Rabu, 15 April 2015

Pemimpin UMNO tersentap dan meroyan dengan pendedahan Jho Low

"Jangan celupar, Jho Low. Kemelut politik mutakhir ini, banyak terkait namanya secara peribadi. UMNO tidak ada masa untuk melakukan 'spin' seperti yang dia katakan. Saya rasa dia yang cuba 'spin' keadaan sekarang," katanya.
"Jho Low berani buat kenyataan bodoh menuduh UMNO, kita juga minta dia balik ke Malaysia dan berdepan dengan PAC dan media secara terbuka.

Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat penasihat pelaburan Hong Kong Jynwel Capital, Low Taek Jho Low atau Jho Low yang dipetik mengatakan pemimpin UMNO sebagai kaki putar diminta tidak menjadi bacul selain segera pulang ke negara ini untuk berdepan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican melontar cabaran itu selain meminta agar Jho Low berani berhadapan media secara terbuka dan mempertahankan diri apabila diasak soalan yang bakal ditanyakan wartawan.

"Jho Low berani buat kenyataan bodoh menuduh UMNO, kita juga minta dia balik ke Malaysia dan berdepan dengan PAC dan media secara terbuka.

"Jangan jadi pengecut. Jangan buat kalangan pemimpin UMNO seakan diperbodohkan dalam mempertahankan isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Tambah Reezal Merican, beliau cukup jelak dengan kenyataan Jho Low yang sudah mula melibatkan UMNO sebagai antara punca kepada permasalahan yang berkait dengan isu 1MDB.

"Menuduh UMNO ini pendekatan orang bacul dan bankrap idea. Isu ini menjadi polemik dan mengundang persepsi negatif bukan sahaja kepada kerajaan, malahan pemimpin UMNO sendiri," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.

Reezal mengulas laporan muka depan Edge Financial Daily pada Selasa yang menyiarkan tuduhan Jho Low kepada UMNO yang bertajuk 'Those UMNO Guys Are Spin Masters'.

Dalam pada itu, kata Reezal Merican, Jho Low juga disifatkan cuba melarikan diri dan tidak mahu dilihat terlibat dengan isu berkenaan.

"Sepanjang episod itu Jho Low hanya berdiam diri dan tidak sekalipun tampil menjawab isu. Apakah ini ciri seorang bertanggungjawab, atau sang penakut yang gelabah memencilkan diri?

"Jho Low jangan anggap dia tidak terkait langsung dalam isu ini. Namanya disebut berulang kali; bukan sahaja oleh media malahan ahli perniagaan lain.
Kalau dia berani, ini masa untuk dia tampil dan jernihkan isu," ujarnya.

Tegas Reezal Merican, Jho Low juga dinasihatkan tidak celupar dan mudah mengaitkan orang lain untuk menutup kesalahan sendiri.

"Jangan celupar, Jho Low. Kemelut politik mutakhir ini, banyak terkait namanya secara peribadi. UMNO tidak ada masa untuk melakukan 'spin' seperti yang dia katakan. Saya rasa dia yang cuba 'spin' keadaan sekarang," katanya.

Sebelum ini, Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed mengumumkan akan memulakan pengauditan sendiri terhadap pengurusan dana 1MDB tanpa perlu menunggu keputusan laporan Ketua Audit Negara.

Menurut Nur Jazlan, tindakan itu perlu diambil kerana isu tersebut sudah dipolitikkan oleh banyak kumpulan dan dirinya sebagai jawatankuasa Parlimen percaya bahawa PAC mempunyai kuasa untuk memulakan pengauditan sendiri.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

mahunya umno serta penyokongnya tak 'angin satu badan' sebab kenyataan si taik ju lor tu memang betul ... dan diorang nak dedahkan sendiri tapi si 'kawan baik' mereka tu dah potong jalan dulu bagi statement betapa laknatnya umno ...