Ahad, 28 Oktober 2018

3 faktor pengundi melayu PH akan beralih arah pada PRU 15!

Whatever kalau kamu nak panggil ia apa. Races? Politik perkauman hatta extremis sekalipun.

Untuk seluruh ahli dan penyokong DAP, semalam aku dah tulis satu artikel tak puas hati aku dengan statement beberapa ahli parlimen DAP yang menyentuh tentang agama Islam. Boleh baca kat sini

Mungkin kamu sudah lupa atau kamu buat - buat lupa, maka aku ingatkan sekali lagi tentang beberapa perkara:
  • Berdasarkan undi diperoleh bagi ketiga-tiga parti utama bertanding di dalam PRU 14 PH memperoleh keseluruhan 5,685,252 undi atau 50.1 peratus (%), berbanding Barisan Nasional (BN) 3,624,921 undi (32%) manakala PAS sebanyak 2,043,159 undi (18%).
  • Menurut Merdeka Center, dari analisis yang dibuat selepas PRU 14. Pecahan undi melayu terhadap tiga parti ini adalah PH 30%, BN 40% dan PAS 30%. Angka ini mungkin tidak tepat tetapi boleh dijadikan ukuran terhadap sokongan orang melayu dalam PRU akan datang!

Bagi pendapat aku 'menconteng untuk perubahan', undi melayu ke atas PH semata - mata untuk menumbangkan Barisan Nasional dan mengheret 'perompak2' yang ada di dalam kerajaan terdahulu. Mungkin dari 30% aku ambil 15% hanya bersimpati dan sedar untuk membantu PH membersihkan negara dari penyamun! Bagi 15% melayu yang lain mungkin penyokong tegar parti-parti tertentu di dalam PH.

Bayangkan 15% - 20% undi melayu hilang dan beralih arah kepada parti lawan. Yang aku lihat lebih realistik sekarang adalah PAS kerana orang dah benci sangat2 pada UMNO. Maka undi popular PH tidak mustahil akan turun kepada 35% - 30% sahaja.

Kenapa pengundi melayu akan beralih arah?

Pertama sebab tugas utama sudah selesai untuk menghukum kerajaan Barisan Nasional dan mengheret penyamun2 ke penjara! Seterusnya jika mereka menukar kerajaan sekali lagi, mereka tidak nampak isu 'kerosakan' dan 'penyamun' menjadi isu utama lagi. Sesiapa pun boleh mentadbir negara. Boleh atau tidak PAS dan UMNO memerintah negara, mungkin sudah menjadi isu nombor tiga.

Kedua, apabila pengundi melayu sudah rasa terancam dengan beberapa desakan dan statement kurang cerdik dari ahli parlimen DAP. Aku tidak kata DAP dominan di dalam PH kerana di situ masih ada PKR, Bersatu dan Amanah. Tetapi DAP menunjukkan desakan 'melampau' bagi sesetengah pengundi melayu PH.

Ketiga, propaganda parti PAS dan UMNO yang terus menerus menekan perasaan dan jiwa orang melayu di dalam PH dengan membentuk persepsi bahawa PH adalah liberal dan agama Islam akan terancam sedikit demi sedikit. Tambahan pula sikap DAP dan segolongan penyokong PH yang mempromosi perkara2 yang sangat sensitif berkaitan agama Islam dan orang melayu. Sikit demi sedikit keyakinan orang melayu yang mengundi PH terhakis. Aku ulang ... menekan jiwa dan perasaan orang melayu Islam di dalam Pakatan Harapan. Media sosial lebih cepat dari tsunami ... cepat je orang viral.

Jika DAP masih belum sedar, wait and see.

Keempat, aku tidak nampak isu manifesto dan isu harga barang menjadi isu utama selain agama Islam. Sebab aku tahu Menteri di dalam PH memang sedang bertungkus lumus untuk memperbaiki kerosakan ekonomi yang dibuat Barisan Nasional. Pengundi melayu tidak terlalu risau tentang harga petrol RM1.50. Jangan tanya penyokong PAS. Mereka memang meroyan habis tentang kencing hancing ni. Wording kencing hancing ni dah jadi macam zikir pada mereka.

Peranan Majlis Presiden?

Duduk dan bincang.
Basuh dan set minda ahli parlimen jagaan masing2 supaya lebih berakal dan maintan kemenengan.
Bentuk pertahanan kukuh untuk kekang asakan PAS dan UMNO. Terutama melayu. Jika tidak boleh menang, apa kata tarik tali untuk mereka lebih mesra PH

Jika masuk tahun kedua, sikap ahli parlimen DAP belum berubah, ia akan menjadi lebih parah untuk tahun ketiga, keempat dan seterusnya PRU 15. Dan aku mungkin boleh cakap selamat tinggal PH Tahun 2023.

please share kepada semua.

ikhlas
'menconteng untuk perubahan'

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

3 respon:

Tanpa Nama berkata...

sokong 100%...menyampah gila dengan kebanyakan MP DAP...kalau dah start rasa besar kepala, pat taun lagi gi tanam anggur dalam umah...

bot tunda berkata...

aku setuju. Lebeh2 lagi bila ada hubung kait dgn islam, elok pimpinan DAP tidak sentuh atau komen kerana mereka perlu paham tahap sensitiviti isu ni sgt tinggi. Biar saje pimpinan muslim je yg komen. Rasanya bukan hanya pimpinan DAP tapi keseluruhan pimpinan non muslim baik dari kerajaan maupun pembangkang. Terlalu menjolok sarang tebuan. Ibarat api dlm sekam. Bila2 masa je boleh marak. Sesiapa yg ada akses kepada pimpinan berkenaan tolong sampaikan ttg hal ni. Annoying sangat. Lagi satu, pesan kat mana2 MP, bila sesuatu isu yg melibatkan kementerian, biarlah pihak kementerian yg buat press statement. Jgn masing sibuk nak jadi juru cakap kerajaan berkenaan dasar kerajaan. Contoh terbaru oleh Tony Pua berkenaan dgn isu bas perantaraan. Rasanya dia x layak lansung nak bercakap ttg isu tu. Dan byk jugak percanggahan statement di kalangan timbalan menteri dgn menteri, antara kementerian dgn kementerian yg lain. Benda camni x membantu kerajaan PH. Mungkin mentaliti pembangkang masih menghuni dan bersarang di otak masing2. Byk sgt isunya tapi terlalu panjang nak di sentuh. Aku masih beri masa utk kerajaan PH ni utk perform walaupun x mungkin seratus peratus.

Tanpa Nama berkata...

Bila paria bangkitkan isu ratifikasi ICERD, kenapa pula ada kalangan dap yang mengaitkan dengan deklarasi setapak 1967; matlamat yang belum tercapai? Dah lebih setengah abad tu tapi masih tak boleh move on. Ini maknanya dap ada agenda tersendiri lebih2 lagi bila telah berada dalam kerajaan. Dia ingat Melayu dah lupa yang deklarasi setapak 1967 adalah salah satu punca yang mendorong peristiwa 13 Mei 1969.