Ahad, 21 Oktober 2018

Amaran keras buat ahli parlimen DAP!

Kenyataan beberapa ahli parlimen DAP mencetuskan keresahan rakyat terutama melayu umat Islam di negara ini.

Biarpun ianya dilihat sebagai memperjuangkan kesaksamaan dan toleransi kaum dan agama, ianya tidak boleh disentuh oleh pihak yang tiada kepentingan di dalam agama rasmi negara. Jika tidak faham lebih baik bertanya dulu kepada rakan muslim di dalam PH. Berdialog dulu secara tertutup dengan rakan kongsi.

Jawapan aku mudah.

Kepada seluruh ahli parlimen DAP, jika kamu sayangkan kemenangan pakatan harapan, tolong bertindak berlandaskan kerjasama antara parti di dalam Pakatan Harapan.

Jangan mencetuskan kontroversi, jangan cetuskan kenyataan yang boleh mendatangkan polimik dan peluang kepada pembangkang.

Gunakan kepala otak kamu dahulu sebelum bertindak.

Kamu kena ingat, kemenangan ini bukan sahaja dari parti DAP malah ianya dari seluruh parti di dalam PH. Majoriti melayu yang mengundi PH tidak akan bertolak ansur dengan polimik yang menjejaskan kedudukan agama Islam.

Ketika aku menonton secara live perbahasan ahli parlimen Batu Kawan, aku tepuk dahi. Kenapa dan kenapa kenyataan kurang cerdik ahli parlimen DAP itu boleh berlaku. Aku lantas menjangkakan akan ada rasa tidak puas hati di kalangan pengundi melayu. Aku sendiri rasa kesal. Banyak lagi isu, kenapa isu agama juga yang kamu bangkitkan. Bukankah 4 presiden parti dalam PH sudah menandatangani perjanjian bahawa agama Islam adalah agama rasmi negara. Biarlah ahli parlimen beragama Islam yang membawa isu agama Islam.

Mungkin dikepala kamu ianya adalah hak kesaksamaan. Hak bebas beragama, tetapi kamu kena ingat. Ianya tidak boleh dibahaskan dan tidak boleh sama sekali.

Bukankah Tun Mahathir, PM sekarang sudah menyatakan bahawa walaupun Malaysia menjunjung PBB tetapi ada perkara yang tidak sesuai dengan Malaysia yang menjungjung tinggi agama Islam.

Di mana Lim Guan Eng ...? Di mana Mat Sabu ...? Di mana Muhyiddin dan di mana Wan Azizah ...?

Pesanan buat DAP, Jangan sampai gigit jari!

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

bunbinban berkata...

aki setuju. Tolong jgn sentuh hal yg berkaitan agama islam. Jgn sesekali lebeh2 lagi jika kamu bkn beragama islam. Agama islam bkn mcm lain2 agama yg korang boleh make fun. Bila nak cerdik ahli parlimen DAP ni.