Hanya kerana salah sidai baju, seorang pelajar tingkatan satu terpaksa menjalani pembedahan di mata kirinya selepas cedera akibat dirotan guru di salah
sebuah sekolah berasrama penuh di negeri ini, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, remaja berusia 13 tahun itu dirotan atas kesalahan tidak menyimpan baju yang disidai ke dalam almari ketika pemeriksaan
mengejut dijalankan oleh guru terbabit.
Bapa mangsa berkata, dia yang berniaga di Kajang, Selangor, terkejut selepas dimaklumkan anaknya dimasukkan ke Hospital Teluk Intan akibat dirotan oleh
salah seorang guru di sekolah terbabit.
Menurutnya, ketika kejadian, cermin mata yang dipakai anak sulungnya itu pecah akibat di rotan guru berkenaan menyebabkan serpihan kaca terkena pada kanta
mata sehingga luka.
“Berdasarkan laporan doktor, anak saya perlu menjalani pembedahan untuk menjahit dua kesan koyak di dalam bahagian mata kirinya terutamanya mata hitam.
“Guru terbabit mengakui merotan anak saya dan menghantarnya ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Walaupun dia menyatakan tidak sengaja dan meminta maaf
beberapa kali, saya berasa sedih dengan apa yang dialami oleh anak saya,” katanya.
Menurut bapa mangsa lagi, dia kesal dengan tindakan guru terbabit yang merotan anaknya secara melulu atas kesalahan yang tidak seberapa.
“Kalau benar satu kesalahan besar, saya tidak marah kalau guru terbabit memukul di bawah paras pinggangnya tidak perlulah membabitkan organ yang penting
itu. Anak saya masih muda dan mata sangat diperlukan untuk dia belajar.
“Anak saya kini mengalami trauma apabila di beberapa kali menyatakan tidak mahu kembali ke sekolah terbabit sebelum dibawa masuk ke bilik pembedahan.
“Saya juga bercadang untuk ambil tindakan selanjutnya,” katanya yang telah membuat laporan di Balai Polis Teluk Intan sejurusnya dirujuk Ibu Pejabat Polis
Daerah Perak Tengah.
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
5 respon:
Ambil tindakan saman sebab banyak kejadian sebegini kesalahan tak sebeberapa tidakan melampaui batas . Biarkan mereka serik .
Gilababi ke apa sebat mata pelajar
Tuntut ghanti rugi kesengsaraan dan sebagainya dengan mendakwa kmenterian pendidikan selaku keran jaang malaysia. Bab cikgu pun satu hal.
SIASAT DULU... JGN MEMBABI BUTA.... TAKKAN GURU SENGAJA SEBAT KAT MATA....
Nak disiasat apa lagi, dah memang guru itu yg merotan pelajar tersebut. Sengaja atau tidak bukan persoalannya, tidak mungkin ketika merotan itu guru terbabit sedang mengigau atau melatah!
Catat Ulasan