Perdana Menteri Najib Razak dikenali sebagai penyokong kuat pasukan bola sepak Inggeris Manchester United dan baru-baru ini dilaporkan memiliki jam tangan Hublot edisi terhad Big Bang King Power ‘Red Devils’ Manchester United.
Baru bulan lalu Najib meluangkan masa menonton perlawanan antara Manchester United dan Liverpool FC bersama peminat tempatan di Restoran Singgah Selalu di Johor Bahru.
Pasukan Red Devils itu menewaskan “The Reds” dengan keputusan 2-1, dan pada masa ini menikmati kemenangan demi kemenangan selepas bermula buruk pada musim ini.
Saya bukanlah peminat bola sepak, namun dapat melihat persamaan antara pertembungan antara dua pasukan itu (dan penyokongnya), dengan pergolakan dalam Umno yang kini berlangsung.
Tambahan pula, merah adalah warna yang sinonim dengan Umno, dan pertembungan antara penyokong Najib dan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad pula semakin panas.
Berbeza dengan bola sepak, perlawanan dalam poltitik biasanya “berlangsung” di belakan tabir – bukannya di padang terbuka dan ditayangkan kepada peminat di seluruh dunia.
Dalam kes ini, penyokong Liverpool masih lagi memakai jersi pasukan mereka dengan penuh bangga, namun mana-mana penyokong Mahathir dalam Umno sekarang nampaknya sudah menutup mulut, kalau pun tidak “diugut” untuk kekal membisu.
Malah anak Mahathir sekali pun,iaitu Menteri Besar Kedah Mukhriz Mahathir tidak berani mempertahankannya.
Ketua Umno Cheras Syed Ali Alhabshee pula dilaporkan menafikan wujudnya puak dalam Umno, dan menegaskan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Najib.
Melihat kepada keadaan semasa, tidak sukar untuk memahami mengapa Mahathir merasa keseorangan dalam usahanya mendapatkan jawapan daripada Presiden Umno dan Pengerusi BN itu.
Barangkali, cogan kata Liverpool, “you will never walk alone” boleh memberikan sedikit ketenangan kepada Mahathir.
Mereka di dalam Umno mungkin menahan diri daripada memainkan peranan sebagai “pembantah”, namun bekas menteri penerangan Zainuddin Maidin menyifatkan sokongan terbuka diva Malaysia Siti Nurhaliza kepada Mahathir sudah cukup untuk memberikan “ancaman besar” kepada Najib.
“berjuta orang telah membaca berita ini menerusi media sosial. Sokongan Siti Nurhaliza seorang sudah lebih dari cukup untuk menutup ribuan sokongan kepada Najib dari seluruh bahagian Umno, Pemuda Umno, NGO dan lain-lain sokongan yang dipentaskan,” kata Zam di blognya.
Dalam posting di Instagram, penyanyi nombor satu negara itu mengatakan beliau sentiasa sayangkan dan bersama Mahathir yang telah mengharungi pelbagai cabaran untuk membangunkan Malaysia.
“Tiada yang muda kalau tidak kerana orang tua,” kata Siti.
Selain Siti Nurhaliza, pelakon Rozita Che Wan juga menyatakan hal yang sama, bahawa Mahathir “tidak berseorangan”.
Zainuddin menyifatkan pandangan mereka adalah cukup berpengaruh untuk memberi ancaman kepada Najib dalam PRU akan datang.
Apart from Siti Nurhaliza, local actress Rozita Che Wan similarly assured Mahathir that he “was not alone” and Zainuddin noted that their views could be influential enough to turn the tide against Najib in the next general election.
“Suara Siti Nurhaliza dicintai berjuta manusia dan kejelitaan Rozita dalam kesederhanaannya menutup kejelitaan wanita-wanita yang berpakaian atau berbarang kemas berjuta ringgit. Sokongan dalam pilihan raya tidak hanya berasaskan kepercayaan politik.
“Barangkali wajah artis-artis rakyat ini digeruni kerana suara dan wajah mereka berada di lubuk hati sanubari rakyat,” katanya lagi.
Mahathir kini barangkali terpaksa menonton “perlawanan” di tepi padang, namun mungkin akan mendapat lebih banyak sokongan tidak lama lagi. Kalau pun bukan kerana sebab lain melainkan kegagalan Najib sendiri untuk memastikan pasukannya tidak “menjaringkan gol sendiri”. ~ Alyaa Alhadjri
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
1 respon:
Najib pula akan mendapat sokongan daripada Jins, SM Salim, D Kilau, Jamaldadah dan Ros MatAris, sekadar beberapa nama.
Catat Ulasan