ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah "tidak sah".
"Sejak awal, pasukan khas itu ditubuhkan secara tidak sah. Mereka tidak sepatutnya menyiasat perdana menteri atau mana-mana individu berkaitan hal itu.
"Pasukan khas asal ditubuhkan bagi melihat keseluruhan polisi sistem perbankan seperti pengubahan wang haram, aliran dana haram, pengurup wang yang menggunakan
cara yang haram untuk memindahkan wang dari dalam dan luar negara, transaksi wang secara haram melibatkan pengganas dan penjualan dadah serta kelemahan
yang ada di dalam sistem.
"Ini adalah sebab kenapa peguam negara, Bank Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dan polis terlibat," katanya dalam wawancara dengan The Star
Online.
Selain itu, Abdul Rahman berkata, peguam negara tidak sepatutnya terlibat dalam penyiasatan itu demi memastikan pengasingan kuasa.
Pasukan petugas khas itu dibubarkan dengan serta merta selepas Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail telah dipecat daripada jawatan tersebut dan diganti
dengan Datuk Seri Mohamed Apandi Ali.
Walaupun pembubaran pasukan petugas khas itu, Abdul Rahman, yang juga menteri kabinet menegaskan bahawa siasatan masih boleh diteruskan.
-Malaysia Kini-
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
1 respon:
Rahman Dahlan ni terencat akal. Pi layan budak bodoh ni apa hal???
Budak sekolah pun tahu kerja SPRM adalah untk menyiasat perbuatan rasuah. Dlm kes 1MDB, pelaku rasuah no 1 yang disyaki adalah Najib, pahlawan bugis yg mempunyi DNA melanun dan merembat harta rakyat.
Tak sah kepala otak kau, Rahmah. Tak sah suruhlah Boss kau pi saman SPRM.
Catat Ulasan