya ada Hang Tuah hidup, adakah ampun Yang Dipertuan akan dia?” Maka titah Sultan Mansur Syah, ‘ Adapun jikalau ada Si Tuah, jikalau seperti bukit sekalipun besar dosanya nescaya kita ampun juga. Pada bicara hati kita ada juga Si Tuah pada Seri Nara al-Diraja”

Saya terpanggil untuk ‘mempelawa’ para pembaca mengenang kemabli kisah zaman Kesultanan Melayu Melaka ini ekoran kenyataan Tun Dr. Mahathir dalam blognya yang menyatakan, “Saya berada dalam keadaan serba salah. Sebagai ahli UMNO saya hendak BN menang. Tetapi kemenangan akan mengekalkan kepimpinan Najib dalam PRU 14. Dan saya yakin BN pimpinan Najib akan kalah PRU 14” Maknanya Tun Mahathir sudah ‘berkerat rotan dan berpatah arang dengan DS Mohd Najib. Maknanya ‘perbalahan’ antara mereka berdua seolah-olah sudah tidak dapat dipulihkan semula.

Jadi Tun Mahathir mahu DS Najib diganti dengan segera. Tidak mudah menggugurkan DS Najib. Tambahan pula apabila beliau mengatakan bahawa beliau mendapat sokongan padu daripada ‘suku-sakat’ UMNO di seluruh negara. Itu kata dia. Dan tidak pula tugas aku untuk mengenalpasti betul tidaknya kenyataan DS Najib itu. Cuma yang aku difahamkan dengan kenyataan Tun Mahathir ialah bahawa DS Najib perlu diganti dengan orang lain.

Apabila dinyatakan bahawa DS Najib perlu diganti, maka perlulah dikenal pasti siapa yang akan menggantikan beliau. Sebagaimana biasa tentulah Timbalannya ia itu TS Muhyiddin Yassin. Dalam hal ini juga Tun Mahathir menyatakan kesangsiannya. “"Anda tahu, saya telah hilang kepercayaan pada orang. Sebelum mereka dilantik, mereka adalah orang yang paling bersih di dunia," katanya sambil menambah bahawa apabila mendapatkan kuasa, mereka berkelakuan tidak baik."Jadi, saya tak tahu," keluh Dr Mahathir ketika ditanya pendapat beliau mengenai Muhyiddin menggantikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak” (petikan dari Malaysiakini 4 April 2015)

Oleh itu suasana politik di Malaysia kini kelihatan akan menjadi bertambah kusut. Rakyat mula tertanya-tanya siapakah yang paling layak menggantikan DS Najib. Rakyat Malaysia tentunya merasakan bahwa benarlah dalam UMNO kini amat berkurangan dengan pemimpin yang berkebolehan, sehingga tidak nampak ‘biji mata’ yang boleh menggantikan tempat DS Najib.

Tentulah suasana sebegini dianggap sebagai peristiwa amat malang menimpa negara. Negara kita, khususnya dari parti UMNO-BN betul-betul ketandusan pemimpin yang berkebolehan. ‘Kemarau dan ketandusan’….

Mungkin dipihak pembangkang khususnya dari Pakatan Rakyat keadaannya tidak begitu. PR dapat menyediakan calon-calon yang sesuai untuk mengisi jawatan berkenaan. Tentulah mustahil akan berlaku penggantian PM sekarang diganti dengan pemimpin dari PR ditinjau dari sudut mengikut proses biasa. Lagipun jikalau ditinjau ‘selera’ Tun Dr. Mahathir beliau awal-awal lagi sudah menolak kehadiran Pakatan Rakyat.

“Saya tidak dapat terima negara diperintah oleh Pakatan. Dasar-dasar dalam parti-parti dalam pakatan bertentangan antara satu dengan yang lain. DAP lebih utamakan kepentingan orang Cina. PAS mendakwa ia bukan Melayu, hanya Islam. Keislaman PAS hanyalah untuk politik bukan sebenarnya untuk Islam. Sebab itu PAS mengkafirkan UMNO kerana bekerjasama dengan orang kafir tetapi kemudian PAS memeluk orang kafir. Parti Keadilan hanya untuk Anwar jadi Perdana Menteri.Jika Pakatan menjadi Kerajaan, huru-hara akan berlaku. Kemajuan negara akan terjejas dan rakyat semua kaum akan menderita” (Blog Chedet 11 Mei 2015)

Itu pendapat dan pandangan Tun Dr. Mahathir. Tetapi mungkin majority rakyat Malaysia tidak sependapat dengan Tun Mahathir. Dalam suasana sebegini tentulah ramai rakyat Malaysia yang terfikir untuk menyoal soalan yang agak serupa sepertimana yang disoal oleh Sultan Mansur Syah kepada Bendahara Seri Nara Diraja. Hanya terdapat sedikit perbezaan. Masyarakat Malaysia kini pastinya menyoal,’ kalaulah ada Anwar Ibrahim….’ ataupun kalaulah Anwar Ibrahim berada di luar…”

Aku merasakan bahawa mungkin itu merupakan satu jalan penyelesaian kepada kemelut yang ada kini. Mungkin kalangan suku-sakat UMNO begitu ‘allergic’ mendengar nama Saudara Anwar Ibrahim. Namun sekiranya kita memerlukan seorang pemimpin yang disegani ramai di dalam negara atau di luar negara maka itulah pilihan yang terbaik buat kita. Mungkin itulah yang telah ditentukan oleh Tuhan. Manusia hanya merancang dan Tuhan yang menentukan.

Mungkin juga ada yang mengatakan bahawa tidak mungkin boleh mengubah keputusan hakim yang telah menetapkan penjara lima tahun kepada beliau. Namun sekiranya diperhalusi, tentulah berbagai cara boleh dilakukan demi untuk ‘melepaskan’ Anwar demi untuk menyelamatkan bangsa dan negara tercinta ini. Peribahasa Melayu mengatakan,’ Jikalau hendak seribu daya….”e

Khamis, 12 Mac 2015

Pemimpin pembangkang kufur nikmat

"Tapi apabila banjir tiba, YAB Menteri Besar Kelantan (Datuk Ahmad Yaakob) kata, saya tidak mampu melakukan apa-apa sebab kita tidak mampu berbuat apa-apa. Apabila tidak mampu...kalau bukan kita (BN) datang membantu, rakyat Kelantan akan merana sampai hari ini," katanya.

Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin berkata, merujuk kepada isi perbahasan Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.

"Saya duduk di sini setengah jam mendengar hujah Kuala Nerus begitu naif berhubung hujahnya terhadap kerajaan BN. Seolah-olah tidak ada langsung kebaikan yang dibuat oleh kerajaan. Ini namanya kufur nikmat.

"Apabila berlaku keadaan begitu (banjir di Kelantan), kerajaan mana yang datang membantu? Sudah tentu kerajaan BN...yang dituduh tidak berbuat apa-apa, zalim (dan) merampas harta rakyat.

"Tapi apabila banjir tiba, YAB Menteri Besar Kelantan (Datuk Ahmad Yaakob) kata, saya tidak mampu melakukan apa-apa sebab kita tidak mampu berbuat apa-apa. Apabila tidak mampu...kalau bukan kita (BN) datang membantu, rakyat Kelantan akan merana sampai hari ini," katanya.

Malah beliau turut memberitahu sidang bahawa walaupun kerajaan menerima tohmahan namun, usaha membantu rakyat di negeri itu tetap diteruskan.

"Hari ini pun, walau pelbagai tohmahan, kerajaan membina rumah, Menteri Luar Bandar (Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLBW), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal) tiap-tiap minggu turun (untuk) lihat dan bantu...pun dituduh macam-macam. Ini namanya pemimpin-pemimpin tidak bersyukur," katanya.

Namun, menurut Bung, bukan semua pemimpin PR mempunyai pemikiran seperti Khairuddin.

"Bukan semua (pemimpin pembangkang) yang berhujah demikian (kritik kerajaan). Macam sahabat saya, Ustaz ini (Nasrudin Hassan Tantawi, Ahli Parlimen Temerloh) tidak begitu (ketika berhujah semalam). Tapi saya tidak tahu Kuala Nerus ini.

Tidak ada satu sen pun kebaikan kerajaan BN," katanya.

Kemudian Speaker Dewan, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menegah Bung daripada meneruskan hujah berkaitan parti.

"Kinabatangan, sampai di situ sahaja (berhujah soal parti)," katanya.
Manakala Bung menjawab, "ya Tan Sri sampai di sini sahaja. Saya teruskan dengan perkara lain."

Sebelum itu, Khairuddin berhujah sekitar setengah jam menyentuh soal pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang disifatkan tidak mengikut syarak, isu tanah di perkampungan Chubadak serta nelayan yang terancam di Terengganu.

more updates ..



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Jumaat, 6 Mac 2015

Dari selfie bilik tidur ke eksploitasi tubuh menggiurkan

Niat puteri DAP Dyana Sofya Mohd Daud untuk berderma melalui gambar selfie mungkin baik tetapi ia tidak dilihat begitu oleh musuh politiknya Puteri Umno.

Malah, ia melarat kepada debat sama ada langkah itu kurang sopan, memalukan, tidak manis untuk seorang wanita dan mengeksploitasi tubuh badan.


"Selain dia ahli politik, Dyana perlu buat pendekatan ke arah kemasyarakatan dan tidak mengeksploitasi tubuh badan.

"Selain tidak sesuai dengan agama Islam sendiri dengan aksi yang memalukan, dia juga harus berfikir cara lain yang lebih sopan," ketua penerangannya Haryaty Hamdzah (kanan) dilapor sebagai berkata kepada Astro Awani.

Bagaimanapun, bintang muda DAP itu, dalam Twitter sebentar tadi, hanya menjawab ringkas kecaman itu.

"Siku pun tidak nampak!" kata Dyana sambil mengulang semula laporan portal itu.

Facebook-nya semalam memuat naik gambarnya selepas bangun tidur dalam majalah wanita antarabangsa Marie Claire, untuk kempen hak wanita dan antikeganasan rumah tangga.

Gambar itu memaparkannya menggeliat di atas katil dengan memakai pakaian cerah dan berlengan panjang untuk kempen Wake Up To A Good Cause (Bangkit untuk Tujuan Baik) bagi membantu Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO).

Dyana ketika dihubungi Malaysiakini semalam menegaskan “tiada isu” bergambar di ruang peribadi dan meminta orang ramai menumpukan kepada objektif kempen itu.

Dyana, lahir dalam keluarga Umno dan mendapat pendidikan di Universiti Teknologi Mara (UiTM), mencetuskan kontroversi selepas menyertai DAP, parti yang sering dilabelkan "chauvanis Cina".

Beliau kemudian berkhidmat sebagai setiausaha politik pemimpin popular DAP Lim Kit Siang sebelum menjadi calon dalam pilihan raya kecil Teluk Intan, tetapi tewas tipis pada calon mapan BN Datuk Mah Siew Keong.

more updates ..



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Khamis, 26 Februari 2015

UMNO sudah memberi isyarat kepada PAS


UMNO sudah menyatakan pendirian di DUN Chempaka. Satu pendirian yang nampak ganjil tapi mempunyai banyak makna.
"Umno tidak bertanding di DUN Chempaka. Tumpu selesai bantuan banjir dan perpaduan ummah," katanya dalam mesej di Twitter. ~Ahmad Maslan

Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang dipengerusikan oleh presidennya Datuk Seri Najib Tun Razak malam tadi.

Malah alasan itu bagai suatu alasan yang berlapik. UMNO yang sudah diketahui seisi buana ini, merupakan musuh kuat PAS. Mana mungkin tetiba UMNO seperti 'bersahabat' dengan PAS dengan tidak menurunkan calonnya?

Mungkin dapat diteka isi hati UMNO apabila menunjukkan sikap 'bersahabat' dengan PAS. Walaupun ini hanya satu jebakan dan telahan, tapi telahan itu berasas dengan perkembangan terkini apa yang berlaku dalam PAS.

Aku penburukonline teringin juga melihat siapakah tokoh - tokoh besar dari PAS yang akan berhimpun Sabtu ini bersama dalam satu program perpaduan Melayu.

Jika UMNO sudah menananam budi, apakah PAS tidak sudi langsung untuk mengucapkan sekurang-kurangnya terima kasih. Mungkin lembaran baru sudah bermula. Siapa tahu betul tak ...

more updates ...

# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Isnin, 19 Januari 2015

Daim akan kecundang dalam 'perang' dengan Najib?

Sudah tidak menjadi rahsia umum kini telah berlaku pertembungan sengit para blogger yang menyokong padu Daim Zainuddin yang diketuai Kadir Jasin wartawan veteran yang juga bekas bos NSTP dengan kumpulan blogger penentangnya yang iketuai individu yang dikenali dengan nama samaran HR.

Yang menanggotai kumpulan pro Daim ini dikatakan terdiri dari otai-otai blogger UMNO yang pengaruh mereka dikalangan rakyat terutamanya kalangan ahli-ahli maupun penyokong dan pendokong UMNO/BN semakin mengucup, merudum dan hampir terhakis.

Masa kemuncak pengaruh mereka sudah menjadi sejarah silam .. penentangan mereka kepada kepimpinan Najib Razak lebih dilihat personal dengan ramai yang menyatakan bertindak sedemikian apabila diri mereka mulai dipinggirkan dari kelompok pemikir polisi maupun diajak berdiskusi.

Mereka ini lebih bersifat merajuk hati apabila sudah tidak dipeduli .. cuba bertindak balas dengan pengalaman mereka sebagai bekas wartawan dan menteri dengan harapan sejarah tersingkirnya Pak Lah dari persada kuasa berulang kembali tanpa megambil kira realiti situasi berbeza.

Perhimpunan Agung UMNO 2014 yang diharapkan sebagai perintis kearah itu akhirnya tidak menepati jangkaan dan ramalan akhir mengambil jalan dengan mengumpulkan beberapa blogger otai untuk terus menggerakkan suatu gerakan mengoncang kedudukan Najib sebagai PM dengan harapan ianya mendapat sambutan dikalangan ahli-ahli UMNO di akar umbi.

Dari sekilas pandang dan menilai kocakan diakar umbi ternyata ianya tidak mmeberi kesan dan impak langsung.

Pasukan penentang Daim dilihat lebih berkemampuan dan berpengaruh dikalangan penjenguk dan pembaca blog dan laman sosial.

Masalah besar yang dihadapi oleh para blogger pro Daim ialah bukan sahaja mereka terpaksa berdepan dengan penggiat siber pro Najib dan media arus perdana tetapi mereka terpaksa jua berdepan dengan penggiat maya yang kuat mendokong DSAI dan Pakatan Rakyat.

Para penyokong DSAI tidak akan dapat melupai peranan yang dimainkan oleh Daim pada tahun 1998 sehingga tersingkirnya DSAI dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan terpaksa dimalu dan diaibkan dengan perbicaraan usung tilam busuk Liwat I sehingga tercetusnya Reformasi '98.

Sebab itu kali ini ramai para penganalisis politik tanah air meramalkan Daim akan kecundang tumbang dalam pertembungan kali ini.

Sabtu, 10 Januari 2015

VIDEO SEKS YANG MELIBATKAN DAIM ZAINUDDIN????

Video ini dimuat naik oleh satu akaun baru youtube yang dikenali sebagai Shahid Islam pada 6 Januari 2015. Akaun ini tidak mempunyai sebarang subscriber
umum mempercayai bertujuan dan bermatlamat tidak lain tidak bukan percubaan melagakan Najib dengan Tun Daim.

Video ini hanya diketahui umum apabila didedahkan oleh orang kuat UMNO Bahagian Bandar Tun Razak Zaharin Mohd Yassin yang sejak kebelakngan ini cukup banyak
mengkritik pentadbiran Najib.


Mendapat maklum betapa dipercayai video ini dimuatnaik bagi tujuan menuduh Pejabat Perdana Menteri sebagai dalang video ini.

Secara tidak langsung akan mewujudkan perang antara kem Dr Mahathir Mohamad – Daim Zainuddin dengan pasukan Najib Tun Razak.

Nampaknya ada sekelompok warga kita yang tidak pernah belajar dari sejarah silam .. enggan menerima kenyataan ... serang pemimpin dengan gaya dedah video
seks tidak akan merobohkan pengaruh dan sokongan rakyat terhadap tubuh badan pemimpin berkenaan sebaliknya yang menjadi tukang dedah pula akan menguncup
sokongan dan dipandang sebagai desperado.

Rakyat yang berfikiran waras mampu berfikir dan menilai tentang ada percubaan untuk ambil kesempatan atas kritikan Tun Daim yang bergabung dengan Tun Mahathir
serta para blogger otai terhadap pentadbiran Najib Razak.

Sepertimana pernah Omak Kau nyatakan sebelum ini .. seranglah sekuat mana pun Najib Razak, namun kedudukkannya sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan
Nasional tidak sedikit pun goyah kerana para penyokong UMNO/BN kena akui bahawa tiada siapa pun dalam UMNO/BN kini yang memiliki kepimpinan yang mampu
membawa UMNO/BN untuk mempertahankan Putrajaya dari rempuhan dan serangan Pakatan Rakyat.

Perhimpunan Agung UMNO 2014 yang lalu adalah bukti jelas dan kukuh betapa tiadanya pemimpin dalam UMNO selain Najib Razak buat masa kini yang dilihat dapat
mengemudi UMNO untuk mengharungi suatu pertempuran yang cukup dahsyat pada PRU 14 akan datang.

Hentikan kerja-kerja karut marut ini. OMAKKAU.BLOGSPOT.COM

Sabtu, 13 Disember 2014

Berapa kerat pemimpin UMNO seberani dia ni?

'Kalau ia akhirnya akan mengorbankan saya dalam politik, tak apalah.

"Berapa ramai yang sanggup mengambil risiko tinggi? Saya sanggup jadi saya buat," katanya.


KUALA LUMPUR – “Saya sudah tidak kisah soal kedudukan politik saya lagi,” demikian reaksi Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed ketika diminta mengulas soal kehadirannya ke forum 'Freedom of Expression Under Threat?', di sini, semalam.

Menurutnya, beliau mahu menggunakan peluang yang dimilikinya selagi ada untuk menyuarakan pandangannya.

"Soal karier politik saya dah tak fikir dah. Saya tak kisah tentang kedudukan saya dalam parti. Sebab saya dah sampai peringkat umur yang sudah terlalu tua untuk bercita-cita nak pegang apa-apa jawatan.

"Tapi saya nak gunakan peluang dan platform yang saya ada ini untuk menyuarakan ini...hentikan politik secara berlawan dan ambil pendekatan politik yang lebih konsensus," katanya kepada Sinar Online.

Turut hadir pada forum tersebut ialah aktivis pelajar, Adam Adli; Pengerusi Hak Asasi Manusia (Hakam), Datuk S Ambiga; Pengasas Pusaka, Eddin Khoo dan Pengarah Artistik The Instant Cafe Theater Company, Jo Kukathas.

Mengulas lanjut, Nur Jazlan memberitahu, tindakannya yang sering tampil berdepan dengan pihak lawan atau pihak yang tidak bersetuju dengan dasar kerajaan hanyalah satu usaha perubahan yang cuba dibuat untuk partinya.

"Saya pun tak akan masuk parti pembangkang kerana saya tak percaya dengan apa yang mereka buat tapi saya nak cuba buat perubahan dalam parti saya sendiri.

"Kalau ada orang yang berani dalam parti sendiri yang cuba nak mengubah cara parti atau kerajaan menjalankan tanggungjawab itu, saya nak jadi peloporlah," katanya.


Namun, beliau berkata, jika tindakan itu bakal menjadi penamat kepada perjalanan politiknya, beliau menerima perkara tersebut.

'Kalau ia akhirnya akan mengorbankan saya dalam politik, tak apalah.

"Berapa ramai yang sanggup mengambil risiko tinggi? Saya sanggup jadi saya buat," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, corak berpolitik di negara ini perlu berubah ekoran pemikiran rakyat yang semakin matang.

"Politik 'bertentangan' sudah tidak boleh digunakan lagi pada masa hadapan sebab rakyat makin lama makin matang dan mereka nak lihat satu kerajaan yang boleh mendengar semua pihak.

"Tapi kalau kita hanya bersifat melawan, maknanya hanya (mendengar) kehendak sebahagian orang yang menyokong parti, itu sudah tentu merugikan negara. Sepatutnya ada lebih konsensus...perbincangan untuk rakyat," katanya.

Khamis, 27 November 2014

Kau ludah muka sendiri ke wahai ADUN BN Selangor?

Hahahha ... ketika ADUN-ADUN BN menolak pemberian peruntukkan untuk setiap kawasan DUN yang dimenangi BN, rakyat sudah melihat.

Lihat sahaja bagaimana Kelantan dijadikan anak tiri. Tengok sahaja bagaimana kawasan DUN yang dimenangi PR di seluruh Malaysia berbanding DUN yang dimenangi BN. Lihat sahaja bagaimana pejuang melayu UMNO melayan melayu PR. hahhahaha

Kini Noh Omar kata pemberian satu penghinaan. Rasa sakit dalam hati. Hakikatnya memberi kepada ADUN BN dari pakatan rakyat lebih baik dari apa yang dilakukan oleh BN terhadap pakatan.

Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, jumlah yang ditawarkan menerusi Program Mesra Rakyat itu lebih kecil daripada yang diterima Adun
PR dan Penyelaras DUN.

"Kerajaan negeri lantik penyelaras DUN malah diberi peruntukan RM400,000 manakalan Adun PR dapat RM700,000. Ini bermakna tindakan menawarkan peruntukan
RM200,000 kepada Adun BN dilihat sebagai penghinaan," katanya di sini hari ini.

"Sebagai pengerusi BN Selangor, saya menyokong penuh tindakan 12 Adun BN menolak peruntukan yang ditawarkan itu kerana ia dilihat memandang rendah kepada
mereka," katanya.

Noh berkata dalam hal itu, kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar Mohamed Azmin Ali dilihat 'berat-sebelah' kerana hanya menawarkan peruntukan dalam jumlah
kecil sedangkan wakil rakyat BN turut sama bekerja keras menjaga kesejahteraan masyarakat di Selangor.

Isnin lepas, Azmin ketika membentangkan peruntukan Bajet Negeri 2015, mengumumkan pemberian RM200,000 itu adalah pertama dalam sejarah kerajaan negeri
pemimpin PR sejak mentadbir kerajaan negeri pada 2008. - Bernama

Hmm .. ini kes iri hati ke apa ke?


update more ..


# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Selasa, 25 November 2014

Najib bagi 'istana' kepada Anwar sebagai penghargaan menjadi ketua pembangkang

Beliau turut mendapat RM1,367 untuk bayaran gaji pemandu, RM2,001 kepada bayaran gaji setiausaha kerja dan pembiayaan bahan api dan tol.

Ketua Pembangkang DUN Selangor Datuk Shamsudin Lias hari ini menerima sebuah kereta rasmi daripada kerajaan negeri sebagai insentif menjalankan tugas sebagai ketua pembangkang.

Pemberian kereta jenis Toyota Camry itu disampaikan oleh Menteri Besar Mohamed Azmin Ali di depan bangunan DUN.

Turut serta pada majlis penyampaian tersebut ialah Speaker Dewan Hannah Yeoh.

Selain itu, Shamsuddin yang juga ADUN Sungai Burong turut mendapat wang elaun sebanyak RM3,000 sebulan.

Beliau turut mendapat RM1,367 untuk bayaran gaji pemandu, RM2,001 kepada bayaran gaji setiausaha kerja dan pembiayaan bahan api dan tol.

Dalam sidang media kemudiannya, Shamsudin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri dan menghargai pengiktirafan yang diberikan.

Di samping itu, beliau juga akan memberi kerjasama dan menegur kerajaan negeri untuk memberi kesimbangan kepada pemerintahan negeri.

“Saya sebagai ketua pembangkang di Selangor amat menghargai di atas pengiktirafan kerajaan Selangor terhadap peranan pembangkang, dan ini diterjemahkan melalui kemudahan-kemudahan dan sokongan serta kenderaan.

“Saya berjanji akan memainkan peranan sebagai pemantau. Insya-Allah kita akan berikan kerjasama dengan baik. Kalau ada teguran, kita akan berikan teguran secara konstruktif,” katanya.

Sementara itu, Hannah Yeoh berkata Jawatankuasa Pilihan Khas Pengurusan Dewan bersetuju supaya memberikan keistimewaan dan kemudahan kepada Shamsudin.

Katanya, keistimewaan itu adalah sebahagian Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri Saraan 1980 dibentangkan dan diluluskan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor ke-13.

“Ketua Pembangkang dalam Dewan Negeri Selangor merupakan komponen kerajaan yang memainkan peranan sebagai ‘check and balance’ kepada kerajaan sedia ada walaupun tidak dinyatakan secara jelas di dalam Perlembagaan Persekutuan mahupun Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor.

“Keistimewaan dan kemudahan ini diberikan supaya beliau boleh menjalankan tugas-tugas beliau dengan lebih efektif,” katanya.

* Kalau UMNO pasti akan sumbat pembangkang dalam penjara. Itu penghargaan kepada pembangkang. Istana penjara. hahahahaha

Isnin, 24 November 2014

Kah3 Mustapa Mohamed ni meroyan rupanya

Kegagalan kerajaan Kelantan untuk menguruskan kewangan bukan sesuatu yang baharu tetapi ia berlaku sejak sekian lama.

Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kelemahan dalam urus tadbir dan pengurusan kewangan selain kekurangan sumber kewangan merupakan masalah yang dihadapi oleh kerajaan Kelantan sehingga menyebabkan berlaku defisit hampir setiap tahun.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai Laporan Audit Negara baru-baru ini berkaitan kedudukan dan prestasi kewangan kerajaan negeri Kelantan pada akhir tahun lepas yang secara keseluruhannya kurang memuaskan berbanding tahun 2012.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerah sumbangan sebanyak RM1.2 juta kepada masyarakat Siam di Wat Prachumthat Canaran, di sini, hari ini.

Sumbangan itu adalah antara janji BN pada PRK Dun Pengkalan Kubor pada 25 September lepas.

* janji tu datang dari duit poket rakyat keseluruhan, bukan duit poket UMNO. baghal nak mampus.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 3, prestasi kewangan kerajaan negeri bagi 2013 mencatat defisit RM77.78 juta berbanding defisit RM69.69 juta pada tahun sebelumnya.

Menyentuh mengenai janji-janji kerajaan BN pada PRK Pengkalan Kubor, Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, kerajaan pusat telah membelanjakan kira-kira RM2 juta untuk membaik pulih surau dan masjid.

Selain itu, beberapa permohonan tambahan umpamanya industri kecil dan sederhana, pembaikan jalan raya, dan masalah banjir yang berlaku dua kali setahun di kawasan itu, masih dalam proses untuk dilunaskan selewatnya pertengahan tahun depan, katanya. - Bernama

more updates ..



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Ahad, 23 November 2014

Orang melayu bakal jadi 'red indian'

Orang Melayu berisiko menjadi "Red Indian" di tanah air mereka sendiri jika PAS dan Umno tidak bekerjasama mempertahankan kerajaan daripada DAP dan PKR, bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad memberi amaran hari ini.

Beliau berkata, jika Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih Putrajaya, PKR dan PAS tidak akan dapat "mengawal" DAP seperti cara Umno "mengawal cita-cita MCA dan Gerakan". "Orang Melayu akan menjadi Red Indian di tanah mereka sendiri. Percayalah, ancaman terhadap orang Melayu tidak pernah seserius ini sepanjang sejarah kaum ini.

"Sekarang kita berpecah dan digunakan. PAS dan Umno mesti berfikir untuk berkolaborasi, bersatu atau bekerjasama sekurang-kurangnya di peringkat persekutuan demi mempertahankan kerajaan daripada jatuh kepada DAP dan PKR," kata Hamid dalam ucapannya pada Konvensyen Perpaduan Negara di Pusat Islam, Kuala Lumpur hari ini .

Konvensyen itu dianjurkan gabungan 58 badan bukan kerajaan (NGO) Melayu yang bersedia membahaskan satu draf Memorandum Perpaduan Negara.

Hamid berkata, PAS perlu kenang semula perjuangan asalnya, iaitu bagi melindungi orang Melayu dan Islam, sambil berkata, bekerjasama dengan DAP dan PKR hanya menafikan tujuan asal penubuhannya.

"DAP tak boleh diharap... mereka lebih chauvinistik daripada MCA dan Gerakan. PAS dan PKR tak boleh kawal cita-cita DAP seperti mana Umno mengawal cita-cita MCA dan Gerakan. Jadi, PAS mesti bekerja dengan Umno,” katanya. Katanya, PKR juga tidak boleh diharap memperjuangkan kepentingan orang Melayu, kerana ia memperjuangkan nasib "hanya seorang Melayu," jelas merujuk kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hamid berkata sekiranya PAS dan Bumiputera Sabah dan Sarawak menyertai Barisan Nasional (BN), kerajaan pusat boleh diselamatkan walaupun terdapat sokongan kuat komuniti Cina terhadap DAP. Bagaimanapun, katanya, penyokong DAP daripada kalangan kaum Cina mungkin juga menukar fikiran mereka setelah mengambil kira untung ruginya sekiranya mereka terlibat dengan BN.

"Orang Cina beroperasi berdasarkan untung rugi. Itu saja yang mereka fikirkan. Bagi mereka, 'maaruf' (kebaikan) itu untung, 'mungkar' (kejahatan) itu rugi. Dan kita tidak mahu menyingkirkan orang Cina," kata Hamid.

Beliau juga menggesa kaum India di Malaysia bertanya diri mereka sendiri sama ada mereka percaya PR boleh berkhidmat lebih baik untuk mereka dibandingkan dengan BN.

"Umno berada di landasan yang betul. Umno patut terus menjadi parti dominan orang Melayu dan Islam.

"Tetapi, masalahnya terletak pada pemimpinnya. Faktor nombor satu membuatkan orang benci Umno ialah persepsi yang mereka korup,” katanya.

Beliau berkata, Umno mesti memperbetulkan persepsi ini dan menyediakan peluang bagi lebih ramai golongan profesional memegang jawatan parti, sambil membangkitkan kemungkinan ramai yang menyokong PAS kerana sebab ini.

"Kalau ini berterusan, Umno akan kehabisan pemimpin," katanya memberi amaran.

Khamis, 20 November 2014

Panas! Kelemahan PAS urus tadbir negeri Kedah terburai?

ALOR SETAR: Kerajaan negeri Kedah menyifatkan pembinaan kampus tetap Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di Kuala Ketil adalah kesilapan pelaburan yang dibuat oleh kerajaan Pakatan Rakyat sebelum ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya Negeri, Datuk Tajul Urus Mat Zain, berkata rancangan membina kampus yang terlalu besar di Kuala Ketil meninggalkan kesan kewangan yang serius kepada kerajaan negeri.

Katanya, kerajaan negeri terpaksa membayar pinjaman bank sebanyak RM44,508,000 setahun selama 15 tahun sehingga 2024 bagi menjelaskan kos pembinaan kampus Kuala Ketil yang bernilai RM327,665,000 dan faedah pinjaman sebanyak RM206,428,950, menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak RM534,093,950.

"Walaupun kampus Kuala Ketil siap dibina dengan kos RM327,665,000 tetapi ia tidak termasuk kemudahan asrama. Kerajaan negeri terpaksa menyempurnakan pembinaan asrama dalam kampus yang dimulakan oleh kerajaan Pakatan Rakyat tanpa mengikut prosedur dengan kos sebanyak RM12,876,072. Kos ini hanyalah untuk pembinaan lapan blok asrama sahaja tanpa kemudahan surau, kafeteria dan pejabat pentadbiran asrama.

"Kerajaan negeri juga terpaksa menanggung kos emolumen yang tinggi iaitu 85 peratus daripada jumlah pendapatan KUIN kerana pengambilan staf yang tidak terkawal dan tidak mengikut kemampuan kewangan. Sehingga kini, jumlah staf KUIN adalah 539 orang," jelasnya semasa menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Peruntukan Tahun 2015 dan Ucapan Bajet Negeri Kedah 2015 pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.

Tajul Urus berkata, kerajaan negeri juga terpaksa menangani beberapa isu berkaitan kewangan setelah mengambil alih KUIN pada 2013 iaitu kedudukan kewangan KUIN yang tidak stabil dan mengalami kerugian RM3,589,681 pada 2013, hutang kepada pembekal, tunggakan bil utiliti dan sewa asrama sebanyak RM3,847,514, hutang Insaniah Holdings dan anak-anak syarikat RM10,661,225.43 selain saman yang perlu dibayar sebanyak RM1,561,571.

"Jumlah keseluruhan hutang yang perlu diselesaikan adalah sebanyak RM16,070,310. Bagi mengurangkan kemelut dan beban kewangan KUIN, kerajaan negeri Kedah pimpinan Barisan Nasional (BN) telah melaksanakan tindakan-tindakan perlu dan berjaya menghasilkan penjimatan sebanyak RM5,050,947 daripada bayaran gaji staf bagi 2013 berbanding 2012," katanya.

Menurutnya, kerajaan negeri tidak menafikan perbelanjaan untuk pendidikan adalah pelaburan bagi membangunkan generasi pada masa hadapan.

"Kerajaan BN sangat mengambil berat soal pendidikan. Ini terbukti kerana kitalah yang menubuhkan KUIN sejak 1995 daripada sebuah institut/kolej dan seterusnya dinaikkan kepada kolej universiti pada 2006," katanya. ~BH online

Isnin, 27 Oktober 2014

Azmin Ali sedang berusaha jatuhkan Anwar?

Azmin berkata sedemikian mengulas beberapa kain rentang bertulis "Kami Mahu Azmin Ganti Presiden" dengan gambar Azmin bersongkok dikesan diletakkan di beberapa kawasan sekitar Selangor.

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali menafikan dakwaan wujudnya gerakan dalaman parti itu untuk menjatuhkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sekaligus menggantikannya sebagai Presiden sekiranya Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan.

Azmin menegaskan, perancangan itu sama sekali tidak wujud dan ironinya beliau kini lebih berminat menguruskan isu pentadbiran negeri berbanding hal dalaman parti.

"Tidak ada. Sekarang waktu kita bekerja. Jangan berpolitik. Masa berpolitik sudah selesai. Sekarang masa untuk bekerja," katanya kepada media.

Azmin yang juga Menteri Besar (MB) Selangor itu berkata, beliau mahu fokus terhadap tugasnya sebagai MB sekaligus bagu memenuhi tanggungjawab yang diberikan rakyat membangunkan negeri.

"Saya bersyukur kerana pasukan baru ini mendapat sokongan PAS, DAP dan PKR,

"Tanggungjawab saya ialah mendapatkan aspirasi rakyat kerana mereka mahu pembangunan di Selangor ini diteruskan dengan baik dan amanah. Ini satu tanggungjawab yang saya harus pikul. Fokus kerja," katanya lagi.

Azmin berkata sedemikian mengulas beberapa kain rentang bertulis "Kami Mahu Azmin Ganti Presiden" dengan gambar Azmin bersongkok dikesan diletakkan di beberapa kawasan sekitar Selangor.

Sebelum ini, Penganalisis Politik Wan Saiful Wan Jan pada 20 Oktober lalu berkata, masa depan PKR bergantung di tangan Azmin dan beliau perlu diberi kepercayaan untuk memimpin memimpin parti itu dan Pakatan Rakyat (PR) sekiranya Anwar ditakdirkan kembali meringkuk ke dalam penjara.

“Masa depan PKR tanpa Anwar sebenarnya bergantung pada Azmin, beliau perlu jadi pemimpin bukan sekadar untuk PKR, tetapi juga semua dalam PR,” kata Wan Saiful. – Muhamad Hafizzudin Mohd Daud/Utaranews.com


PBO: Ini mesti kerja jahat pembangkang di Selangor.

Rabu, 22 Oktober 2014

Perbandingan Indonesia - Malaysia yang mengaibkan Malaysia

Ketika Indonesia mengalu-alukan presiden ketujuhnya, sebuah akhbar Australia hari ini mengetengahkan perbezaan di antara Presiden Joko Widodo (Jokowi) dan Malaysia di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Razak.

Memuji pelantikan Jokowi sebagai satu langkah ke hadapan bagi demokrasi, menurut The Sydney Morning Herald, Malaysia sebaliknya melangkah ke belakang dengan mengambil pendirian autoritarian.



Pengarang politik dan antarabangsa akhbar harian Australia itu, Peter Hatcher berkata, Malaysia berusaha gigih "memusnahkan seorang lelaki yang dipilih kebanyakan rakyat Malaysia sebagai ketua mereka," merujuk kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hatcher mendakwa demokrasi regresif Malaysia dapat digambarkan melalui 'perbicaraan palsu' Anwar pada minggu depan.

"Indonesia melantik tokoh yang dipilih kebanyakan pengundi sebagai pemimpin, sementara Malaysia memutuskan satu perbicaraan palsu untuk menghancurkan tokoh yang dipilih kebanyakan pengundi sebagai pemimpin," kata Hatcher.

"Indonesia melaksanakan pemindahan kuasa pertamanya daripada seorang presiden yang dilantik ke seorang presiden yang lain. Dan Malaysia? Ia kekal di bawah kuasa satu parti sama yang sudah memerintah sejak dari kemerdekaan pada 1957." – 21 Oktober, 2014.

Isnin, 13 Oktober 2014

Tampal dulu seluar dalam kamu yang koyak!!!


oleh: pen buruk online ™

Pilihanraya Umum ke 14 (PRU 14) tidaklah berapa jauh sangat dari sekarang. Tinggal beberapa tahun sahaja lagi. Namun PKR, DAP dan PAS tidak boleh sama sekali mendabik dada sudah kuat melalui pakatan rakyat yang semakin rapuh.

Tambahan pula UMNO sedaya upaya untuk menghancurkan pakatan rakyat dan juga sedaya upaya untuk melumpuhkan Anwar Ibrahim melalui kes liwatnya. Kini Anwar Ibrahim dan seluruh penyokong pakatan rakyat menghitung detik kes rayuan Anwar Ibrahim. Bagi saf kempimpinan PAS tidak pula kita ketahui mereka menghitung keresahan penyokong pakatan itu atau sebaliknya.

Keruhnya hubungan PAS dalam pakatan rakyat dapat kita lihat dalam isu Menteri Besar Selangor. Sebelum itu memang ada sudah bibit-bibit 'goyang' apabila PAS dan PKR bercakaran dalam menentukan kerusi semasa PRU 13 yang lalu.

Keruhnya hubungan tersebut semakin bertambah apabila ada dua ADUN PAS yang mendahului saf kepimpinan PAS yang 'lembap' dalam membantu PKR. Sehinggakan dua 'barua' dan pengkhianat itu akhirnya dihukum gantung keahlian selama setahun.

Ekoran itu pemuda PKR membuat kenyataan bodoh dalam media seperti berikut;

Pemuda PKR menyatakan kekesalan mereka terhadap tindakan PAS menggantung keahlian dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) selama setahun.

Naib Ketua Pemudanya Fahmi Fadzil berkata, walaupun PAS berhak melakukan demikian mengikut perlembagaan parti, beliau mempertahankan tindakan Saari dan Hasnul yang menyokong Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Katanya, tindakan itu adalah satu langkah demokratik dalam usaha merungkaikan masalah krisis menteri besar Selangor.

"Ia juga satu langkah berani yang mengukuhkan ukhuwah di kalangan parti komponen Pakatan Rakyat (PR) serta mengangkat semangat tahaluf siyasi dalam kerangka kerjasama PR," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Saari dan Hasnul pada 15 Ogos lalu menyertai 28 Adun PKR dan DAP Selangor menyatakan sokongan mereka terhadap Adun Kajang Dr Wan Azizah sebagai calon menteri besar Selangor dan menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Saari dan Hasnul sepanjang tempoh penggantungan itu dilarang terlibat dalam sebarang aktiviti parti, seperti yang diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat di ibu pejabat parti di Kuala Lumpur.

"Pemuda PKR berharap kedua-dua Adun tersebut akan terus istiqamah dalam usaha tajdid dan islah demi politik Malaysia yang lebih baik," kata Fahmi.

Langkah mempertikaikan parti lain amatlah kita kesali. Dengan tindakan itu menambah lagi keruh antara PAS - PKR. Sebaiknya tutup mulut dan perbaiki seluar dalam parti sendiri dulu. Mantapkan seluruh kekuatan untuk mematikan UMNO pada PRU 14. Bukan mencipta lebih banyak kontroversi.


Aku amat setuju dengan Rafizi Ramli seperti berikut;

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berkata PAS patut diberi ruang dan hak untuk menguruskan hal dalaman mereka berkaitan hukuman terhadap dua ADUN Selangor mereka.

Beliau yang enggan memberi komen perkara tersebut menegaskan walaupun mempunyai hubungan rapat dengan dua ADUN tersebut, beliau menganggap hal itu merupakan hal peribadi dan bukan hal parti.

"Jika hal ini berlaku kepada PKR, saya fikir rakan Pakatan patut gunakan hak untuk tidak masuk campur.

"Saya fikir kita harus menetapkan sempadan antara perkara peribadi dan perkara parti dan dalam hal ini, ia menjadi hak mereka (PAS) untuk membuat keputusan," kata beliau ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Sekarang bukan masa lagi untuk mempertikaikan perkara yang lepas-lepas. Semua kompenen dalam pakatan rakyat harus belajar dari kesilapan masing-masing. Bukan terus menerus bercakaran sehinggakan harapan rakyat terbanyak pada pakatan rakyat hancurberkecai. Perbaiki dulu seluar dalam kamu yang koyak!!

Khamis, 2 Oktober 2014

20 sen tiada makna bagi pemimpin pakatan

Sekarang aku nak Tanya.

Kenaikan 20 sen seliter ada kesan tak pada Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Abdul Hadi Awang. Tak lupa juga kita Tanya pada Najib, Muhyiddin dan beberapa lagi pemimpin politik.

Akibat kenaikan 20 sen, pemimpin di atas yang aku sebut kelaparan ke?

Tak boleh bayar bil elektrik?

Lambat bayar sewa rumah atau kereta?

Beli barang kena catu?

Berapa elaun pemimpin pakatan rakyat? Elaun bekas Menteri Besar Terengganu. Elaun bekas Timbalan Perdana Menteri. Tak termasuk elaun ADUN dan parlimen sekarang.

Jadi puak-puak ni terasa ke kenaikan harga petrol tu?

Kalau tak rasa teruskan berpolitik. Main politik banyak-banyak. Buat langkah Kajang lagi. buat wayang lagi.

Rakyat lantak pi kat depa. hangpa main politik untuk perut hangpa.

Khamis, 25 September 2014

Edisi pening : Saari Sungib bukan dibeli dengan duit tapi ...

“Beli bukan mesti duit tetapi maruah. Kadang-kadang orang tidak faham bahasa orang Terengganu ini,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

KUALA TERENGGANU – Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat menyelar sikap Adun Hulu Klang, Saari Sungib dengan menyifatkan Adun Pas itu tidak perlu menegakkan benang yang basah berhubung isu menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.

Beliau menjelaskan, perkara itu bukan rahsia dalam Pas sambil mempertahankan kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang seolah-olah dua Adun Selangor termasuk Adun Morib, Hasnul Baharuddin dibeli rakan parti.

“Beli bukan mesti duit tetapi maruah. Kadang-kadang orang tidak faham bahasa orang Terengganu ini,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Satiful Bahri yang juga Adun Paka berkata, Saari turut menunjukkan akhlak di luar berjemaah apabila bertindak sedemikian.

Jelasnya, ketika Abdul Hadi mengadakan perjumpaan dengan Adun Pas di Selangor bagi membincangkan isu menteri besar negeri itu, Saari juga tidak hadir, malah tidak dapat dikesan dan dihubungi di mana dia berada ketika itu.

“Bagi Pas Terengganu, pendirian kita konsisten daripada awal mengenai kedua-dua Adun itu supaya dipecat dan kita sudah hantar laporan kepada Jawatankuasa Disiplin parti serta memaklumkan kepada Majlis Syura Ulama,” katanya.

Sinar Harian pada 22 September lalu melaporkan, Saari mencabar Abdul Hadi mengemukakan bukti beliau dibeli oleh PKR untuk menandatangani SD menyokong Dr Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu.

Malah beliau turut mengulangi pendirian sedia dipecat daripada parti sekiranya Abdul Hadi mempunyai bukti beliau berbuat demikian dan bersedia dibawa ke muka pengadilan sekiranya terlibat dalam politik wang.

Terdahulu, dalam ucapan penggulungan muktamar Pas sebelum ini, Abdul Hadi dilaporkan tidak senang dengan layanan PKR kerana mencuri dua wakil rakyatnya untuk menyokong Dr Wan Azizah.

Kata Abdul Hadi, beliau tidak memandang ringan perkara itu dan mendakwa Saari dan Hasnul sanggup menjadi ‘broker’ dan ‘barua’.

more updates ...

# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Zuraida Kamarudin buat hal lagi

Zuraida Kamarudin, Ahli Parlimen PKR Ampang, memberikan pandangan kepada Azmin Ali agar PAS hanya diberikan ‘consolation seats’ dalam barisan Exco Selangor. Sebabnya mudah kerana PAS tidak memberikan sokongan kepada calon Menteri Besar dari PKR, Wan Azizah Ismail.




Pandangan Zuraida ini tidak mengejutkan dan beliau sedang menunjukan sikap mahu bermusuh berpanjangan kerana tidak sependapat di antara PKR dan PAS. Kita sebagai pemerhati, hanyalah membuat persepsi yang sikap dendam-mendendam yang ada di dalam dirinya itu tidak dapat disorokkan dan inilah contoh seorang pemimpin dari PKR yang selama ini disokong oleh ramai pengundi semasa pilihanraya yang lalu.




Inilah yang menyebabkan rakyat sudah mengetahui sikap sebenar pemimpin PKR apabila berhadapan dengan perbezaan pendapat seperti yang berlaku dalam isu pengganti Khalid Ibrahim dahulu.




Zuraida sepatutnya berfikir sebelum bercakap kerana kata-kata seorang pemimpin itu sentiasa dalam pemerhatian dan fokus rakyat yang ramai. Zuraida tidak begitu mahir untuk memberikan pemikiran yang meyakinkan sebagai seorang pemimpin. Kerjasama PAS bukannya dengan Wan Azizah, tetapi dengan PKR. PAS dari awal mahukan PKR jadi Menteri Besar dan Azmin merupakan calon yang dicadangkan oleh PAS. Azmin itu dari parti mana, Zuraida?




Malahan Azmin, Timbalan Presiden PKR itu tidak dicalonkan pun oleh PKR tetapi yang mencalonkan beliau ialah PAS. Bagaimana Zuraida tidak sampai pemikirannya sampai ke sini. PKR tetap dengan pencalonan tunggal, iaitu Wan Azizah dan sentiasa menafikan yang Azmin itu telah dicalonkan oleh PKR. PAS bukannya menolak PKR dari memegang jawatan Menteri Besar itu.

PAS hanya tidak menyokong Wan Azizah.Jika Azmin bersikap seperti Zuraida ini, beliau tidak perlu melantik sesiapa dari PKR untuk menjadi Exco kerana PKR tidak pernah mencalonkan beliau sebagai Menteri Besar. Azmin juga tidak perlu melantik exco dari DAP kerana DAP mahukan Wan Azizah sebagai Menteri Besar. Kita berharap Azmin tidak melayan pandangan politik kuning seperti yang ditunjukkan oleh Zuraida ini.




Tetapi akhirnya pencalonan PAS itulah yang diterima oleh Istana, dan calon itu adalah dari PKR. Namanya Azmin Ali. Jika inilah sikap dan caranya pemimpin seperti Zuraida ini memimpin, maka rakyat terpaksa berfikir kembali dalam pilihanraya yang akan datang samada untuk menyokong beliau atau pun sebaliknya kerana beliau telah menunjukan kesuntukan pemikiran sebagai seorang pemimpin.




Saya berharap media telah salah memetik kata-katanya itu. Jika kata-kata nya itu adalah benar dan tidak disalah petik, maka Zuraida boleh dianggap sebagai pemimpin PKR yang memberikan nasihat yang tidak sihat terhadap partinya, khususnya kepada Azmin Ali. Kita berharap Azmin tidak akan se naif Zuraida itu.




Inilah contoh pemimpin parti yang mengaku sebagai ‘alternative’ kepada UMNO yang kian uzur itu. Sekarang bukan UMNO sahaja yang uzur, PKR nampaknya lebih uzur lagi. Berapa ramai kah pemimpin dalam PKR yang mempunyai tahap pemikiran seperti Zuraida ini?



Jika ramai yang seperti Zuraida ini, bagaimana kah rakyat hendak yakin dengan parti yang beliau anggotai itu? Tak sedar dek untung!

Aspan Alias