Jumaat, 12 Jun 2015

Kenapa Najib masih berahsia tentang Najib .. dedahkan semua .. biar terburai!

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak berkata, tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad didorong oleh kepentingan diri sendiri dan bukannya kepentingan negara.

Beliau juga yakin rakyat akan membuktikan bahawa bekas perdana menteri itu silap dalam pilihan raya akan datang.

Katanya, jika BN kekal bersatu, beliau percaya rakyat akan membuktikan Mahathir silap dalam pilihan raya akan datang apabila memahami bahawa dakwaannya adalah palsu dan didorong oleh kepentingan diri sendiri, bukan kepentingan Malaysia.

Menulis dalam blognya, Najib juga berkata adalah malang apabila Mahathir telah sekali lagi, menentang kepimpinan partinya sendiri.

Katanya, serangan terbuka itu hanya akan menjejaskan Umno, kerajaan dan akhirnya Malaysia.


Menurut Najib, ramai orang yang bertanya apa yang mendorong Mahathir untuk membuat serangan terhadap seorang perdana menteri.



"Jawapannya adalah dia mahu saya meletakkan jawatan, sebagaimana dia sebelum ini mahu Tun (Abdullah Ahmad) Badawi meletakkan jawatan, kerana saya enggan melaksanakan tuntutan peribadinya," kata Najib.



Menurutnya, beliau enggan melaksanakannya kerana adalah menjadi tugasnya sebagai perdana menteri yang dipilih secara demokratik untuk memimpin negara ini dan melakukan apa yang beliau percaya yang betul untuk seluruh negara, dan bukan satu orang.



"Saya tidak percaya rakyat mahu seorang bekas perdana menteri untuk memerintah dengan proksi," tambahnya.


* kita nak Tanya Najib. Apa tuntutan peribadi itu. Sila nyatakan atau anda hanya bersilat lidah!!

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: