Rabu, 15 April 2015

UMNO 'checkmate'!! Jho Low buat kejutan,

Dalam wawancara sama juga, Low berkata, “orang-orang Umno itu pakar putar belit.”

serangan tanpa henti bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad ke atas perdana menteri Najib Razak, kita boleh menjangka lebih banyak drama yang bakal tiba, kali ini oleh Jho Low.

Bilionaire Malaysia yang gemar berparti itu dalam satu wawancara bersama majalah bisnes Euromoney berkata, beliau kini bersedia untuk membela dirinya dan menunjukkan kesalahan kepada orang lain.

Dalam wawancara sama juga, Low berkata, “orang-orang Umno itu pakar putar belit.”

Wah, memang drama yang menarik untuk ditunggu.

Kembali kepada wawancara itu, Low menafikan semua penglibatan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Wartawan majalah tersebut mewawancara Low di pejabat mewahnya di Hong Kong, tempat “taikun” itu beroperasi.

Low berkata, ini adalah saat sukar sepanjang 33 tahun hidupnya, apabila menjadi sasaran serangan pelbagai pihak.

“Saya sentiasa diserang. Sangat kecewa, tapi saya masih tak berkata apa-apa.”

“Saya rasa ia sudah sampai satu tahap yang mengarut. Kesemua mereka menghala serangan ke atas saya. Seperti ada usaha terancang untuk mengatakan: ‘orang muda Cina ini, semua salahnya, dia menyebabkan 1MDB gagal dan nampaknya dia yang menasihati PM, dan sekarang semua sudah hancur’,” katanya seperti dipetik.

Low berpandangan bahawa beliau dijadikan sasaran kerana beliau seorang yang muda, membuat wang yang banyak dengan cepat, dan yang paling provokatif – seorang Cina yang berada dalam elit bisnes Melayu dengan hubungan politik.

Katanya, sudah tiba masanya untuk mengalihkan kemelut 1MDB daripada dirinya kepada isu yang sebenar-benarnya: tahap kecekapan mereka yang menjaga badan tersebut.

“Ia amat mengecewakan. Saya tidak pernah berhadapan serangan seperti ini. Memang gila dan orang-orang Umno ini pakar putar belit. Mereka tahu benda-benda mengarut ini.

"Kesemuanya tidak berhenti menyerang dan saya ingin kata: ‘Ia mudah sahaja. Ada lembaga pengarah, siapakah pemegang sahamnya? Adakah anda lihat satu kenyataan daripada sesiapa yang bercakap tentang tadbir urus mudah bagi sesebuah syarikat?

"Adakah anda cuba katakan bahawa Perdana Menteri tidak membuat keputusannya sendiri? Bahawa kementerian kewangan (serta Najib) dan hanya ada dua atau tiga orang di dalamnya yang menandatangani resolusi pemegang saham di bawah undang-undang, bahawa mereka hanya menandatanganinya tanpa membuat penilaian?” soal Low.

Wah, ada sudah rasa kehangatannya? Tunggu, masih belum tamat.

Low kemudian menghalakan sasarannya kepada mereka yang sepatutnya bertanggungjawab ke atas setiap keputusan (dalam 1MDB), namun “tiba-tiba memutuskan untuk melepaskan semua tanggungjawab dan membuat kempen perhubungan awam dengan saya sebagai tumpuan?”

“Nampaknya tiada siapa yang bertanya soalan kepada pembuat keputusan terakhir dalam 1MDB. Tiada siapa yang membangkitkannya. Tiada siapa yang pernah bertanya tentang peranan pemegang saham.”

“Ada ramai orang lain yang terlepas dengan projek bernilai berbilion ringgit. Namun setiap kali adanya serangan politik, wah, tiba-tiba Jho lagi,” katanya.

Low seolah-olah sudah cukup berdiam diri selama enam tahun, yang telah “mewujudkan persepsi yang menggila” terhadap dirinya.

“Saya tidak buat apa-apa kesalahan (tetapi) tiada siapa di Malaysia yang berminat dengan pandangan kami. Kemudian kami cuba keluar daripada persepsi ini dan mereka melancarkan entah banyak mana serangan dengan cara yang amat sistematik.”

“Kesalahan saya: orang muda, buat banyak duit, tidak pernah memikirkan susulan peristiwa-peristiwa ini…kemudian berparti, blah blah blah blah…bahagian itulah yang mendapat perhatian semua,” katanya lagi, merujuk gaya hidupnya yang gemar berparti dengan bintang Hollywood.

Beliau turut membidas pihak yang menyimpulkan wang yang dihabiskannya untuk berparti tentunya daripada TIA/1MDB.

“Dan disebabkan gambar-gambar saya dan Paris Hilton sedang minum dan apa lagi, anda memainkan kad bumiputera: ‘Oh, orang Cina ini mencuri semua wang dan habiskannya untuk alkohol’.

"Saya tentulah orang paling bodoh jika benar-benar menghabiskannya wang daripada kerajaan seumpama itu. Itu adalah perkara paling bodoh yang anda boleh lakukan, kata Low, sebelum menambah yang beliau adalah lepasan Wharton dan “tidak bodoh”.

“Pada waktu itu, saya tidak faham politik.”

Menurut Low, beliau tidak takut risiko ditangkap atau didakwa apabila pulang ke Malaysia.

“Kebimbangan terbesar adalah jika ada yang memalsukan dokumen. Saya tiada bukti, terlalu banyak innuendo.”

Beliau menyatakan yang tidak pernah terlibat dengan 1MDB.

“Saya ingin katakan secara jelas, saya tidak pernah terlibat dengan 1MDB. 1MDB tidak pernah meminta saya menasihati mereka atau membayar atau melakukan apa-apa untuk saya, dan saya katakan hal ini secara jelas. Jika ada seseorang daripada 1MDB yang berkata kepada saya: ‘Jho, apa pandangan anda tentang Timur Tengah?’ Saya akan berikan pandangan saya.

“Jika ada bakal pelabur meminta nasihat saya tentang 1MDB, saya akan berikannya. (Mereka tanya saya) ‘Saya ingin beli tanah di TRX (Tun Razak Exchange yang dimiliki 1MDB). Apa pendapat awak tentang TRX, bolehkah anda hubungkan saya dengan mereka, bolehkah saya bercakap dengan mereka?...”

Low juga menafikan pernah membeli bon 1MDB.

“Saya tidak urus dan kawal 1MDB. Saya tidak buat keputusan apa-apa untuknya, namun jika ada mana-mana entiti Timur Tengah yang saya kenal dan mahukan pandangan saya, saya akan berikannya. Dan jika mereka mahu terlibat dengan 1MDB, itu hak mereka.”

Low juga menjelaskan mengapa beliau tidak menjalankan perniagaan di negaranya.

“Saya memilih untuk tidak berbuat demikian kerana semua perkara dan apa sahaja akan dipolitikkan. Ada persepsi bahawa saya ada hubungan rapat dengan Perdana Menteri, namun saya tidak pasti apa yang berlaku yang menunjukkan hal sebegitu.”

“Ada persepsi saya ada hubungan baik dengan isteri PM kerana anak tirinya (Riza Aziz). Saya memang kenal anak tiri itu, namun saya tidak pasti sama ada akan setuju dikatakan sebagai kawan baik isteri PM. Tentulah pembangkang akan menyerang kerajaan dan mereka fikir dengan menyerang Jho Low, Perdana Menteri akan terkesan kerana perhubungan 16 tahun saya dengan anak tirinya,” katanya lagi.

Wawancara dan serangan Jho Low terhadap Umno nampaknya tidak disambut baik Ketua Pemudanya Khairy Jamaluddin.

Pagi ini, beliau memuatnaik keratan gambar di twitter, menunjukkan keratan majalah yang menyertakan petikan kata-kata dan gambar Jho Low, dan berkata, “Pemuda telah menyuarakan sokongan kepada Najib Razak. Tolong percepatkan siasatan ke atas 1MDB. Dan juga siasat lelaki ini (Low).”

Wawancara bersama Low ini mungkin ada makna tersendiri, atau mungkin juga tidak membawa apa-apa. Namun ia memberitahu kita satu perkara: beliau sudah bosan menjadi kambing hitam dalam semua hal yang berkaitan dengan 1MDB dan sudah sedia untuk menjarakkan dirinya dengan sekutu rapat iaitu Najib, untuk menyelamatkan diri.

Ia juga bermakna tekanan kini semakin berat untuk Najib, daripada semua arah. Adakah beliau mampu menghadapi gelombang besar ini?

Kita tunggu sahaja bagaimana drama ini bersambung.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: