Khamis, 25 September 2014

Edisi pening : Saari Sungib bukan dibeli dengan duit tapi ...

“Beli bukan mesti duit tetapi maruah. Kadang-kadang orang tidak faham bahasa orang Terengganu ini,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

KUALA TERENGGANU – Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat menyelar sikap Adun Hulu Klang, Saari Sungib dengan menyifatkan Adun Pas itu tidak perlu menegakkan benang yang basah berhubung isu menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.

Beliau menjelaskan, perkara itu bukan rahsia dalam Pas sambil mempertahankan kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang seolah-olah dua Adun Selangor termasuk Adun Morib, Hasnul Baharuddin dibeli rakan parti.

“Beli bukan mesti duit tetapi maruah. Kadang-kadang orang tidak faham bahasa orang Terengganu ini,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Satiful Bahri yang juga Adun Paka berkata, Saari turut menunjukkan akhlak di luar berjemaah apabila bertindak sedemikian.

Jelasnya, ketika Abdul Hadi mengadakan perjumpaan dengan Adun Pas di Selangor bagi membincangkan isu menteri besar negeri itu, Saari juga tidak hadir, malah tidak dapat dikesan dan dihubungi di mana dia berada ketika itu.

“Bagi Pas Terengganu, pendirian kita konsisten daripada awal mengenai kedua-dua Adun itu supaya dipecat dan kita sudah hantar laporan kepada Jawatankuasa Disiplin parti serta memaklumkan kepada Majlis Syura Ulama,” katanya.

Sinar Harian pada 22 September lalu melaporkan, Saari mencabar Abdul Hadi mengemukakan bukti beliau dibeli oleh PKR untuk menandatangani SD menyokong Dr Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu.

Malah beliau turut mengulangi pendirian sedia dipecat daripada parti sekiranya Abdul Hadi mempunyai bukti beliau berbuat demikian dan bersedia dibawa ke muka pengadilan sekiranya terlibat dalam politik wang.

Terdahulu, dalam ucapan penggulungan muktamar Pas sebelum ini, Abdul Hadi dilaporkan tidak senang dengan layanan PKR kerana mencuri dua wakil rakyatnya untuk menyokong Dr Wan Azizah.

Kata Abdul Hadi, beliau tidak memandang ringan perkara itu dan mendakwa Saari dan Hasnul sanggup menjadi ‘broker’ dan ‘barua’.

more updates ...

# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

8 respon:

Tanpa Nama berkata...

aku orang terengganu jugak.tapi ustaz tak payahlah nak belit cakap nak jaga Tok Guru mu.orang semua faham apa yang hadi tuduh.toksah jadi bodor macang tu sekali.biar je Hadi sendiri jelaskan pa yang saaari sungip suruh.mu dok diam dia je.bodor mu cari pasal.nak ampu pun jangan lebih sangat.kalu mu kata bukan duit tapi maruah.lagi berat.mu tahu tak maruah lagi tinggi nilanya.bodddor mu.Taraf Pesuruhjaya tapi bodek sampai ke buntut.Maaflah nama pun Saifulll bahri .bilaornag baca akan terinagt nama sorang lagi.

Tanpa Nama berkata...

Memang Hadi Awang ni bahang ghambang bila buak tuduhang... lepah tuduh mula mengiga eko caghi alasang atawa tukang cover!. Oghang laeng yang tuduh, oghang laeng pulok hok tafsir maksud beli... beghak nanang doh....

Tanpa Nama berkata...

Memang Hadi Awang ni bahang ghambang bila buak tuduhang... lepah tuduh mula mengiga eko caghi alasang atawa tukang cover!. Oghang laeng yang tuduh, oghang laeng pulok hok tafsir maksud beli... beghak nanang doh....

Tanpa Nama berkata...

UG saja faham bahasa Hadi.Bagi yg bukan org PAS pandang Hadi sebagai tukang fitnah.

Kalau na tahu bertapa rakyat benci tukang fitnah lihat pilihanraya akan datang.

Saya yakin PRK di Kelantan pun PAS dpt lihat.

Hadi akan kalah juga di Tganu dan boleh duduk dgn Tantawi Velfire

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...

Yang sanggup bersekongkol dengan Umno untuk UG tu tinggi maruahnya.

Tanpa Nama berkata...

Cuba kau org buat rentetan peristiwa...siapa yg barua paling besar
1. Masa awal2 kemelut pertukaran TSKI dan di war2kan DSWA penggantinya...TGHH telah membuat kejutan besar dgn senyap2 tanpa pengetahuan PKR dan DAP utk memujuk Azmin Ali utk sertai kem Pas + umno + Tski

Kemudian setelah peristiwa itu barulah Shaari dan Hasnul memberi sokongan pafa DSWA

So kita lihat disini TGHH lah barua dan cuba membeli org PKR sebenarnya.

Tanpa Nama berkata...

Saya rasa Satiful Bahri Adun Paka ni bangang sikit. Dia kata “Beli bukan mesti duit tetapi maruah'.

Beli mestilah dengan duit atau kebendaan. Maruah... orang jual dean dibeli mestilah juga dengan duit atau kebendaan.

Adu tak faham apa lebai Pas ni cakap. Jgn2 lepas telan pil kuda tak?