Jumaat, 14 Ogos 2015

Kejutan dari Zeti Akhtar Aziz

Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz hari ini tidak mahu menyentuh tentang RM2.6 bilion yang didepositkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, dengan berkata beliau mungkin ditangkap jika bercakap tentang individu tertentu.

"Saya perlu berhati-hati apa yang saya cakap - bahawa ia perlu dalam batasan undang-undang.

"Jika tidak, sebaik sahaja saya melangkah keluar dari pintu ini, saya akan berdepan ditangkap kerana bercakap tentang seseorang individu sekarang.

"Dan saya yakin anda tidak mahu perkara ini berlaku," katanya dalam sidang akhbar di ibu pejabat bank pusat itu di Kuala Lumpur hari ini.

Respons Zeti itu disambut dengan ketawa wartawan dan pegawai Bank Negara yang hadir.

Satu
klip video
mengenai respons beliau itu juga dimuat naik di Pocketimes.

Zeti ditanya sama ada Bank Negara mempunyai apa-apa pengetahuan mengenai deposit yang besar itu ke dalam akaun bank peribadi perdana menteri.

Hari ini merupakan penampilan pertama beliau sejak beberapa minggu ubu selepas menjadi sasaran serangan berhubung peranan Bank Negara Malaysia dalam menyiasat 1MDB, di mana pihak-pihak tertentu menuduh bank pusat itu membocorkan maklumat.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyiasat mengenai deposit itu menyaksikan penyiasatnya ditangkap polis dan rumah serta pejabat mereka digelidah.

Penyiasat utama SPRM dalam kes itu dipindahkan keluar secara mendadak tetapi ia kemudiannya dibatalkan ekoran bantahan awam.

SPRM berkata RM2.6 bilion itu bukan dari 1MDB tetapi "sumbangan penderma".

Ia merancang memanggil Najib untuk menjelaskan mengenai deposit tersebut.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: