Sabtu, 27 Oktober 2018

PAS ada rahsia 'besar' Lim Guan Eng

Dalam satu berita yang bertajuk "PAS tak dedah rahsia Guan Eng", terdapat bebarapa persoalan yang boleh kita tanya dan minta kepastian dari parti PAS.

Mungkin rahsia yang dimaksudkan oleh PAS melibatkan kewangan, skandal atau masalah dalam pentadbiran. Rakyat berhak juga tahu. Atau sahaja buat kenyataan politik supaya penyokong percaya? Maklumlah apa sahaja yang keluar harus ditaati.

Dalam berita ini juga kita dapati akhirnya PAS mengaku bahawa mereka menuntut belanja luar jangka (pinjaman) daripada kerajaan persekutuan. Lim Guan Eng dedah bukti sebab ada ahli parlimen PAS yang bangang minta bukti. Bila orang dah bagi bukti kata tak elok, langgar etikalah, langggar morallah. Kemudian buat statement kata Lim Guan Eng anti melayu, anti Islam. Itu macam kira elok la ye, tak langgar moral dan etika la ye.

Pada pendapat aku, bila LGE respon bahawa PAS tak mampu bayar gaji ekoran permintaan ahli parlimen Kota Bharu untuk buat ECRL bersendirian melalui kerajaan negeri itu tidaklah terlalu biadap. Simple cakap, dah nak bayar gaji pun tak berapa nak mampu, ada hati nak buat ECRL.

Kalau cerita bab hak untuk bersuara, kerajaan pun ada hak untuk mengkaji ECRL atau menamatkan perjanjian. Masing-masing ada hak, jadi tak payahlah nak meroyan sangat.

Cumanya bila minta bukti, LGE bagi bukti dan keluar pulak staement seperti d bawah:

PAS menganggap tindakan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mendedahkan surat rasmi Kerajaan Negeri Kelantan yang memohon bantuan kewangan kepada Kerajaan Persekutuan, tidak elok dan melanggar nilai moral.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, permohonan itu berstatus rahsia dan tidak wajar didedahkan.

“Daripada segi amalan dan akhlak atau moral, tidak elok buat begitu. Kita pun tak dedah rahsia dia,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Masjid Rusila di Marang, hari ini.

Kelmarin, Lim mendedahkan surat rasmi Kerajaan Negeri Kelantan memohon bantuan kewangan daripada Kerajaan Pusat kecewa dikritik teruk kepimpinan PAS yang melabel beliau anti Melayu dan anti Islam.

Berdasarkan surat berkenaan, kerajaan negeri itu memohon wang pendahuluan daripada Kerajaan Pusat sebanyak RM97 juta pada Jun lalu, bagi menampung kekurangan tunai disebabkan perbelanjaan luar jangka.

Lim pada Selasa lalu di Dewan Rakyat membuat kenyataan mendakwa kerajaan negeri tiu tidak mampu membayar gaji kakitangan awam sehingga beliau dikecam teruk oleh barisan kepimpinan PAS.

Berikutan itu beliau meluahkan rasa kesal atas dakwaan beberapa pemimpin PAS Kelantan yang melabel beliau sebagai anti Melayu dan anti Islam, lalu tampil dengan bukti iaitu surat rasmi berkenaan.

Ditanya berhubung perkara itu, Abdul Hadi berkata, beliau percaya kekerapan negeri itu ‘diserang’ DAP adalah kerana kecemerlangan PAS mentadbir Kelantan.

“Itu kerana Kelantan baik, kalau kita baik, dia seranglah,” katanya.


Dan yang terakhirnya, cuba tengok statement yang mengatakan LGE serang Kelantan bila mereka dalam keadaan baik. Hahahha. Macam tu pulak yer.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

5 respon:

mahligaiseni berkata...

Hadi bercakap tak guna kogik langsung, sebaliknya ikut nafsu sahaja. Sikapnya sangat memalukan Islam.

Tanpa Nama berkata...

Pas tu baik sgt ka akhlaknya?

Tanpa Nama berkata...

ada sebab nak sangat ECRL tu jadi... tanah2 sekeliling dah dibeli, tak jadi keretapi, jadi semak jelah tanah2 tu... hahahaha..... lobai2 tamak lagi malang dgn labu2nye, terojun lautlah gamaknye...hahaha

Tanpa Nama berkata...

bila naib dedahkan kelantan tak mampu bayar gaji kakitangan hadi tak marah pulak...

bot tunda berkata...

“Itu kerana Kelantan baik, kalau kita baik, dia seranglah,” katanya. kalau ikut logik Tuang Presideng ni, ianya terpakai jugak bila PAS bermati-matian serang kerajaan PH bermakna kerajaan PH ni baiklah ye?. Bermati-matian serang LGE dan DAP tu bermakna LGE dan DAP tu baiklah ye?. kahkahkah. Apa pun, aku harap lepas ni LGE x ungkit lagi pasal ketidakmampuan Kerajaan PAS Kelantan utk bayar gaji. Biarkan je dorang meroyan. Dan kalau boleh cepatkan pemberian royalty tu pada dorang. Kita tengok apa yg dorang mampu buat. Alasan xde duit nak bayar gaji sbb x dpt royalty maka tanyalah dorang balik berapa negeri yg ada minyak dan dpt royalty?. Negeri yg xde minyak camne plak?. Aku apa risau gak nnt habis hutan dia tebas sbb nak bayar gaji, nak beli mercedes. kahkahkah