Wanita Umno.
“Datuk Seri presiden dah kencing tiga juta ahli Umno. Dia kata 3 juta ahli Umno sokong penuh kepimpinan beliau.
“Saya minta Majlis Tertinggi Umno bawa Datuk Seri Najib 'pi' (pergi) berubat,” katanya dalam dialek utara.
Namun, di sebalik kemarahannya, Anina menegaskan beliau tetap menyokong Umno dan akan terus mengundi Barisan Nasional (BN).
“Saya sokong Barisan Nasional. Demi Allah, saya Umno. Walau apa pun, saya pangkah Barisan Nasional," katanya dengan nada suara yang tinggi.
Wanita itu turut menegaskan, kritikan beliau adalah disebabkan rasa cinta dan sayangnya terhadap parti Melayu itu dan beliau tidak mahu dirinya dipertikai
ekoran ucapan yang dibuatnya tersebut.
“Jangan pertikai kesetiaan saya kepada Barisan Nasional, kepada Umno. Tapi kita lihat kepada presiden kita yang sedang kencing kita setiap hari.
"Setiap hari kencing kita, keluar dekat televisyen merata-rata" katanya dengan nada marah dan loghat Kedah itu.
Rakaman ucapan beliau tersebut viral di laman Facebook dan setakat ini mendapat tontonan lebih 230,000 pengguna media sosial.
Tidak dapat dipastikan beliau ketika itu sedang menghadiri mesyuarat bahagian atau cawangan Umno yang mana satu. – 10 Ogos, 2015.
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
0 respon:
Catat Ulasan