Sabtu, 23 Mei 2015

Projek e-book Terengganu akhirnya dihentikan setelah didapati membazir

Projek ‘Buku Elektronik’ e-Book yang mula diperkenalkan oleh kerajaan Terengganu sejak tahun 2008 hingga menelan belanja ratusan juta, akhirnya ‘berkubur’.

Projek e-Book itu, diperkenalkan oleh bekas Menteri Besar (MB) Terengganu Dato’ Seri Ahmad Said dihentikan oleh MB sekarang, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, yang pernah menjadi Exco Pelajaran.


Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu diberitahu oleh Pengerusi Jawatankuasa Transformasi Kerajaan, Komunikasi dan Multimedia negeri, Abdul Latif Awang bahawa program e-Book telah ditamatkan.

Katanya, projek e-Book yang dimulakan sejak tahun 2008 itu hampir 10 tahun diperkenalkan di negeri ini telah ditamatkan.

Menurutnya, kajian terperinci secara menyeluruh telah dilakukan oleh pihak yang bertanggungjawab terhadaap keberhasilan penggunaan e-Book tersebut.

“e-Book telah diputuskan dalam mesyuarat kerajaan negeri atau mesyuarat Exco, kita (kerajaan) tamatkan. Projek ini bermula tahun 2008 lagi dan tahun 2015 kita tamatkan.

“Perkara ini diambil inisiatif oleh Menter Besar (Ahmad Razif), sebagai langkah proaktif dan kerajaan negeri telah melantik konsultan untuk membuat kajian tentang keberkesanan projek e-book itu.

“Pada tahun 2014, satu kumpulan penyelidik dari Institut Darul Iman (Idaman) dengan kerjasama Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza), yang diketuai oleh Profesor Dr Ibrahim Mohamad.


“Hasil dari kajian menyeluruh tentang keberhasilan penggunaan e-Book ini. Seramai 796 orang murid terlibat dalam kajian ini sebagai respondan kita di 45 buah sekolah seluruh negeri Terengganu,” jelasnya ketika menggulung Persidangan Dun Terengganu, di Wisma Darul Iman, dekat sini, 14 Mei lalu.

Sehubungan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Alor Limbat, Ustaz Ariffin Deraman ketika bangun mencelah berkata maknanya selama ini telahan dan kritikan PAS terhadap projek e-Book itu adalah benar dan tepat.

Bagaimana pun, Abdul Latif yang juga Adun Pengkalan Berangan itu menyifatkan ‘ramalan’ pembangkang (PAS) itu mungkin secara kebetulan.

Katanya, projek e-Book baik tetapi masih terdapat banyak kelemahan di pihak pengendalian program, guru, pelajar serta terdedah kepada kritikan.

Bahkan, kata beliau antara punca lain tindakan menamatkan program e-Book kerana kos yang tinggi mencecah RM50 juta setahun.

“Biasalah sesuatu projek yang dilaksanakan itu perlu kepada kajian dan memang sebenarnya e-Book itu bagus, baik untuk pembelajaran tetapi masih mempunyai banyak kelemahan.

“Kita (kerajaan) telah buat kajian semula dan setelah hampir 10 tahun, dengan kos yang besar…RM50 juta setahun, banyak kritikan dan akhirnya kerajaan dalam perbincangan yang panjang, kerajaan buat keputusan tamatkan e-Book,” ujarnya.

Pada tahun 2010 sahaja sebanyak 50,000 unit komputer riba (e-Book) itu dibekalkan kepada pelajar tahun empat dan lima di negeri ini dengan kos RM50 juta.

Ketika itu, Dato’ Seri Ahmad Razif merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi dan Sumber Manusia negeri.

Pada tahun 2008, pembinaan kilang ‘design & build’ sebanyak RM7.95 juta, bajet pembelian e-Book tahun 2009 sebanyak RM30 juta, budget pembelian e-Book 2010 (RM25 juta) dan budget tambahan pembelian e-Book Ogos 2010 (RM25 juta). -BuletinOnline.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: