Rabu, 12 Ogos 2015

Kakak kantoikan bapa tiri rogol adiknya

Chukai: Seorang nelayan berusia 53 tahun, kelmarin ditahan reman tujuh hari kerana disyaki merogol anak tirinya yang berumur 10 tahun dalam kejadian di
Kampung Baru, Kerteh, Khamis lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintendan Normansah Din berkata, kejadian itu disedari kakak mangsa yang ketika itu bersama rakannya menuju
kedai berhampiran dan terserempak mangsa keluar dari kawasan semak, kira-kira jam 2 petang.

"Kakak mangsa kemudian membawa adiknya pulang ke rumah dan memaklumkan kejadian itu kepada keluarganya dan apabila ditanya lanjut, mangsa mendedahkan ayah
tirinya pernah melakukan perbuatan sama sebanyak dua kali sebelum ini.

"Kakak mangsa kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Kerteh kira-kira jam 10.30 pagi, keesokan harinya. Susulan laporan itu, pihak polis semalam
menahan reman suspek selama tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes itu," katanya menambah kes disiasat mengikut seksyen 376(B) Kanun Keseksaan
kerana merogol mangsa bawah umur.

Menurutnya, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kemaman dan hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan kemasukan objek di kemaluan mangsa.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/69349#sthash.V6omaYHg.dpufChukai: Seorang nelayan berusia 53 tahun, kelmarin ditahan reman tujuh hari kerana disyaki merogol anak tirinya yang berumur 10 tahun dalam kejadian di
Kampung Baru, Kerteh, Khamis lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintendan Normansah Din berkata, kejadian itu disedari kakak mangsa yang ketika itu bersama rakannya menuju
kedai berhampiran dan terserempak mangsa keluar dari kawasan semak, kira-kira jam 2 petang.

"Kakak mangsa kemudian membawa adiknya pulang ke rumah dan memaklumkan kejadian itu kepada keluarganya dan apabila ditanya lanjut, mangsa mendedahkan ayah
tirinya pernah melakukan perbuatan sama sebanyak dua kali sebelum ini.

"Kakak mangsa kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Kerteh kira-kira jam 10.30 pagi, keesokan harinya. Susulan laporan itu, pihak polis semalam
menahan reman suspek selama tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes itu," katanya menambah kes disiasat mengikut seksyen 376(B) Kanun Keseksaan
kerana merogol mangsa bawah umur.

Menurutnya, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kemaman dan hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan kemasukan objek di kemaluan mangsa.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/69349#sthash.V6omaYHg.dpuf

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: