Selasa, 19 Mei 2015

Betul ke Hadi Awang tak kisah ni ... sanggup ker ..

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berpendapat, isu Kabinet bayangan Pakatan Rakyat (PR) tidak begitu penting baginya dan beliau tidak
berkecil hati sekiranya tidak tersenarai di dalamnya.

Ahli Parlimen Marang itu berkata, PAS lebih berminat memberi perhatian kepada usaha menawan Putrajaya.

"Nama saya tak masuk dalam Kabinet itu pun tak apa, tak jadi masalah.

"Apa yang penting kita menang dan bagaimana nak mengisikan kemenangan itu, dan bukannya siapa-siapa yang jadi menteri," kata Hadi pada program Bicara Harakah
di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berkata demikian sewaktu diminta mengulas tentang cadangan pembentukan Kabinet bayangan itu yang dinyatakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan
Azizah Wan Ismail.

Kenyataan itu sekali gus menjarakkan lagi hubungan Hadi dan pimpinan PR lain yang akhir-akhir ini dilihat tidak sehaluan dalam kesungguhan PAS untuk melaksanakan
undang-undang hudud.

Dr Wan Azizah, presiden PKR yang baru sahaja mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen Permatang Pauh dan dilantik ketua pembangkang semalam, mahu melaksanakan
kembali Kabinet bayangan PR.

Katanya, jawatankuasa Kabinet bayangan setiap kementerian akan diwakili ahli Parlimen PR yang bertujuan memperkukuhkan timbang tara dalam kerajaan demi
memelihara kepentingan rakyat.

Beliau berkata, pelaksanaan Kabinet bayangan akan dilaksanakan mengikut turutan berdasarkan kepentingan yang diutamakan selepas beliau mengadakan perbincangan
hati ke hati dengan kepimpinan PR atas persetujuan bersama.

"Perbincangan hati ke hati yang kita bakal lakukan adalah dengan mengambil kira dasar bersama PR bertujuan untuk mematahkan dakyah politik perkauman dan
agama oleh kerajaan Barisan Nasional," katanya pada sidang media di Parlimen semalam. – 19 Mei, 2015.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

2 respon:

Tanpa Nama berkata...

Hari tu PAS kata tak menang pun takpa. Lani nak menang pulak.

Hapserey betui.

Dengki sangat kat DSAI dan keluarga.

Tanpa Nama berkata...

Nak tawan Putrajaya, bukankah sebelum ini ada pemimpin PAS mengatakan matlamat PAS bukannya untuk menawan Putrajaya tetapi hanya hendak mendapat keredhaan Allah?