Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah berkata, menerusi maklumat dan kerjasama orang awam, suspek lelaki itu dipercayai warga asing berusia sekitar 30-an yang menyewa servis apartmen berkenaan bersama pasangannya.
Beliau berkata, suspek dipercayai masih berada di negara ini.
Polis juga sedang menyiasat perakam video tersebut, katanya.
Rakaman video berdurasi 30 minit itu dipercayai dirakam penyewa di apartmen lain yang terletak berhampiran balkoni tersebut dan ia menjadi viral di media sosial.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 377D, 297 dan 294 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. - Bernama
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
0 respon:
Catat Ulasan