Namun, satu insiden kelewatan bas jemaah umrah bertolak dari Kota Madinah ke Kota Mekah membuatkan Azwan Ali mengamuk di media sosial. Kali ini amukan beliau ditujukan terus kepada agensi pengurusan umrah Utas Travel and Tours di Melaka yang membawanya.
Melalui Instagram, Azwan ALi memuatnaik perbualan bersama ejen yang menguruskannya. Beliau meluahkan rasa tidak puas hati dengan jadual perjalanan yang diubah di mana sepatutnya jemaah perlu bertolak lebih awal ke kota Mekah kerana perjalanan yang mengambil masa.
Salah seorang pegawai agensi yang pernah mengendalikan Azwan Ali turut memberikan penjelasan di Facebook tentang perubahan jadual tersebut. Menurutnya, itu merupakan amalan biasa sejak bertahun-tahun untuk bertolak sekitar 10 pagi dari Madinah ke Mekah.
“Kenapa saya ingin kongsikan perkara ini, kerana saya pun bekerja sebagai (ejen) menguruskan jemaah untuk menunaikan umrah. Dan dia pernah sekali pergi umrah dengan agensi kami. Kami penat nak layan kerenah dia sebelum pergi dan sampai di sana pun ada yang tidak puas hati,” ujar pegawai yang menggunakan nama Samuel Prince tersebut.
Walaupun celupar Azwan Ali buat ni bersebab kononnya demi kebaikan semua pihak. namun, semua benda ni jika boleh dibawa bincang baik-baik, itu lebih bagus. Tak perlu nak dikecohkan hingga sampai kepada pengetahuan umum. Adalah lebih baik Azwan Ali fokus kepada ibadah di sana.
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
2 respon:
Org gila glamor, buat ibadah pun nk tunjuk
patut check mental........
Catat Ulasan