Isnin, 13 Oktober 2014

Tampal dulu seluar dalam kamu yang koyak!!!


oleh: pen buruk online ™

Pilihanraya Umum ke 14 (PRU 14) tidaklah berapa jauh sangat dari sekarang. Tinggal beberapa tahun sahaja lagi. Namun PKR, DAP dan PAS tidak boleh sama sekali mendabik dada sudah kuat melalui pakatan rakyat yang semakin rapuh.

Tambahan pula UMNO sedaya upaya untuk menghancurkan pakatan rakyat dan juga sedaya upaya untuk melumpuhkan Anwar Ibrahim melalui kes liwatnya. Kini Anwar Ibrahim dan seluruh penyokong pakatan rakyat menghitung detik kes rayuan Anwar Ibrahim. Bagi saf kempimpinan PAS tidak pula kita ketahui mereka menghitung keresahan penyokong pakatan itu atau sebaliknya.

Keruhnya hubungan PAS dalam pakatan rakyat dapat kita lihat dalam isu Menteri Besar Selangor. Sebelum itu memang ada sudah bibit-bibit 'goyang' apabila PAS dan PKR bercakaran dalam menentukan kerusi semasa PRU 13 yang lalu.

Keruhnya hubungan tersebut semakin bertambah apabila ada dua ADUN PAS yang mendahului saf kepimpinan PAS yang 'lembap' dalam membantu PKR. Sehinggakan dua 'barua' dan pengkhianat itu akhirnya dihukum gantung keahlian selama setahun.

Ekoran itu pemuda PKR membuat kenyataan bodoh dalam media seperti berikut;

Pemuda PKR menyatakan kekesalan mereka terhadap tindakan PAS menggantung keahlian dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) selama setahun.

Naib Ketua Pemudanya Fahmi Fadzil berkata, walaupun PAS berhak melakukan demikian mengikut perlembagaan parti, beliau mempertahankan tindakan Saari dan Hasnul yang menyokong Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Katanya, tindakan itu adalah satu langkah demokratik dalam usaha merungkaikan masalah krisis menteri besar Selangor.

"Ia juga satu langkah berani yang mengukuhkan ukhuwah di kalangan parti komponen Pakatan Rakyat (PR) serta mengangkat semangat tahaluf siyasi dalam kerangka kerjasama PR," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Saari dan Hasnul pada 15 Ogos lalu menyertai 28 Adun PKR dan DAP Selangor menyatakan sokongan mereka terhadap Adun Kajang Dr Wan Azizah sebagai calon menteri besar Selangor dan menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Saari dan Hasnul sepanjang tempoh penggantungan itu dilarang terlibat dalam sebarang aktiviti parti, seperti yang diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat di ibu pejabat parti di Kuala Lumpur.

"Pemuda PKR berharap kedua-dua Adun tersebut akan terus istiqamah dalam usaha tajdid dan islah demi politik Malaysia yang lebih baik," kata Fahmi.

Langkah mempertikaikan parti lain amatlah kita kesali. Dengan tindakan itu menambah lagi keruh antara PAS - PKR. Sebaiknya tutup mulut dan perbaiki seluar dalam parti sendiri dulu. Mantapkan seluruh kekuatan untuk mematikan UMNO pada PRU 14. Bukan mencipta lebih banyak kontroversi.


Aku amat setuju dengan Rafizi Ramli seperti berikut;

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berkata PAS patut diberi ruang dan hak untuk menguruskan hal dalaman mereka berkaitan hukuman terhadap dua ADUN Selangor mereka.

Beliau yang enggan memberi komen perkara tersebut menegaskan walaupun mempunyai hubungan rapat dengan dua ADUN tersebut, beliau menganggap hal itu merupakan hal peribadi dan bukan hal parti.

"Jika hal ini berlaku kepada PKR, saya fikir rakan Pakatan patut gunakan hak untuk tidak masuk campur.

"Saya fikir kita harus menetapkan sempadan antara perkara peribadi dan perkara parti dan dalam hal ini, ia menjadi hak mereka (PAS) untuk membuat keputusan," kata beliau ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Sekarang bukan masa lagi untuk mempertikaikan perkara yang lepas-lepas. Semua kompenen dalam pakatan rakyat harus belajar dari kesilapan masing-masing. Bukan terus menerus bercakaran sehinggakan harapan rakyat terbanyak pada pakatan rakyat hancurberkecai. Perbaiki dulu seluar dalam kamu yang koyak!!

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: