Ahad, 8 April 2018

RM500 seorang untuk hadir ke majlis pelancaran manifesto BN?

Sesekali berfikir di luar kebiasaan. Aku teringin nak berada dalam dunia penyokong tegar BN. Bertindak sebagai penyokong, malah sanggup 'mati' demi BN. Teringin mengetahui;

1. Apa yang menyebabkan mereka 'setia' dengan BN walaupun skandal 1MDB sudah meletup seluruh dunia. Dibicarakan lebih dari 5 buah negara. Tertangkapnya kapal mewah milik rakan baik Najib. Terdedahnya skandal 2.6 billion. Malah laporan ke atas anak tiri Najib. Sudah cukup memalukan
2. Apa yang menyebabkan mereka sanggup berkumpul, bersorak hebat! hebat! hebat! pada malam pengumuman manifesto BN!
3. nak tahu kenapa dan bagaimana rasanya menjadi penyokong tegar BN.

Secara peribadi, aku tak percaya penyokong BN terutama melayu UMNO hanya menyokong jika diberi habuan .. Che Det kata dedak. Kalau benar kata Che Det, jauh berbeza dengan penyokong pakatan. Penyokong pakatan tidak diberi bas percuma, duit kopi malah makan percuma.

Aku hormat demokrasi. Aku hormat pendirian penyokong BN untuk engundi dan menyokong BN. Cuma aku tak faham apa sebenarnya mereka sokong itu?

Jadi aku masih menagih untuk mengetahui apa sebenarnya isi perut penyokong BN tersebut. Siapa ada jawapan ..?

kesimpulan:
RM500 seorang untuk hadir ke majlis pelancaran manifesto BN? Ternyata tidak benar. Aku tak percaya 40 ribu penyokong tersebut sanggup makan dedak, walaupun mulut mereka nampak macam ada dedak!

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

2 respon:

Tanpa Nama berkata...

Orang datang beramai2 tu kalau2 ada fulus dapat..dapat tak entahlah. saya tak pergi. Ada pengangkutan percuma. Yang tak naik bas kena naik keta lah..hihihi...lama tuan tanah tak update laman ni...

Tanpa Nama berkata...

Kira power pasir tuh tak betul ke???