Menurutnya, Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi seperti membuat keputusan sepihak bagi pihak BN dengan mengumumkan usaha untuk bekerjasama dengan PAS.
"BN adalah gabungan yang berasaskan prinsip konsensus di kalangan parti komponen. Nasib BN tidak terletak di tangan Umno semata-mata.
"Jika mereka tidak patuh dengan amalan saling menghormati terhadap rakan gambungan seperti sepatutnya, tetapi sebaliknya bekerjasama dengan PAS tanpa perbincangan awal dengan MCA, maka MCA tidak ragu-ragu untuk memutuskan hubungan dengan Umno," katanya dalam satu hantaran Facebook hari ini.
Wee mengulas pengumuman Zahid semalam bahawa BN sedang disusun semula, dan setiausaha agung baru BN Datuk Seri Nazri Aziz diberi tugas untuk berjumpa dengan parti pembangkang lain yang berpotensi menyertai gabungan itu.
Zahid berkata antara parti yang akan didekati pihaknya adalah PAS.
Parti lain yang turut berpotensi sebagai komponen baru adalah Kongres India Muslim (Kimma), Makkal Sakti dan Barisan Kemajuan India Semalaysia (IPF).
'Langkah menuju kehancuran'
Sementara itu, Wee berkata Zahid seharusnya faham bahawa "tiada masa depan" bagi politik monoetnik di negara ini.
"Keputusannya hanya akan meminggirkan Umno daripada politik arus perdana, dan beliau akan dikenang sejarah sebagai individu yang membawa kepada penamat Umno dan BN.
"MCA tidak boleh bersama-samanya melalui jalan kemusnahan ini. Kami pastinya akan mengorak langkah sendiri," katanya lagi.
Wee menjangkai perwakilan MCA akan membuat "keputusan jelas" berkenaan status mereka dalam BN ketika mesyuarat perwakilan kebangsaan tahunan pada 2 Disember ini.
"Kami hanya mampu mengucapkan selamat kepada Zahid jika beliau tetap mahu membentuk gabungan bersama PAS."
Selepas tewas pada PRU ke-14, BN yang sebelum itu mempunyai 11 parti komponen hanya tinggal tiga parti asal iaitu Umno, MCA dan MIC. Status Parti Bersatu Rakyat Sabah dan MyPPP pula masih dalam pertikaian.
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
0 respon:
Catat Ulasan