Khamis, 16 April 2015

Jurusolek tawar 'khidmat batin' kepada anggota polis

Akibat tersalah langkah menawarkan khidmat seks kepada anggota polis dua hari lalu, seorang jurusolek sambilan lelaki menerima padah apabila dihukum penjara tiga hari dan denda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Mohd. Rehan Mohd. Aris menjatuhkan hukuman ke atas Alzival Ebno, 23, yang hadir ke mahkamah berpakaian wanita selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara ke atas tertuduh berbangsa Bajau dari Sabah itu bermula dari tarikh tangkap 12 April lalu dan tertuduh boleh dipenjara sebulan sekiranya gagal membayar denda.

Tertuduh didakwa menawarkan khidmat seks bagi maksud persundalan kepada anggota polis dari Cawangan Jenayah Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur, Mohd. Zaki Hushariq Husin, 33, di hadapan kedai MyNews.com Jalan P. Ramlee, Dang Wangi di sini pada pukul 12.50 tengah malam, 12 April lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, Najwa Bistamam mengemukakan pertuduhan mengikut Seksyen 372(B) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda atau kedua-duanya.

Mengikut fakta kes, Mohd. Zaki Hushariq ditawarkan perkhidmatan seks oleh tertuduh ketika dia sedang menyamar sebagai orang awam di Jalan P. Ramlee selepas menerima maklumat berkaitan kegiatan lelaki yang berpakaian seperti wanita di kawasan berkenaan.

Terdahulu, peguam Zulkifli Awang yang mewakili tertuduh memohon hukuman ringan kerana ini merupakan kesalahan pertama anak guamnya dan telah insaf terhadap apa yang dilakukan.

“Anak guam saya juga terpaksa berbuat demikian kerana kesempitan hidup apabila tidak mempunyai wang untuk menyara ibu yang sedang sakit dan enam adiknya memandangkan tawaran pekerjaan yang semakin kurang,” kata Zulkifli.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: