Sabtu, 30 Jun 2018

Gabungan UMNO - PAS makin dekat?

Satu pihak kata tak teringin, satu pihak kata akan dikaji. Tanya lain pemimpin macam-macam jawapan. Tembok besar itu bakal runtuhjika ada isu mendesak atau kelangsungan survivor politik pemimpin kedua-kedua pihak.

Dulu bunyi macam sama nak bersatu tapi irama tak serentak. Sikit ada sumbang ... namun sikit masa lagi tak mungkin akan jadi kenyataan. Tunggu selepas pemilihan UMNO dan kita akan lihat 'perjanjian' antara UMNO dan PAS berlaku.

Anuar Musa kata akan ada kejutan besar dalam gabungan parti politik selepas ini, tapi tidak dinyatakan siapa dan bagaimana.

Kita boleh buat congakan, mungkin UMNO dan PAS bersatu menjadi satu gabungan menentang Pakatan Harapan.

Kalau ikut kajian Merdeka Centre, majoriti ahli UMNO bersetuju untuk bergabung dengan PAS membentuk satu gabungan baru sebagai pembangkang.


Majoriti ahli danpenyokong Umno melihat kerjasama erat dengan dengan PAS sebagai langkah ke hadapan, menurut satu tinjauan Merdeka Center.

Kajian yang melibatkan 691 responden mendapati 77 peratus bersetuju dengan kenyataan itu manakala 22 peratus tidak bersetuju.

Umno dan PAS sudah pun bekerjasama dalam beberapa polisi semasa menjelang pilihan raya umum 9 Mei lalu tetapi tidak membentuk gabungan pilihan raya.
https://m.malaysiakini.com/news/431953


Sebagai orang yang berminat dengan politik, 'Menconteng Untuk Perubahan™' melihat ini satu kerjasama 'solid' melayu.

Apa kesan kepada pakatan harapan ..?

Bilangan kerusi melayu tidak mustahil akan beralih kepada gabungan baru UMNO-PAS. Kalau setakat ini 52 + 18 = 70. Pada PRU 15 nanti, jika ada beberapa perkara yang PH anggap isu berkaitan melayu sebagai 'remeh', maka swing akan berlaku kepada pengundi melayu.

Walaupun PH dengan empat gabungan parti berikrar untuk mempertahankan 4 perkara yang melibatkan orang melayu yang termaktub dalam perlembagaan. Namun pengundi melayu masih melihat 'komitmen' PH untuk mempertahankan hak orang melayu tersebut. PH kena akui, nak kikis perkauman tersebut bukan satu kerja mudah. Ia sudah menebal.

Baru-baru ini isu penggunaan Bahasa Melayu dalam urusan rasmi kerajaan, walaupun sudah diberi penjelasan, namun 'spin' dan cyber trooper terus menrus mempermainkan isu tersebut.

Kemudian timbul pula kuota 1000 pelajar matrikulasi kepada bangsa Cina. Sudah kecoh seolah nampak ada tangan lain dalam PH. PH boleh menafikan tapi pengundi meemerhati dan memperkatakannya. malah ada secara sinis berkata, kenapa hanya kuota kepada kaum Cina, tidak kepada kaum India?

Nasihat penulis, PH harus berhati-hati. Jika ada pihak 'pendesak' dalam PH, anda harus fikir beribu kali. Mahu hilang kerusi atau terus berkuasa pada PRU 15 kelak!

PH baru memerintah. Tidak sampai 100 hari, namun perhitungan dan keputusan tidak harus terbur-buru. Berpolitik dengan lebih matang dan berstrategi.

Menconteng Untuk Perubahan™, 30.6.2018. 1.30PM

share banyak2.
http://penburukonline.blogspot.com/2018/06/gabungan-umno-pas-makin-dekat.html

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

5 respon:

Tanpa Nama berkata...


eloklah... tp jgn jd pasu bunga dah la... asyik habis modal ja... nak pusing sikit tak buley...

Tanpa Nama berkata...

Ahahaha... x hbis2 dgn teori umno ug pas. Sedangkan depan mata terang2 lps pilihan raya rmai ahli umno melompat dlm pktn hrapan, xnak plk mngaku. Menjilat ludah sendiri. Kotor di diri sndiri tak dilihat

Tanpa Nama berkata...

akhirnya...... ratib2 ahl PAS yang teringin nak bertepuk bertampar dgn Hamno jadi kenyataan tak lama lagi.....

Tanpa Nama berkata...

Dgn takdir ilahi, ph mendapat kerusi majoriti. Cuba jk sebaliknya, tak mungkin ka Pas dah bergabung(ug) dgn umno/bn bentuk kerajaan? Hadi jd tpm!!

Tanpa Nama berkata...

Aduhai la.. yg terang2 ahli umno lompat ph x nk plk brani komen. Duk sibuk canang pas-bn smpi la ni. Ke korg x bc brita lps pilihan raya. Atau malu nk komen dan ngaku wakil rkyt bn lompat ramai2 ke ph.