Ahad, 14 Jun 2015

Nazri Aziz cabar 'hentam' dia depan-depan

Terkenal dengan sikapnya yang lantang, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz mencabar pihak yang mengkritiknya melalui media sosial
untuk bersemuka, bukannya bersembunyi di sebalik internet.

"Saya mungkin seorang menteri yang tidak mempunyai akaun Twitter dan Facebook (FB).

"Saya tidak percaya dengan Facebook, saya lebih percaya dengan bersemuka (untuk komunikasi).

"Sekiranya anda mahu menghentam (saya) secara lisan, hentam saya depan-depan. Saya boleh jawab dengan cara mudah,” katanya.

Nazri berkata demikian selepas beliau dibidas dalam media sosial kerana
mengingatkan
Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim bahawa campurtangannya dalam politik boleh mengakibatkan beliau akan 'dibelasah' kerajaan.

Dalam wawancara eksklusif Malaysiakini semalam, Nazri berkata beliau tidak mengambil kisah terhadap pendapat negatif pengguna Internet yang ada selepas
itu.

“Saya tidak mengecam baginda. Saya berkomunikasi dengannya. Tengku Mahkota harus tahu pihak mana yang perlu dikecam dan pihak yang beliau akan bergantung
untuk melindungi keluarganya.

“Tetapi untuk mengatakan saya tidak mengenang budi, tahap intelektual golongan ini rendah. Jika tahap intelektual mereka rendah, saya tidak boleh membantu,”
katanya.

Terdahulu, Nazri mengecam kenyataan dimuatnaik Tengku Mahkota dalam FB yang menyelar tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana tidak hadir
sesi dialog Nothing to Hide pada 5 Jun lalu.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: