Jumaat, 22 Mei 2015

Mesyuarat tergempar: Najib atau Muhyiddin yang terpaksa berundur?

Mesyuarat  tergempar Majlis Kerja Tertinggi UMNO(MKT)  hendaklah dipanggil segera bagi mengesahkan ikrak taat setia kepada Presiden UMNO  Datuk Seri Najib dalam MKT baru-baru  ini berikutan dengan kenyataan terkini Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menimbulkan keraguan terhadap ikrak itu di kalangan pemimpin-pemimpin  UMNO dan ahli-ahli UMNO seluruhnya .

Tan Sri Muhyiddin jelas menampakan beliau   bersama dengan Mantan  Perdana Menteri Tun Dr.Mahthir tidak mahu  Najib  menunggu siasatan Ketua Juruaudit Negara ke atas 1MDB  malah sebaliknya  mahukan Anggota Lembaga Pengarah 1MDB segera letak jawatan dan disiasat polis.

Mesyuarat tergempar ini  juga perlu diadakan bagi  membincangkan samada Tan Sri Muhyiddin wajar dipecat dari MKT seperti yang dilakukan oleh Majlis Kerja Tertinggi UMMO terhadap Dr.Mahathir Mohamed pada 26 September 1969 setelah Tunku mendedahkan ada pihak pelampau hendak merampas kuasa dalam parti.

Sekiranya Muhyiddin tidak dipecat maka jalan penyelesaian mestilah dicari bagi memastikan  kesepaduan UMNO jika salah seorang iaitu  Muhyiddin atau Najib terpaksa berundur.

Kenyataan Muhyiddin ini  walaupun secara tertutup tetapi video mengenainya yang terdedah  serentak dengan pengumuman RM11  oleh  Perdana Menteri Datuk Seri Najib  di Dewan Rakyat hari telah menjadi viral yang lebih menarik perhatian rakyat dari RM11.

Dengan itu Najib tidak lagi dapat mengekalkan keyakinan rakyat dengan  dakwaan beliau mendapat sokongan dalam parti dan rakyat berasaskan sokongan MKT dan ketua-ketua bahagian yang dipentaskan.

Dengan kenyataan Muhyiddin itu membuktikan  tidak ada perpaduan dalam parti dalam menghadapi ancaman Mahathir ,1MDB ,krisis politik dan ekonomi sekarang.

Pendirian tegas Timbalan Presiden UMNO mengenai 1MDB  tidak boleh di perkecilkan  kerana beliau juga mempunyai pengaruh yang kuat dalam parti. Ia   telah  menimbulkan kegemparan dan meggoncang keyakinan dalam parti UMNO dan juga rakyat.

Muhyiddn tidak lagi dapat berselindung di sebalik sehelai lalang atas sokongannya terhadap Tun Mahathir  yang mahukan kekotoran 1MDB dibersihkan sebelum wabaknya menghancurkan UMNO dan kerajaan.

Kenyataan Muhyiddin  bahawa Najib tidak mahu dengar cakapnya mengesahkan cakap-cakap Tun Mahathir dan juga beberapa pihak bahawa  Najib tidak mahu dengar cakap orang.

Keraguan rakyat  terhadap kesepaduan  pucuk pimpinan  dan kestabilan parti berkuasa tidak boleh dibiarkan terus berlaku sehingga Pilihanraya Umum akan datang kerana wabaknya sedang merebak  melibatkan kestabilan  ekonomi negara dan juga masa depan UMNO.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: