Isnin, 10 Ogos 2015

Kantoi rakam video bawah skirt wanita di Mid Valley

Kegiatan licik tidak bermoral seorang lelaki tempatan berumur 31 tahun yang merakam bawah skirt seorang wanita di kompleks membeli belah Mid Valley, terbongkar
apabila tindakannya disedari teman lelaki mangsa, semalam.

Aktiviti suspek membuat rakaman ketika mangsa menaiki eskalator dikesan berikutan penemuan beberapa rakaman video daripada telefon bimbit suspek yang dirampas
polis.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Sharul Othman Mansor berkata dalam kejadian pukul 6.10 petang itu, mangsa yang merupakan seorang pelajar, sedang menaiki
tangga eksalator ke tingkat dua kompleks membeli belah itu bersama teman lelakinya.

"Teman lelakinya naik dahulu tangga eskalator kemudian mendapati suspek berada di belakang mangsa. Kemudian teman lelaki mangsa melihat suspek memegang
telefon bimbit di celah kangkang mangsa.

"Bagaimanapun, suspek tidak menyedari tingkah lakunya diperhatikan teman lelaki mangsa sebelum dia disergah atas kesalahannya itu," katanya ketika dihubungi
hari ini.

Sharul Othman berkata dua pengawal keselamatan di komplek beli belah itu bertindak menahan suspek sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Polis merampas sebuah telefon bimbit Samsung berwarna hitam yang mengandungi video mangsa yang dirakam suspek bagi membantu siasatan.

Suspek ditahan menurut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil dan direman sehingga Selasa depan. – Bernama, 9 Ogos, 2015.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: