Rabu, 12 Ogos 2015

“Orang gila saja tak faham kebaikan Ringgit jatuh” - Nazri Aziz

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mengulangi kenyataan bahawa penurunan nilai Ringgit baik untuk pelancongan negara.

Katanya, ini adalah masa sesuai pelancong asing melabur wang di negara ini dan pelancong tempatan pula lebih memilih untuk melancong dalam negara.

“Penurunan mata wang Ringgit baik untuk pelancongan, pelancongan dalam negeri. Apabila wang kita lemah, adakah anda pergi ke London? Di mana anda membelanjakan wang anda?

“Anda akan membelanjakan wang anda di Port Dickson dan Pulau Pinang,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pengisytiharan Warisan Kebangsaan kali keempat di Muzium Negara pada Selasa.

Ahli Parlimen Padang Rengas itu berkata, hanya orang gila sahaja tidak akan memahami apa yang diperkatakannya.

“Hanya orang gila yang tidak memahami bahawa penurunan mata wang Ringgit membawa kepada kebaikan kepada pelancongan,” katanya.

Nilai ringgit terkini USD1 bersamaan dengan RM4.00.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

2 respon:

Tanpa Nama berkata...

ni satu menteri yang dah mentally unstable, flip flop, otak dah turun tang lutut, bercakap pun dari lubang jubur. tak yah layan, kalau layan kita pun akan terjangkit penyakit sawan tu.

gajimati berkata...

Orang gila memang x boleh faham sebab dia gila .... orang BAHLOL saja yang kata orang gila x boleh faham.