Isnin, 17 Ogos 2015

Sejak jadi TPM, Zahid sudah dilabel kaki fitnah oleh MP BN .. saksikan!!

Dua anggota parlimen BN hari ini menafikan dakwaan terlibat dengan gerakan untuk menggulingkan kerajaan.

Penafian itu dibuat berikutan tersebarnya senarai 20 orang wakil rakyat BN yang didakwa terlibat dengan gerakan tersebut.

Anggota parlimen Parit Sulong, Datuk Noraini Ahmad (gambar) berkata dakwaan terhadapnya palsu, fitnah dan berniat jahat.

"Ini palsu dan fitnah yang berniat untuk memporak-perandakan kerajaan.

“Benda ini fitnah. Tak ada (asas)," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Sabtu lalu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi mendakwa terdapat seorang pemimpin Umno kini sedang mengetuai gerakan menjatuhkan kerajaan melalui pintu belakang dengan sokongan ahli parlimen pembangkang.

Zahid yang juga menteri dalam negeri berkata, terdapat usaha mendapatkan akuan berkanun (SD) di kalangan ahli parlimen pembangkang serta menarik ahli parlimen BN supaya menumbangkan kerajaan.

Sementara itu, laman web Majlis Penyokong BN (BNBBC) melaporkan, ahli parlimen Gerik Datuk Hasbullah Osman pula terkejut dengan senarai itu dan menyifatkannya tidak masuk akal.

"Semalam baru perdana menteri merasmikan mesyuarat Umno bahagian saya, mustahil saya mahu menjemput beliau kalau saya mahu menjatuhkan beliau.

“Orang yang buat fitnah itu pun bodoh sangat, amat bodoh," beliau dipetik sebagai berkata.

Selain itu, Hasbullah juga mendakwa, "fitnah" itu bertujuan untuk menunjukkan BN tidak lagi kuat.

Sedangkan, beliau berdiri dan menyokong sepenuhnya di belakang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak serta tidak mempunyai sebarang masalah.

- mkini

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

Habis bercelaru haru.teruskan putar najib.wang besar wang besar sampai kepala hang terus berputar n tak dpt berhenti lg.tak apa najib rumah sakit jiwa byk.