Khamis, 21 Mei 2015

Enam jahanam termasuk remaja noda wanita di dalam hotel

Enam sahabat termasuk seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam, terhadap pertuduhan merogol seorang wanita di sebuah hotel di Port Dickson, dekat sini, 1 Mei lalu.

Keenam-enam tertuduh iaitu Muhamad Arif Ismail, Muhamad Aziq Shafee, Muhammad Johan Eqmalhakim, Mohamad Zul Azam Mazli, Muhammad Amirul Hafiz Abd Rahim masing-masing berusia 20 tahun dan seorang pesalah juvana bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan berkenaan.

Pengakuan itu dibuat sebaik pertuduhan dibacakan secara berasingan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun.

Mengikut pertuduhan, semua tertuduh didakwa merogol seorang wanita berusia 21 tahun di dalam sebuah bilik di Hotel PD Marina, Telok Kemang, Port Dickson dekat sini, antara jam 10.30 malam hingga jam 12 tengah malam, pada 1 Mei lalu.



Bagi perbuatan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

2 respon:

Tanpa Nama berkata...

Semua nama bermula dgn Muhammad, tergamaknya mereka memburukkan nama insan yang paling mulia disisi ALLAH

Tanpa Nama berkata...

Inilah Syaitan yang bertopengkan Manusia, Jalankan Hukuman Pancung sahaja ke atas pesalah-pesalah ini, janganlah kamu berasa kasihan kepada mereka, jikalau kamu dikalangan orang-orang yang beriman"