Sabtu, 23 Mei 2015

Identiti pengkhianat dalam UMNO kini terbongkar

Pendedahan video klip ucapan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam program kursus Keris 2314 di bawah kelolaan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada hari pembentangan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) merupakan satu perkara yang sangat memalukan UMNO, baik dalam kem Muhyiddin mahupun Najib sendiri.

Menurut sumber ucapan tersebut dirakam pada Sabtu lalu oleh salah seorang Timbalan Ketua UMNO Bahagian dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang juga merupakan urusetia Keris 2314 ini.

Ucapan Tan Sri Muhyiddin dalam majlis tertutup itu telah menggambarkan perbezaan dan perbalahan dalaman dalam kem UMNO yang semakin melebar.

Blog pro UMNO pula melaporkan tindakan menyebarkan video tersebut sebagai sabatoj kepada parti.

Namun apabila ia disebarkan dan dimanipulasi seolah-olah Najib dan Muhyiddin bersengketa ia merupakan agenda jahat dari dalam.

Lebih serius mengapa Timbalan Ketua UMNO Bahagian ini memilih hari pembentangan RMK 11 yang sepatutnya menjadi satu lagi “benchmark” kepada kerajaan Barisan Nasional dalam menarik sokongan rakyat?

Beliau boleh sahaja memilih hari Ahad, isnin, selasa atau Rabu lepas. Tapi ia memilih hari ini. Untuk apa?

Nampaknya 'kemaluan' itu tidak boleh disorok lagi .. semua rakyat sudah tahu!

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

Kalau benar katakanlah benar buat apa hendak sembunyi, kalau sembunyi dalam peti besi sekali pun jika Allah hendak bagi tahu pada rakyat akan terburai juga ,berdirilah dengan kaki yang tidak sakit usah tempangkan lagi perkara yang telah rosak.