Isnin, 17 Ogos 2015

Tak mungnkin Ahmad Maslan menangis teresak-esak kot ..hehehe


Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan yang sering mengeluarkan kenyataan kontroversi dan mengundang kemarahan orang ramai "diboo" perwakilan kawasannya
sendiri semasa Mesyuarat Bahagian Pontian hari ini.

Ahmad, yang juga timbalan ketua bahagian Pontian "diboo" hampir 3 kali setiap kali namanya disebut dalam mesyuarat yang dirasmikan Timbalan Presiden Umno
Tan Sri Muhyiddin Yassin itu.

Muhyiddin dalam ucapannya juga terpaksa menasihati perwakilan supaya tidak menghina wakil rakyat mereka itu, sebaliknya menegur secara baik.

"Jangan boo beliau, beliau timbalan ketua bahagian kamu," kata Muhyiddin selepas perwakilan menyorak "boo" kepada Ahmad semasa mengucapkan tahniah kepadanya kerana masih menjadi menteri.

Malah, Ketua Umno Bahagian Pontian Datuk Ir Hasni Mohammad juga menegur Ahmad secara terbuka semasa mesyuarat yang berlangsung hari ini dengan mengatakan Umno bukan parti untuk pengampu.

"Umno ini bukan pengampu," katanya yang mendapat sorakan hebat daripada perwakilan.

Ahmad sepanjang mesyuarat berlangsung berada dalam keadaan tidak tenang dan raut mukanya berubah sama sekali akibat tindakan perwakilan itu.

Malah, beliau juga tidak berada semasa majlis minum teh dengan Muhyiddin dan balik meninggalkan majlis sebaik berakhir perasmian mesyuarat tersebut.

Berbeza dengan sambutan yang diberikan kepada Muhyiddin, perwakilan bersorak dan melaungkan "Hidup Muhyiddin" dan bertepuk tangan sebaik masuk ke dalam
dewan.

Sementara itu, Hasni berkata Umno ketika ini berdepan cabaran paling hebat di mana sudah hilang keyakinan dan kepercayaan rakyat ekoran beberapa skandal
yang melibatkan kerajaan pemerintah, sama ada dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hingga ke isu pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST).

"Ini semua berpunca daripada kemelut akhir-akhir ini, sama ada soal 1MDB, sama ada soal RM2.6 bilion, sama ada isu di Low Yat, sama ada isu penjualan aset
Mara, sama ada isu Felda, sama ada isu GST dan sebagainya, semua ini sudah menghilangkan keyakinan rakyat," kata Hasni dalam majlis sama.

Ahmad sebelum ini paling lantang dalam mempertahankan Najib dalam 1MDB dan sering memberikan kenyataan kontroversi dalam isu GST.

Malah, Ahmad juga ditegur Muhyiddin sendiri susulan kenyataan "esok bukan pilihan raya".

Muhyiddin menyifatkan kenyataan Ahmad sebagai "lawak antarabangsa" kerana katanya, ia tidak masuk akal akal.

Pada 26 Julai, ketika merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Cheras, Muhyiddin berkata, BN akan kalah sekiranya Parlimen dibubarkan esok, bagi membawa
maksud sekiranya PRU14 diadakan dalam tempoh terdekat.

Ahmad, kemudiannya pada 30 Julai ketika ditanya pemberita berkata, beliau tidak perlu menjawab sama ada BN boleh menang PRU14 atau tidak jika ia diadakan

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

3 respon:

Tanpa Nama berkata...

kah..kah..kah..korang kat pontian masuk aje menteri cgpa 3.85 jawa jendol tu dalam tanah abis cite ..kah..kah..kah..x perlu boo lagi..kah..kah..kah..?

Tanpa Nama berkata...

ahmad maslan menangis org x kesian tp org gelak......

WAN JOHORIAN berkata...

Sudahlah jatuh kemaluannya, peluang menjadi wakil rakyat selepas PRU14 sudah terkubur.