Selasa, 19 Mei 2015

Rakan niaga 1MDB buruan Interpol?

Syarikat pemaju hartanah asing yang menjadi rakan kongsi kontroversi kepada 1MDB, Mulia Group, dilaporkan mempunyai kaitan dengan seorang penjenayah yang diburu pihak berkuasa Indonesia sejak beberapa tahun lalu.

Berdasarkan laporan akhbar The Jakarta Post pada 2002, Mulia Group dimiliki Djoko Tjandra yang dikehendaki polis kerana disabitkan kesalahan melesapkan dana negara bernilai RM149 juta pada 2009.

Djoko dilaporkan menetap di Papua New Guinea sejak beberapa tahun lalu dan diberi kewarganegaraan, menyebabkan berlaku kerumitan untuk Jakarta membawanya pulang.

Djoko juga ada dalam senarai orang dikehendaki Interpol kerana kesalahan rasuah di Indonesia. Ketika ini dia memiliki dua kewarganegaraan.

Menurut laporan Forbes, Djoko juga adalah saudara kandung kepada Eka Tjandranegara yang dinamakan sebagai presiden, pengarah dan pemilik Mulia Group dalam kenyataan akhbar 1MDB pada 13 Mei lalu.

Tidak dapat dipastikan sama ada Djoko masih memiliki pegangan dalam Mulia Group selepas disabitkan kesalahan pada 2009.

Forbes menyenaraikan Eka Tjandranegara sebagai tokoh ke-17 paling kaya di Indonesia pada 2014 dengan nilai harta dianggarkan kira-kira RM6.07 bilion.

Dia dilaporkan memulakan perniagaan bersama bapa dan dua saudara kandungnya, termasuk  was Djoko.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: