Khamis, 21 Jun 2018

57 dengan 18 mana lebih besar wahai Mohd Amar (PAS)

Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menolak cadangan penyelesaian Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah supaya Umno dibubarkan.

Johari, yang bakal bertanding untuk jawatan naib presiden Umno pada pemilihan parti 30 Jun ini, menegaskan bahawa partinya mempunyai lebih banyak ahli parlimen daripada PAS.

"Pertama, mengapa kita harus bubarkan Umno?

"Kita masih mempunyai 54 orang anggota parlimen sedangkan PAS hanya ada 18 orang," katanya kepada Malaysiakini.

Johari diminta mengulas kenyataan Mohd Amar bahawa Umno harus dibubarkan setelah gagal mempertahankan kerajaan BN pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), 9 Mei lalu.

Bagi bekas menteri kewangan II, beliau yakin Umno mampu membuat kemunculan semula jika mereka dapat menyelesaikan segala kelemahan dan ekurangannya.

"Saya tidak fikir kita berhasrat untuk membubarkan parti ini tetapi saya memberi jaminan bahawa jika kita mampu memperbaiki diri dan memperbetulkan apa jua kelemahan, saya yakin Umno akan kembali pada pilihan raya akan datang," katanya.

Johari juga menolak sebarang kerjasama dengan PAS buat masa sekarang.

"Biarkan mereka dengan cara mereka dan kami dengan cara kami," katanya, sambil menekankan betapa perlunya Umno memperbaiki diri mereka.

BN memenangi 79 kerusi parlimen pada pilihan raya umum 9 Mei, jatuh daripada 133 kerusi pada pilihan raya umum ke-13.

Walau bagaimanapun, gabungan itu retak selepas kekalahan teruk, dengan sembilan daripada 13 parti komponen meninggalkan gabungan itu.

Ini menyaksikan BN kini hanya tinggal dengan 57 kerusi, 54 daripadanya dipegang oleh Umno. Baki kerusi dipegang oleh MIC dan MCA.

Walaupun kekalahan teruk, Umno dengan 54 kerusi, kekal sebagai parti terbesar di Parlimen.

Ini diikuti oleh PKR dengan 47 kerusi dan DAP dengan 42 kerusi.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

4 respon:

Tanpa Nama berkata...

Biar umno dan pas bercakaran. Pas punyalah bodoh sanggup diperalatkan oleh umno. Padan muka



PokAmid berkata...

Mamat tu fail arithmatic kot, hinggakan dia terasa yg 18 kerusi tu lebih besor drp 54 kerusi!!

Tanpa Nama berkata...

Orang Kelantan beriya sangat nak mengundi dan menggaji Timbalan MB yang bercakap sembrono dan tak tahu biji butir. Dah sebulan menang tapi entah apa yang dibuat... keluar akhbar nak merepek dan merapu. Cuba bincang kes air tak ada masa Raya lepas, ada faedah jadi TMB. HAHAHA.

Tanpa Nama berkata...

Syukur alhamdulillah berkat mengundi parti Islam Pas, pelancong asing masih dibenarkan pakai bikini di tempat pelancongan pantai peranginan. Kalau undi DAP @ PH langsung semua kena pakai kain sarung batik atau pelikat untuk tutup aurat. HAHAHA.