Dalam video tersebut pembantu rumah dikenali dengan nama Abby Luna yang sedang bekerja di Bahrain menceritakan bahawa dia dirogol oleh anak lelaki majikannya yang merupakan penagih dadah.
Akibat kejadian itu dia mengalami lebam di payudara selain sakit akibat ditumbuk tetapi apabila kejadian itu diadukan kepada majikannya, dia pula yang disalahkan.
Majikannya dikatakan memberi kata dua kepada Abby iaitu menunggu hingga dua bulan jika mahu pulang semula ke negara asalnya selain membayar sendiri tiket penerbangan balik.
Dia juga dijanjikan akan dibawa untuk diperiksa doktor dalam masa seminggu sekiranya mengandung dan jika itu berlaku kandungannya akan digugurkan sebelum dia dihantar pulang.
Tertekan, takut dan tidak mempunyai wang; Abby memuatnaik video ini bagi merayu pertolongan agar dia diselamatkan menerusi akaun Facebook.
Difahamkan susulan video tersebut menjadi viral, Abby kemudiannya diselamatkan Kedutaan Filipina di Bahrain pada hari sama.
Bagaimanapun, majikan Abby dikatakan tetap berkeras menafikan dakwaan pembantu rumahnya itu.
– MYNEWSHUB.CC
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
0 respon:
Catat Ulasan