Khamis, 16 April 2015

Wahai warga internet, bersimpatilah pada Ahmad Maslan, kasihan dia .. hehehehe


Tindakan beberapa pihak yang mengeksploitasi nama Datuk Ahmad Maslan semakin keterlaluan selepas kerajaan melaksana GST, 1 April lalu.

Portfolionya yang disandangnya, menyebabkan Ahli Parlimen Pontian itu menjadi bahan kutukan yang adakalanya cuba memperlekeh dan mempertikai kredibalitinya sehingga menjadi bahan jenaka.


Selain mensensasikan kenyataan beliau, terdapat individu yang mewujudkan akaun dengan menggunakan gambarnya sebagai profil.
Akaun Facebook Professor Serba Tahu secara terbuka menjadikannya sebagai bahan kutukan.

Sentimen yang dimainkan berjaya menarik “like” 44,000 pengguna.

“Disebabkan GST buat ko punya statement semakin menjadi bengap , memang patut tukar ja gelaran tu pada gelaran “Malaysia Darul Maslan”, antara status yang dimuat naik.

Selain itu terdapat juga peniaga kreatif menjual baju yang menjadikan kenyataan Ahmad Maslan sebagai sumber pendapatan.

Sarcasteek.com misalnya, menjual baju di atas talian dengan menggunakan petikan “I AM 3.85 CGPA GST INCLUDED” dan ia dijual dengan harga RM60.00.

Sebelum ini, kenyataannya mencetuskan banyak kontroversi termasuk menyarankan pelajar universiti memasak sendiri di asrama bagi menampung kesan kenaikan barang akibat GST.

Berikutan kutukan yang diterima, Ahmad meluahkan rasa kurang senangnya di Twitter kerana mengaitkannya dengan ibu bapanya.

“Ibu saya tiada kaitan dgn GST. Bantai saya ok, jangan ibu. Walau arwah ayah dan ibu penoreh getah, buta huruf tapi amat baik,” tulis Ahmad.


more updates ..



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

4 respon:

Tanpa Nama berkata...

ya GST tak ada kaitan ngan ibu bapa ko..... tapi GST yang ko kata bagus tu menyusahkan emak bapa kita orang dah tua!

Tanpa Nama berkata...

ya..betul...betul...betul....aku setuju............walaupun ibubapa ku dah lama meninggal dunia..

Tanpa Nama berkata...

KERA-jaan BN hanya pandai menambah hutang negara kepada RM740 billion dan membebankan rakyat dengan GST yang menyebabkan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang melampaui batas kemanusiaan. Rakyat semakin miskin kerana mereka terpaksa menggunakan sebahagian besar gaji mereka untuk membayar keperluan hidup mereka.

Marilah kita semua menggunakan undi kita dalam PRU14 untuk mengalahkan BN supaya kita boleh menubuhkan kerajaan yang mementingkan kebajikan rakyat!

Tanpa Nama berkata...

Ibubapa ko telah lama meninggal dunia tetapi ibubapa orang lain masih hidup dan sedang menanggung beban GST dan biawak hidup BN.