Selasa, 11 Ogos 2015

Dr Mahathir tidak percaya 3 juta ahli Umno sokong Najib

Dr Mahathir Mohamad tidak percaya semua 3 juta ahli Umno menyokong Datuk Seri Najib Razak seperti
didakwanya sebelum ini, malah ahli parti Melayu itu sendiri secara terbuka mengkritik presidennya.

Dr Mahathir berkata daripada perkembangan semasa khususnya menerusi Internet dan media sosial, beliau tidak merasakan majoriti ahli Umno menyokong perdana
menteri itu.

"Kalau kita baca dalam Internet, Twitter dan sebagainya, orang ramai suruh dia berhenti (letak jawatan), ramai yang suruh itu juga ahli Umno sendiri.

"Saya pun ahli Umno juga," kata Dr Mahathir yang juga bekas perdana menteri dan presiden Umno pada sidang media selepas sesi dialog di Universiti Tunku
Abdul Rahman di Kajang, Selangor hari ini.

Walaupun Najib dikatakan mendapat sokongan daripada ketua bahagian yang sudah menyatakan pendirian mereka berdiri di belakangnya, Dr Mahathir berkata ia
disebabkan kerana peruntukan yang diberikan kepada setiap pemimpin akar umbi tersebut.

"Najib sudah mengaku memberikan wang kepada orang (ketua bahagian) dan mempersoalkan mengapa mereka tidak menyokongnya.

"Mereka sudah dapat wang jadi sebab itu mereka menyokongnya. Jika tidak ada wang mereka tidak menyokongnya," kata Dr Mahathir.

Najib semasa berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Kota Melaka di Bandar Hilir pada 1 Ogos lalu berkata tidak akan meletakan jawatan kerana
3 juta ahli parti itu teguh berdiri di belakangnya.

Beliau berkata, sebagai seorang yang dipilih secara demokratik berdasarkan perlembagaan parti yang baharu, beliau perlu diberi ruang bagi berkhidmat dengan
cara terbaik untuk Umno dan rakyat.  

"Berkat dari sokongan Umno yang saya rasa masih jitu dan ampuh, suara seorang suruh saya turun, saya tidak akan turun sebab 3 juta ahli Umno ada bersama
saya," katanya.

Najib ketika ini berdepan dengan defisit keyakinan berpunca daripada skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan terbaru melibatkan isu sejumlah wang
RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya.

Lebih memburukkan keadaan apabila beliau memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada Kabinetnya sebagau timbalan perdana menteri dan beberapa menteri lain
yang tidak sehaluan dengannya dalam isu 1MDB.

Perwakilan Umno yang bersidang di peringkat bahagian ini juga hangat dengan beberapa kritikan pedas terhadap kepimpinan Najib selaku presiden parti. –
10 Ogos, 2015.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: