Rabu, 20 Jun 2018

Ismail Kassim keluar UMNO

Alhamdulillah, syukur .. dapat juga kita beraya dengan izin allah. Meriah dan penulis sempat pulang ke kampung bersama sanak saudara. Sempat juga membayar zakat fitrah tetapi tidaklah penulis membayar zakat fitrah kepada parti PAS. Sebalinya membayar fitrah kepada pihak yang diberi tanggungjawab yang sah oleh kerajaan negeri. Bimbang juga kalau bayar pada yang tidak diiktiraf, kemana entah duit yang kita bayar tu. Penulis masih ternanti penjelasan PAS secara terperinci.

Balik raya banyak isu yang tercatat, bermula dengan isu piala dunia, sehinggalah kepada isu Menteri Besar Selangor. Penulis harap selesai la dengan elok. Wakil rakyat bukan 'raja' tetapi hamba kepada rakyat yang mewakili rakyat. Nak berebut jawatan?! Tamak?! Tunggu kami akan humban kalian jatuh jika meneruskan perangai buruk.

Hari ni Ismail Kassim (UMNO) keluar parti UMNO dan berhasrat nak menempek dengan kerajaan pakatan harapan. Hahahhaa.... orang jenis macam ni elok humban je. Tolong .. tolong jangan terima. Derhaka kot!

ARAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambun Tulang, Datuk Ismail Kassim, malam ini, mengumumkan keluar UMNO kerana hilang keyakinan kepada pucuk pimpinan parti.

Beliau yang akan menjadi ADUN Bebas, membayangkan untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam masa terdekat.

Pengumuman itu dibuat Ismail yang juga adik kepada Pengerusi Perhubungan Barisan Nasional (BN) Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim.

"Secara rasminya saya sudah keluar UMNO dan BN untuk menjadi wakil rakyat Bebas dalam negeri ini.

"Keputusan ini dibuat atas beberapa faktor dan antaranya ialah saya sudah hilang keyakinan kepada pucuk kepemimpinan parti," katanya yang menghubungi NSTP malam ini.

Ismail berkata, keputusan keluar parti itu mula difikirkan sejak tahun 2008 iaitu pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12).

"Saya perlu memikirkan apa yang terbaik untuk rakyat dan perlu untuk menjalinkan hubungan dengan Kerajaan Pusat terutama Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat... maka saya perlu seiringan dengan Kerajaan Pusat," katanya.

Ismail berkata keputusan itu dibuat tanpa pengetahuan abangnya.

"Saya bukan 'puppet' (boneka) dan dia (Shahidan) nak tahu pasal apa?

"Melalui pengumuman ini secara tidak langsung beliau (Shahidan) akan tahu. Saya nak buktikan bahawa soal adik beradik tak timbul dalam politik. Saya berharap dengan keputusan ini semua pihak dapat menerima dengan lapang dada," katanya.

Ismail menyertai UMNO sejak 30 tahun lalu ketika berusia 28 tahun dan pernah menjadi Ketua Pemuda UMNO Perlis, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Arau dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Arau.

Pada PRU-14, Ismail mengekalkan kemenangan BN di DUN Tambun Tulang dan namanya antara yang dicalonkan untuk menjadi Menteri Besar Perlis oleh abangnya sebelum Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail melantik ADUN Bintong, Datuk Seri Azlan Man sebagai Menteri Besar.


https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/06/439453/ismail-kassim-keluar-umno

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

2 respon:

Tanpa Nama berkata...

Hilang keyakinan kepada pucuk kepimpinan parti. Mana ada pucuk lagi, belum. Tunggu lah selepas pemilihan hujung bulan ini.

Sejak 2008 dah nak keluar parti .. ?
Bermakna sejak 2008 lah dah hilang keyakinan pada pucuk kepimpinan ...

Rasa lah jadi orang buangan di negeri sendiri...

Tanpa Nama berkata...

Senang sangat PPBM bolos lepas menang PRU14. Jangan sampai ada skandal-skandal yang bolos nak masuk PRU15 nanti. Rakyat sedang membuat penilaian prestasi. Senang bolos tak lulus! HAHAHA.