Isnin, 27 Oktober 2014

Azmin Ali sedang berusaha jatuhkan Anwar?

Azmin berkata sedemikian mengulas beberapa kain rentang bertulis "Kami Mahu Azmin Ganti Presiden" dengan gambar Azmin bersongkok dikesan diletakkan di beberapa kawasan sekitar Selangor.

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali menafikan dakwaan wujudnya gerakan dalaman parti itu untuk menjatuhkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sekaligus menggantikannya sebagai Presiden sekiranya Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan.

Azmin menegaskan, perancangan itu sama sekali tidak wujud dan ironinya beliau kini lebih berminat menguruskan isu pentadbiran negeri berbanding hal dalaman parti.

"Tidak ada. Sekarang waktu kita bekerja. Jangan berpolitik. Masa berpolitik sudah selesai. Sekarang masa untuk bekerja," katanya kepada media.

Azmin yang juga Menteri Besar (MB) Selangor itu berkata, beliau mahu fokus terhadap tugasnya sebagai MB sekaligus bagu memenuhi tanggungjawab yang diberikan rakyat membangunkan negeri.

"Saya bersyukur kerana pasukan baru ini mendapat sokongan PAS, DAP dan PKR,

"Tanggungjawab saya ialah mendapatkan aspirasi rakyat kerana mereka mahu pembangunan di Selangor ini diteruskan dengan baik dan amanah. Ini satu tanggungjawab yang saya harus pikul. Fokus kerja," katanya lagi.

Azmin berkata sedemikian mengulas beberapa kain rentang bertulis "Kami Mahu Azmin Ganti Presiden" dengan gambar Azmin bersongkok dikesan diletakkan di beberapa kawasan sekitar Selangor.

Sebelum ini, Penganalisis Politik Wan Saiful Wan Jan pada 20 Oktober lalu berkata, masa depan PKR bergantung di tangan Azmin dan beliau perlu diberi kepercayaan untuk memimpin memimpin parti itu dan Pakatan Rakyat (PR) sekiranya Anwar ditakdirkan kembali meringkuk ke dalam penjara.

“Masa depan PKR tanpa Anwar sebenarnya bergantung pada Azmin, beliau perlu jadi pemimpin bukan sekadar untuk PKR, tetapi juga semua dalam PR,” kata Wan Saiful. – Muhamad Hafizzudin Mohd Daud/Utaranews.com


PBO: Ini mesti kerja jahat pembangkang di Selangor.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: