Isnin, 15 Jun 2015

Panas ... Parti kompenen BN suruh pecat Nazri Aziz

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz perlu dikenakan tindakan disiplin kerana menggertak untuk "belasah" Putera Mahkota
Johor Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim yang mengkritik politik negara, kata S Deva.
Ketua Pemuda MIC Johor itu berkata, pihaknya bimbang budaya biadap itu akan menular di kalangan pemimpin Barisan Nasional (BN) yang lain jika tiada tindakan
tegas diambil.
Katanya, Nazri sepatutnya menunjukkan contoh ikutan yang baik kepada rakyat supaya menghormati institusi diraja dan bukannya bertindak seperti ketua kumpulan
kongsi gelap dengan mengeluarkan kata-kata ugutan kepada Tunku Ismail.

"Pemuda MIC Johor mahu kepimpinan BN Pusat mengenakan tindakan disiplin kepada Datuk Seri Nazri. "Ini selari dengan semangat BN yang sentiasa mendokong
prinsip Rukun Negara yang salah satu daripadanya adalah Kesetiaan Kepada Raja dan Negara.
"Pemuda MIC bimbang, sekiranya tiada tindakan diambil terhadap kebiadapan Datuk Seri Nazri ini, budaya menghina dan bersikap biadap terhadap Institusi
Diraja di Malaysia akan menular di kalangan para pemimpin BN," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Katanya, Nazri juga perlu dipecat daripada jawatan Kabinet kerana gagal dalam program Tahun Melawat Malaysia tahun lalu apabila hanya mampu mencatat kemasukan
pelancong sebanyak 27.4 juta pelancong sedangkan sasarannya adalah sebanyak 28 juta pelancong.
"Ini pun sudah jelas membuktikan beliau gagal menguruskan kementeriannya dengan baik.
"Negara kita memerlukan pemimpin yang bijak serta mampu mengurus tadbir dengan baik dan bukannya hanya tahu bercakap seperti nyaringnya ‘tin kosong’,"
katanya.
Katanya, Nazri perlu menarik balik kenyataan biadapnya itu dan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Tunku Ismail dengan segera.

Katanya, sikap Nazri itu  membuatkan imej perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak terus tercalar.
"Pemuda MIC Johor berikrar akan sentiasa berdiri teguh di belakang Institusi Diraja Johor dan tidak akan membenarkannya dihina dan dicaci seperti apa yang
dilakukan Datuk Seri Nazri Aziz pada hari ini.
"Kami semua adalah anak Johor dan ingatlah hanya Johor yang mengenali Johor," katanya.
Nazri semalam memberi amaran kepada Tunku Ismail supaya menjauhi politik jika tidak mahu "dibelasah" apabila mengkritik Najib yang tidak muncul dalam program
"Nothing To Hide" bersama bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad minggu lalu.
Tunku Ismail pada 5 Jun lalu memuat naik status di laman Facebook 'Johor Southern Tigers' membidas Najib tidak muncul di khalayak umum menjawab persoalan
hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana mahu menyembunyikan banyak perkara.
Komen itu dimuat naik baginda beberapa jam selepas forum yang dianjurkan SukaGuam itu dibatalkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar atas faktor
keselamatan.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: