Isnin, 2 Julai 2018

Kenapa tak ada yang 'melolong' Menteri banyak dari kaum Cina?

Sebelum pilihan raya, pernah tak pembaca mendengar hujah politik bahawa DAP akan dominan, DAP akan mempengaruhi pemerintahan. Ramai Menteri dari DAP.

Saya sendiri pernah berhujah dengan seorang sahabat, mengenai memilih pemimpin dari kalangan bukan melayu Islam. Tiada siapa yang menang dan tiada siapa yang kalah kerana sembang2 hanya membuka pendapat masing-masing. Cumanya dakwaan DAP akan jadi Perdana Menteri dan DAP akan memerintah negara serta lain-lain tuduhan seperti mahu menjadikan negara Kristian, negara republik dan banyak lagi. Para pembaca mesti faham dan lebih arif dengan cerita - cerita sebelum pilihan raya tersebut.

Dalam 'sembang2' tersebut, maka sahabat dari seorang penyokong pembangkan mendakwa lantikan Menteri dan Timbalan Menteri akan lebih banyak kaum Cina dari Melayu.

"aku nak tengok lepas ni berapa Menteri dari kaum Cina. Siap buat kira-kira lagi selepas satu senarai 'fake' tersebar di internet. Hakikatnya ..?

Bilangan Menteri dan Timbalan Menteri mengikut kaum adalah seperti berikut:

Menteri: Melayu (15), Cina (6), India (2), Lain-lain (2)

Timbalan Menteri : Melayu (15), Cina (7), India (1), Lain-lain (0)
*Tidak termasuk PM & TPM.

Patutlah bila perlantikan menteri kabinet pada hari ni, tak ada banyak bunyi sangat. Sikit-sikit je. Tu pun bisik-bisik je. Takut malu tembelang sudah pecah.

Andaian dan cakap-cakap politik itu biasa. Kita tidak marah pun andai andaian tu dibuat atas dasar cakap-cakap politik. Biasalah, itu asam ragam politik.

Tapi .. tapi ... tapi ... (Mat Sabu hehehe)

Penulis rasa sikit gelisah bila banyak pemimpin tertentu bila bercakap akan cepat sangat sembang pasal dosa dan pahala. Satu tulisan penulis tak ikut dosa dan pahala sebagai contoh.

Penulis tak tahu pulak kalau cakap benda yang tak ada (fitnah) .. lepas tu sebar .. lepas tu nak hukum apa? Dalam konteks ada yang mengatakan Menteri kabinet akan ramai dari kaum Cina. Itu bukan termasuk dalam dosa pahala ke?

Penulis kadang-kadang keliru, apa jenis sebenarnya...?

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: