Jumaat, 12 Jun 2015

Apasal sekumpulan ahli PAS Negeri Sembilan ini tetiba keluar parti ..?



Sekumpulan akar umbi PAS di Negeri Sembilan hari ini mengumumkan peletakan jawatan daripada jawatan disandang serta keluar daripada parti Islam itu.

Pemimpin-pemimpin PAS Jelebu membuat keputusan itu kerana kecewa dengan kempen pilihan parti itu sebelum ini yang dikatakan kotor, sekali gus menghilangkan identitinya sebagai parti berteras Islam.

Mereka juga tidak bersetuju dengan tindakan muktamar menerima usul memutuskan hubungan dengan DAP kerana langkah politik itu dilihat tidak strategik untuk menumbangkan BN dalam pilihan raya umum akan datang.

“Keputusan yang diambil oleh PAS ini menyebabkan kredibiliti dan tanggapan umum kepada PAS telah tercalar.

“Tanpa sokongan dan dukungan kerjasama Pakatan Rakyat, PAS tiak ada berada pada kedudukan yang ada sekarang ini,” kata mereka.

Empat orang pemimpin PAS Jelebu menandatangani kenyataan itu.

Mereka ialah Ketua Pemuda PAS kawasan Mohd Faizal Fadli Idrus, pengarah pilihan raya Saiful Bahri Jaaman serta dua pemimpin cawangan Maslan Mohamad Yusuf, Raniman A Rani dan Omar Othman.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

2 respon:

lagu tu laa berkata...

betul-betul ka cubaaan ni???? kalu betul baguih la.depa takut ka nanti kena lotot dan siku mamat nasarudin tontowi tu?

Unknown berkata...

Itu tandanya ahli dah meluat dgn Pas Baru yg bodoh,bebal,bangang dan lidah bercabang cam biawak kabok..Pagi cakap lain,tghari cakap lain,petang cakap lain,malam cakap lain,rini cakap lain,esok pun cakap lain...hamPAS betol puak 2 ni!!!