Isnin, 26 Oktober 2015

Azmin Ali bakal berdepan undi tidak percaya bulan depan?

AZMIN ALI BAKAL BERDEPAN DENGAN UNDI TIDAK PERCAYA NOVEMBER INI???????

azmin%2Bpkr
Serangan terhadap Mohamed Azmin Ali berterusan apabila timbul desas-desus terbaharu yang mendakwa wujud gerakan untuk mengadakan undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Selangor itu.

Ia dikatakan bakal diadakan dalam sidang Dewan Undangan Negeri Selangor (DUNS) pada November ini.

Gerakan menjatuhkan Azmin itu didakwa dirancang oleh beberapa pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP yang tidak puas hati dan berang kerana Azmin tidak memecat Exco dari PAS.

Beberapa ahli akar umbi PKR mengesahkan ada mendengar desas-desus itu tetapi tidak diketahui akan kebenarannya.

Dakwaan itu mula tersebar di media sosial dan hangat diperkatakan ketika ini.

Azmin yang baharu setahun menjadi Menteri Besar baru-baru ini mengumumkan bahawa Selangor tidak ada kaitan dengan Pakatan Harapan. Kenyataan ini mengundang kemarahan para ADUN DUNS terutamanya dari kelompok DAP dan PAN.

Ahli Parlimen Gombak dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa itu diketahui umum mempunyai hubungan lebih rapat dengan kepimpinan PAS.

Beliau bertegas mahukan PAS kekal dalam pentadbiran negeri walaupun didesak oleh pemimpin PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) supaya menyingkirkan PAS selepas terkuburnya Pakatan Rakyat.

Baru-baru ini, tersebar gerakan dikenali Langkah Rawang untuk menyingkirkan Azmin dan digantikan dengan Dato' Saifuddin Abdullah.

Bagaimanapun, dakwaan itu dinafikan sekeras-kerasnya oleh Azmin dan pemimpin PKR manakala PAS pula menganggap ia untuk menghancurkan hubungan PAS-PKR.

PKR diketahui berpecah kepada dua kumpulan iaitu yang mahu Pakatan Rakyat terus kekal diketuai Azmin Ali sendiri dan kumpulan menyokong Pakatan Harapan yang dikepalai oleh Rafizi dan Saifuddin Nasution.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: