Menurut laporan itu, penyiasat mengatakan ahli lembaga pengarah 1MDB merasakan perjanjian menubuhkan syarikat usaha sama itu ditandatangani dengan tergesa-gesa, menyebabkan 2 anggota kanan lembaga itu berhenti.
Memetik penyiasat, akhbar itu berkata isunya bermula pada 28 September 2009, apabila perjanjian ditandatangani dengan segera untuk menubuhkan 1MDB PetroSaudi Ltd, yang tidak disenangi ahli lembaga.
Ini kerana hanya 10 hari sebelum itu, pada 18 September, mereka dimaklumkan mengenai perjanjian dengan PSI dan aset minyak dan gas di Turkmenistan dan Argentina dinilai.
Tetapi pada 28 September, perjanjian ditandatangani dengan PetroSaudi Holdings (Cayman) Ltd, anak syarikat milik penuh PSI.
1MDB dilaporkan membayar AS$1 bilion untuk 40% kepentingan dalam usaha sama itu.
Penyiasat gagal menemui sebarang dokumen mengenai kewujudan aset dan penilaian PetroSaudi Holdings (Cayman).
Lembaga juga tidak dimaklumkan mengenai pinjaman berjumlah AS$700 juta yang disalurkan PetroSaudi Holdings (Cayman) kepada syarikat usaha sama itu pada 25 September, tiga hari sebelum perjanjian itu ditandatangani.
Syaratnya ialah pinjaman itu akan dibayar balik sepenuhnya pada 30 September.
Menurut laporan itu, lembaga 1MDB meluluskan perjanjian AS$1 bilion itu dan untuk wang tunai itu dipindahkan ke akaun syarikat usaha sama, 1MDB PetroSaudi.
Tetapi pada 30 September, hanya AS$300 juta daripada AS$1 bilion sahaja dipindahkan ke akaun usaha sama itu.
Penyiasat berkata kira-kira AS$700 juta didepositkan ke dalam akaun lain, kata akhbar itu.
Lembaga itu dikatakan tidak gembira kerana perjanjian itu ditandatangani dengan tergesa-gesa dan hakikat yang AS$700 juta dipindahkan ke syarikat lain tanpa kebenaran mereka.
"Lembaga itu kemudiannya mengarahkan AS$700 juta dikembalikan kepada syarikat usaha sama itu, tetapi tiada tindakan diambil," penyiasat itu dipetik berkata.
Pengerusi 1MDB Datuk Mohd Bakke Salleh dan Tan Sri Azlan Mohd Zainol yang dikatakan tidak berpuas hati dengan pengurusan 1MDB dalam hal itu, kemudiannya meletak jawatan.
Pegangan 40% itu ditukar kepada kertas hutang Islamik bernilai AS$1.2 bilion pada 31 Mac, 2010.
Pada tahun itu juga, 1MDB meminjamkan lagi sebanyak AS$500 juta dan AS$300 juta kepada 1MDB PetroSaudi.
Kertas hutang Islamik itu ditebus pada 2012 dan 1MDB berakhir dengan pegangan 49% dalam PetroSaudi Oil Services Ltd, yang bernilai AS$2.2 bilion.
1MDB kemudiannya menjual pegangan 49% itu kepada Bridge Partners International Investment Ltd pada Ogos 2012 dan mendapat nota janji hutang berjumlah AS$2.32 daripada Bridge Partners.
1MDB melalui anak syarikatnya Brazen Sky Ltd kemudian melabur nota janji hutang itu ke dalam Bridge Global Absolute Return Fund SPC dan Bridge Partners Investment Management Company (Cayman) Ltd.
Ia kemudiannya menebus sebahagian daripada wang itu berjumlah AS$1.22 bilion, dengan bakinya disimpan dalam pelbagai portfolio, kata laporan itu. – 11 Julai, 2015.
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
0 respon:
Catat Ulasan