Khamis, 28 Jun 2018

Setiausaha Syura Ulamak PAS kata PH tidak beriman dengan dosa pahala


"Tidak mustahil rakyat akan memilih Pas pada PRU15 nanti untuk menerajui kerajaan Malaysia kerana Pas terbukti boleh mengotakan segala janji dalam manifesto,” kata Setiausaha Majlis Syura Ulamak Pas, Datuk Dr Nik Zawawi Nik Salleh.

Menurutnya, rakyat kini mula memperkatakan bahawa mereka perlu memilih Islam kerana ia berteraskan kepada dosa dan pahala, dan apabila berjanji, ia mesti dilaksanakan.

“Bila kita janji, tapi kita tak buat, maka berdosalah. Pakatan Harapan, bila dia janji, tapi dia tak buat, dia tidak beriman dengan dosa dan pahala bila bab politik. Sebab itu dia bercakap merapu meraban begitu.

“Pas kita konsisten, bila kita sebut dalam tempoh 10 hari kita memerintah, kita akan buat, kalau kita tidak buat, kita berdosa. Orang lain tidak berdosa sebab dia tidak ada asas dosa pahala. Sebab kita bukan janji politik, tapi janji dengan manusia dan ALLAH yang membabitkan dosa dan pahala,” katanya kepada
Sinar Harian di sini, hari ini.

Beliau ditemui selepas menyampaikan ceramah sesi kedua di Medan Ilmu, di sini.

Terdahulu, Nik Zawawi dalam ceramahnya menyebut yang tidak mustahil Pas akan menjadi kerajaan pemerintah PRU akan datang dengan mengambil contoh apa yang berlaku kepada Umno pada PRU14 yang jatuh kepada Pakatan Harapan.

Menurutnya, perkara tersebut dinyatakan dengan bukti jelas yang mana satu perjumpaan dengan pengundi Pakatan Harapan telah dibuat melibatkan beliau di Selangor baru-baru ini.

Beliau memberitahu, pertemuan tersebut adalah berkisarkan luahan rasa kekesalan penyokong terhadap sokongan mereka kepada pakatan yang dilihat tidak mengotakan janji-janji PRU lalu.
http://www.sinarharian.com.my/mobile/edisi/kelantan/rakyat-pilih-pas-pada-pru15-nanti-1.847885


Err ...

Baru2 ni ada pemimpin PAS kata biar PH bayar dulu semua hutang2. Jadi ada pemimpin PAS mengaku yang hutang negara memang parak. Tetiba tok lebai ni kata PH tak tunai janji. 100 hari pun belum sampai lagi. Janji kesemua manifesto dengan sebahagian 100 hari ada beza la pak lebai.

Ko nak berpolitik, silakan. Ko jangan bodohkan orang lain.

Aku cuma nak cakap, salah satu sebab. aku cakap salah satu sebab la bingai.hehehehe. kerana kerja kuat penceramah pakatan harapan. Jadi mungkin besar rakyat pilih PAS di Kelantan dan Terengganu kerana pendedahan Rafizi dan kawan-kawan. Nak harap PAS dedah tembelang UMNO. Hahahahhaha.....

Jadi nak tak nak PAS dapat habuan jugak dari reformasi rakyat untuk tumbangkan UMNO. Kalau harap PAS. sendiri mau ingat la. nak jadi king maker. nak kawan lagi ngan UMNO.

Agak2 korang berapa ratus ribu datang Jumpa Pak Lebai ni luahkan kekecewaannya ... hahahhahaha... ni ulamak cakap ni .. dosa pahala ...


Kerana demokrasi aku tak jadi nak maki kau! Silakan berpolitik!

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

12 respon:

Adam berkata...

Nak jadi king maker pun gagal habis.

Tanpa Nama berkata...

bila siasatan 1mdb sampai hingga wang rm200juta kpd nasha, barulah tau sapa yg akan ke neraka nanti. ada org kata 15 pemimpin pas. Husam kata melalui affin bank melebihi rm90juta.

Tanpa Nama berkata...

yg tk berdosa bg pas ialah najib khalifah yg wajib dipertahankn. sekarang khalifah pun pas tk ziarah. bomoh kelapa ada jg dtg ziarah kt luar rumah najib.

so far lum jumpa lg pemimpin pas yg berwibawa... apatah lg yg berakhlak mulia pewaris nabi. pewaris dedak adalah

I berkata...

Ada hak2 tertentu dalah menyatakan hak siapa masuk syurga atau neraka. Cermin diri sendiri sebelum menjatuhkan hukum.Kita tak boleh menjatuhkan hukum semata2 tak sesuai dengan selera politik kita. Yang mengata orang tu mulia sangat ke? Setakat kelantan..terengganu..perlis dan kedah mungkin boleh pas kuasai tetapi nk memegang putrajaya PAS tak usah mimpilah....terutama selagi one man gang memimpin...

mahligaiseni berkata...

Nampaknya saya dan rakan-rakan saya kena fokus kepada Terengganu dan Kelantan pulalah pada PRU 15 nanti. Misi kami (sebagai sebahagian daripada jentera kecil PH) pada PRU 14 sudah terlaksana. Alhamdulillah, sebahagian besar negeri di Pantai Barat berubah kerajaan. Fokus kami dahulu ialah tumbangkan BN. Kini, akan kami bergerak menutup keegoan PAS di dua negeri Pantai Timur pulalah. Pada mulanya kami buat ketetapan biarlah PAS KELIHATAN sedikit di dua negeri itu, tapi KERANA MULUT PAS NI MAKIN CABUL, insya-Allah akan kami gempur mereka. Rakyat Malaysia yang bijak, marilah sertai kami menumbangkan PAS di dua negeri itu. Kita ajar PAS agar reti sedikit menggunakan akal. Mari!

Tanpa Nama berkata...

kita tengok kan je la nanti ye....
bila kes ni start masuk court baru la terasa tempias2nya
setakat ni dorang tengah tengok script je tu...
simpan duit beli popcorn byk2

Unknown berkata...

'
sudah lah lobai pas jangan meroyanlah ,siapa nak bagi kamu perintah m'sia cakap mcm pak pandir tunjuk kebodohan macamana nak bagi malaysia,jahanam habis negara jika bg kat pas,sorrylah.

Unknown berkata...


PAS mentekedarah duit UMNO tak berdosa pula,nilah mamat lobai pilut bercakap macam sampuk dek hantu ,dah kalah teruk buatlah muhasabah ke post mortem ka cari apa kelemahan dan kekuatan PAS untu teruskan berpolitik,ni duk maraban buat orang makin benci buat apa.

Tanpa Nama berkata...

Dapat 15 kerusi berangan nak jadi Speaker dan Timbalan Speaker. Jenis kebuloq kuasa baru beriman dengan dosa dan pahala. HAHAHA.

Tanpa Nama berkata...

Cakap pun macam orang tak beriman

Tanpa Nama berkata...

Sorry to say...aku tak nampak islam kat PAS ni...yg ada cuma maki hamun dan nampak otak bodo dan kaki songlap sama macam sedara dia umnongok tu..

Tanpa Nama berkata...

Lobai pas terbukti pembohong dan kaki lindung pembohong. Nik abduh dah buktikan. Pas tolong jgn cakap pasal islam lg. Merosakkan imej islam saja