kerana dihantar dengan tangan.
Kemelut DAP-PAS semakin meruncing apabila Setiausaha PAS Pulau Pinang yang berkhidmat sebagai Pegawai Penerangan gred S41 dalam kerajaan negeri diberhentikan
kerja, berkuatkuasa Jumaat lepas.
Notis bertarikh 12 Jun dari Pejabat Setiausaha Kerajaan negeri itu dihantar dengan tangan kepada Mohd Fadzil Kemi yang
memegang jawatan sebagai Pegawai Penerangan kepada Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.
Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Farizan Darus yang mengesahkan notis tersebut berkata beliau yakin notis itu diterima Mohd Fadzil pada Jumaat lepas
kerana dihantar dengan tangan.
"Notis pemberhentian perkhidmatan itu berkuat kuasa pada 12 Jun 2015 dengan bayaran satu bulan gaji menggantikan notis selaras dengan fasal 9, perjanjian
kontrak dihantar kepada Mohd Fadzil," katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.
Katanya, dalam tempoh perjanjian kontrak setahun yang ditandatangani
pada 12 Disember tahun lepas, mana-mana pihak boleh menghentikan kontrak tersebut tanpa sebarang alasan.
Sementara itu usaha untuk mendapat maklum balas daripada Mohd Fadzil yang juga merupakan ahli Lembaga Pengarah Zakat Pulau Pinang, gagal kerana beliau
tidak dapat dihubungi.
Semalam, Ketua Menteri Lim Guan Eng dalam satu kenyataan mendesak kepimpinan baharu PAS untuk mengarahkan wakil- wakilnya untuk mengundur diri.
Beliau berkata adalah tidak logik kepimpinan baharu PAS masih cuba berbelit-belit yang mereka masih membincangkan usul memutuskan hubungan dengan DAP,
bila usul itu "diterima" tanpa bahas dan "bukan dirujuk" oleh Muktamar PAS.
Lim berkata tiga wakil PAS dalam kerajaan PAS, iaitu Mohamad Sabu, Ustaz Mujahid Yusof Rawa dan Ustaz Rosidi Hussain meletakkan semua jawatan mereka dalam
kerajaan negeri Pulau Pinang.
Kemelut DAP-PAS berlaku selepas Dewan Ulama PAS sebulat suara meluluskan usul tergempar untuk memutuskan hubungan dengan DAP dalam Muktamar Tahunan PAS
ke-61 tanpa bahas, namun akan meneruskan tahaluf siyasi atau kerjasama politik dalam pakatan pembangkang. – Bernama
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
0 respon:
Catat Ulasan